BINATANG YANG HALAL DAN HARAM

Oleh: Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir
Dewan Pengajian Ibn Qayyim al-Jauziyyah
(credit to:BlogHikmah )

Pendahuluan:                 

Risalah ini adalah jawapan kepada suatu soalan yang dikemukakan kepada penulis di Surau Taman Pauh Jaya, Seberang Perai. Ia mengandungi beberapa dalil yang digunakan oleh para ulama bagi menyokong pendirian mereka berhubung halal atau haram memakan benda-benda tertentu khususnya yang berkaitan dengan jenis haiwan. Ia hanya disebut secara ringkas dan tidak dibuat nota kaki berhubung sumber-sumber rujukan. Tujuannya ialah untuk mengelakkan dari risalah ini menjadi terlalu panjang.

Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara -kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain- adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. Ini berdasarkan kaedah: Perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan.

Sungguhpun begitu al-Quran telah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh dimakan.

i- Firman Allah SWT:

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (al-Baqarah:168)

ii- Firman Allah SWT:

“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)

Al-Quran telah menegaskan bahawa makanan yang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. Justeru itu makanan yang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam al-khbai’th.

Perkara-perkara yang diharamkan:

1) Bangkai.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-An’am:145)

Termasuk di dalam kategori bangkai ialah haiwan:

1. yang mati tercekik atau dicekik.

2.yang mati kerana dipukul samada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu atau dikejutkan.

3.yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi, termasuk juga yang dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya.

4.yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain.

5.yang mati kerana dimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih.

Dalilnya ialah firman Allah SWT:
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (al-Mai’dah:3)

Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana yang tersebut yang sempat disembelih secara syar’ie selagi ia belum mati.

2) Darah yang mengalir.

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.
Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu beliau menjawab: “makanlah”, lalu mereka berkata: “ia adalah darah”, jawab beliau: “yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir”.

3) Babi.

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.
Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging, ini menyebabkab segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang dan lemaknya adalah halal. Sedangkan yang sahih ialah: setiap yang berasal darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging itu yang dimakan.

4) Sembelihan untuk selain daripada Allah.

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.

Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari Allah semasa penyembelihan itu. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah, samada disebut namanya atau tidak semasa penyembelihan, bahkan sekalipun dibacakan bismillah. Menurut pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab al-Tawhid: “Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafazkan namanya. Maka ia sama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut: “dengan nama al-Masih” dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untuk diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya berbanding yang memohon kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu disembelih untuk selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun disebut bismillah.

5) Semua binatang buas (as-Siba’) yang bertaring.

Kata Ibn al-Athir: “iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW:
“Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram“. (Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha’labah al-Khusyani).

Al-Syafi’e berpandangan bahawa as-siba’ yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifah pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu’ di antaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya.

Hujah al-Syafi’e berhubung dengan dubuk:

1. ia tiada taring, sebaliknya semua giginya memang sama tajam.
2. andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba’ yang disebut di dalam hadith. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim.

3.Hadith Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: ya. Beliau ditanya lagi: adakah ini disabdakan oleh nabi SAW? Jawabnya: ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim).

6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar.

Dalilnya ialah hadith Ibn Abbas, katanya:
“Rasulullah SAW melarang (memakan) setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung.” (Riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. Contohnya: helang, enggang, gagak dan layang-layang. Dikecualikan daripadanya: merpati dan burung-burung kecil; kerana ia termasuk dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik).

7) Keldai peliharaan.

Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-’Allamah Siddiq hasan Khan: “Ramai dikalangan umat Arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan.” Sabda Nabi SAW:
“Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar -dan kuda belang dan seladang-. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah).

Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran).

Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. Ibn Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya umum. Dalilnya:

i- Hadith Ibn Umar:
Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).

ii- Hadith Ibn Abbas:
Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-i, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi mensahihkannya). Kata al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini.

Kata al-Albani: zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya. Sungguhpun begitu, para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar.
Kata al-Baghawi: “kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran, hendaklah dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia bukan al-jallalah; justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya”. Kata Ibn Hazm: “telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya), jika didapati memakan kotoran”.

Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat:

*Ahmad, ath-Thauri dan al-Syafi’iyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-’Eid.

*Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah makruh sahaja.

Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari daging babi.

1. Pendapat Malik dan sebahagian ulama: daging dan telurnya harus dimakan; kerana makanan yang najis itu dapat disucikan dengan istihalah (seperti mengurungnya).

2. Pendapat sebahagian yang lain seperti ath-Thauri, al-Syafi’e dan Ahmad: haram memakan daging, telur dan susunya.

3. Pendapat yang lain: jika kebanyakan makanannya adalah najis, maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan. Sebaliknya jika kebanyakan makanannya bukan najis, ia boleh dimakan.

*Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan.

‘Illah bagi keharaman al-jallalah ialah kenajisan. ‘Illah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. Jadi apabila ‘illat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu, hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah: Oleh demikian, tiada lagi ruang untuk mengharamkannya kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan (najis). Apabila hilang najis, hilang haram.

Pendapat inilah yang sahih sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan al-Albani. Namun tiada satu had yang ditentukan dalam mengurung/membersihkan binatang itu sekalipun memang sahih bahawa Umar mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. Kata Siddiq Hasan Khan: “barangsiapa yang mendakwa bahawa najis itu masih kekal, sedangkan nama dan sifatnya sudah pergi, hendaklah memberikan dalil”.

9) Anjing dan kucing.

pic from wikipediapic from wikipedia

Hampir tiada khilaf di kalangan ulama tentang pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakannya sebagai halal. Sungguhpun begitu, sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang mutaakhkhirin) menyanggahi pandangannya itu. Pengharaman anjing dating dengan beberapa faktor:

1. ia adalah najis menurut jumhur ulama; lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim).

2. ia termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik); ia memakan kotoran.

3. larangan nabi SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. (Riwayat as-sahih).

Dalil keharaman kucing pula disebut di dalam hadith Jabir:
“Bahawasanya nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya.” (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah, dalam isnad hadith ini Muhammad Bin Zaid – dhaif).
Sungguhpun begitu, ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing di atas.
Menurut ulama, tiada beza hukum di antara kucing liar ataupun jinak, melainkan salah satu pandangan al-Syafi’yyah yang menyatakan halal kucing liar.

10) Semua jenis binatang yang menjijikkan.

Firman Allah SWT:
” dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)

Kebanyakan ulama memberikan garis panduan dalam hal ini seperi berikut:

1. Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni fitrahnya) dari jenis haiwan – bukan kerana sesuatu ‘illah atau kerana tidak biasa – sebaliknya semata-mata kerana menganggapnya jijik, maka ia adalah haram.

2. Apabila sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan yang tidak, maka yang diambil kira ialah tanggap majoriti.

Sungguhpun begitu, al-Albani mempersoalkan tentang kesukaran menetukan yang manakah padangan teramai dan ia juga membabitkan soal budaya dan seumpamanya. Oleh itu menurutnya, yang paling tepat ialah: setiap yang jijik di sisi syara’ itu tentulah akan memudaratkan diri dan agama manusia.

Kebanyakan haiwan yang tidak dimakan oleh manusia sedangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia haram, merupakan haiwan dari kategori ini.

11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh.

Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram.
Binatang yang diarahkan bunuh:

Sabda nabi SAW:
“Dari ‘Aisyah bahawa rasul SAW bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-’aqur (sejenis binatang yang menggigit).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai).
Binatang yang dilarang bunuh:

Sabda nabi SAW:
Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.

12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya, diburu atau dijumpai mati.

Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabai’th. Juga dengan umum ayat:

” Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah:195)

13) Haiwan 2 alam:

pic from wikipedia

Kata al-Qadi Ibn al-’Arabi: Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat).
Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya.

14) Binatang yang tidak disebutkan statusnya:

Berdasarkan sabda nabi SAW:

“Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka ia halal. Apa yang Allah haramkan, maka ia haram. Apa yang Allah diamkan tentangnya, maka ia adalah dimaafkan.” (Riwayat al-Bazzar dan katanya: sanadnya sahih, juga disahihkan oleh al-Hakim).

15) Contoh-contoh binatang yang diperselisihkan hukumnya:

a) landak:
- yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan Ahmad
- yang menghalalkannya: Malik dan Syafi’e
Dalil yang mengharamkannya, ialah hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. Namun isnadnya dhaif. Oleh itu yang rajih ialah: halal.

b) katak:
- yang menghalalkannya: Malik
Dalilnya:
Umum ayat Allah:
“Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan” (al-Maidah:96)

ii- Umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan.

Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya. (Riwayat Malik, al-Syafi’e dan imam yang empat).

Kedua-dua dalil ini umum tentang hidupan / haiwan di laut (air), lalu ia mencakupi katak; kerana katak termasuk dalam kategori soidul bahr.
- yang mengharamkannya: Ahmad

Dalilnya:
Hadith Abd. Rahman Bin ‘Uthman tentang seorang doctor bertanya kepada nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagai ubat (untuk dimakan), lalu nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat disahihkan oleh al-Hakim. Dalam sanadnya ada Sa’id Bin Khalid al-Qurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yang boleh dibuat hujah dengannya).
Justeru itu, jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk suatu yang penting seperti dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan. Ini kerana nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti manusia atau kerana haram dimakan seperti katak.
Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju dengan kaedah binatang yang dilarang bunuh bererti haram dimakan; lantaran baginya ia tidak jelas. Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan.

c) buaya:

* yang menghalalkannya: Malik, Syafi’e dan sebahagian yang lain. Ini kerana ia termasuk di dalam soidul bahr. Oleh itu tentulah ia terkandung di dalam ayat surah al-Maidah:96 tersebut.

* yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan sebahagian lain. Ini kerana ia termasuk di dalam binatang buas, lalu termasuk di dalam kategori bintang buas bertaring.

Kata Ibn Baz: masalah ini adalah ijtihadiyyah dan perbahasannya luas, namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan daripada memakannya; mengambil kira khilaf yang wujud di samping langkah berjaga-jaga mengelakkan larangan.

d) dubuk: telah dibincangkan sebelum ini.

Penutup:
Ini adalah yang dapat diusahakan berhubung persoalan halal dan haramnya binatang-binatang yang mempunyai berbagai-bagai spesis. Pendetailan tajuk boleh dirujuk di dalam kitab-kitab tafsir dan hadith ahkam serta buku-buku Fiqh.

About these ads

33 Responses

  1. Salaam alaikum

    Hehe alhamdulillah, bagus bro!!! Ambe sokong jugak blog bro ni, rajin2 la mengepos yerr, selamat maju jaya, salam ukhuwwah dan salaam belaker

    All da best 2 u :)

    • Kepada semua umat Islam yang dikasihi untuk mendapatkan produk-produk kecantikan produk penjagaan kesihatan produk dapur, produk makanan kesihatan dan produk perkakasan (penapis Air) yang benar benar dijamin halal dan separuh dari produk-produk ini ada pengiktirafan IMP bolehlah memperolehi nya dari wakil AnaEdar Sdn. Bhd sila hubunggi wakil kami Nor Asmadi Taib 012-2816718. Biasanya belian melebihi dari RM 300.00 penghantaran di Selangor dan Perak adalah percuma.
      Satu lagi produk IMP yang terbaru SUSU Penuh Krim untuk kanak-kanak 1 thn keatas sudah ada di pasaran. Untuk mendapatkan sample percuma sila hubunggi saya spt no diatas.
      Sokonglah Industri produk umat Islam.

  2. Terima kasih atas sokongan saudara.
    Sama2 kita berkongsi pengetahuan yg Allah kurniakan.
    p/s: Your earthworld wallpaper memang absolurtely superb!! :)

  3. asslammualikum ya habibi ya maulana

  4. Syabas dan sekalung penghargaan buatmu di dalam memartabatkan Islam dan umatnya. Blog seperti ini seharusnya diperbanyakkan lagi dan diupdate dari masa ke semasa. :)

  5. Thanks for this info, it’s kinda helping me.
    I hope this article from you will be released in public, all muslims will know and understand.

    But now , we just think of what to eat because there are many contradiction and argument.

  6. Terima kasih atas komen anda genkai, nany dan Neuroneuster.

    Semoga ia akan terus dibaca dan dihebahkan. Sila copy and paste
    jika dirasakan ianya bagus. Ilmu ini milik Allah.

  7. Boleh tak hantar gambar2 produk yang haram n halal dimakan dan digunakan seperti yang terdapat kat pasaran?

  8. Assalamualaikum,

    Saya ada satu kemusykilan, adakah zirafah boleh dimakan? Kadang-kadang adalah susah untuk menerangkan di antara binatang yang boleh/ tidak boleh dimakan kepada orang yang bertanya terutamanya orang bukan Islam.

    Terima kasih.

  9. Zirafah bukanlah makanan popular manusia, namun ianya halal jika mahu dimakan (selepas disembelih).

    Waalahua’lam

    • Al-Imam al-Quzwini rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-A’jaib al-Makhlukhat bahawa kelainan di antara Zirafah dan binatang berkaki empat yang lain adalah bilamana Zirafah ingin memulakan langkah maka ia akan memulakan dengan kaki kiri bahagian belakang dan kaki kanan bahagian hadapan. Ini berbeza dengan haiwan berkaki empat yang lain.

      Disebutkan di dalam kitab Tarikh Ibn Khallikan bahawa Muhammad bin Abdullah al-Utabi al-Basri al-Akhbari al-Sya’ir mengatakan bahawa Zurafah atau Zarafah ini berasal daripada gabungan tiga jenis haiwan. Ianya adalah gabungan daripada unta betina liar, lembu betina dan dubuk jantan. Menurutnya bilamana dubuk jantan melakukan hubungan dengan unta betina liar , jika anak yang dilahirkan adalah anak jantan maka kemudiannya anak tersebut pula melakukan hubungan dengan lembu betina maka akan lahirlah Zirafah.

      Namun Al-Jahiz tidak bersetuju dengan pendapat ini malah beliau mengatakan bahawa pendapat seperti itu hanyalah keluar daripada kejahilan yang melampau. Ini kerana Allah taala berhak untuk mencipta apa sahaja binatang seperti kuda , himar dan sebagainya.

      Maka saya agak bersetuju dengan kalam al-Jahiz walaupun beliau merupakan seorang yang beraqidah Muktazilah.

      HUKUM MEMAKAN ZIRAFAH

      Al-Imam al-Damiri rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Hayat al-Hayawan al-Kubra bahawa terdapat dua pendapat di dalam permasalahan hukum memakan zirafah.

      Pendapat pertama mengatakan bahawa hukum memakan Zirafah adalah haram. Ini seperti yang dikeluarkan oleh al-Imam al-Nawawi rahimahullah (wafat 676 H) di dalam Majmu’ Syarah Muhazzab dan al-Imam Abu Ishak al-Syirazi rahimahullah (wafat 467 H) di dalam al-Tanbih. Al-Imam al-Qadhi Abu al-Khattab al-Hanbali juga mengatakan bahawa zirafah haram dimakan. Sebahagian ulama mengatakan bahawa ini kerana dikatakan zirafah adalah binatang yang dilahirkan hasil persetubuhan binatang yang halal dan haram dimakan. Maka dengan menggunakan kaedah :

      “Bilamana bergabung antara perkara halal dan haram maka dimenangkan yg haram”

      Wallhu a’lam

  10. Assalammualikum w.b.t

    Saya tertarik mengenai artikel berkenaan binatang yang halal dan haram.Baru-baru ini saya dan kawan ada membincangkan mengenai ORANG MELAYU ISLAM yang memelihara ANJING dirumah dan memelihara seperti seekor kucing.

    1. ia adalah najis menurut jumhur ulama; lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim)

    Dari apa yang saya paham, anjing akan menjadi suatu najis jika berada dalam keadaan basah atau ketika kita menyentuh/memegang ia dalam keadaan basah. Diatas adalah salah satu riwayat yg menuntut kita samak/basuh 7x dgn air tanah jika anjing menjilat kita, ini kerana air liur anjing tersebut adalah basah. Jadi ketika kering kedua-duanya (anjing dan manusia) hukum haram itu tidak jatuh keatas kedua2 nya sekali.

    Secara nature nya budaya masyarakat melayu Malaysia, memelihara anjing adalah tidak normal, ini kerana anjing telah diakui sebagai sesuatu yg haram. Bagi saya jika seseorang itu paham sebenar-benarnya hukum HARAM, maka adalah bergantung keatas pendapat masing2.

    Cumanya dalam ISLAM sendiri, memelihara anjing dirumah tidak digalakkan, satunya kerana anjing itu suka membuat bising (menyalak). Ada juga mengata, malaikat xmasuk rumah kalau membela anjing.

    Jadi adakah sifat nature sesuatu masyarakat itu boleh dijadikan ukuran untuk mengharamkan sesuatu yang tiada dalil yang secara khusus menyatakan ianya HARAM???Jika saya tersilap harap seseorang boleh perbetulkan. Mengambil tahu sesuatu yang saya tidak tahu menjadi prinsip untuk menuntut ilmu.

  11. Wa’alaikumussalam saudari Orkid..

    Saya secara peribadi tidak ada dalil yg mencukupi untuk mengesahkan bahawa memelihara anjing itu hukumnya haram. Yg menjadi masalahnya adalah cara anjing itu dipelihara.

    Namun yang saya nmpk kekeliruan (termasuk saya juga ada kalanya), tentang HALAL dan HARAM sesuatu binatang itu biasanya merujuk kepada MEMAKANNYA. Sama ada ianya HALAL atau HARAM utk DIMAKAN. Yg sering mengelirukan kita ialah HALAL atau HARAM itu ada kalanya dirujuk sbg NAJIS atau TIDAK NAJIS.

    Jadi saya sendiri akan tertukar dgn konteks logo HALAL JAKIM terhadap MAKANAN
    dan juga barang pengguna yg lain.

    Untuk makanan, logo HALAL itu secara langsung merujuk kepada halal untuk dimakan.
    Tetapi, logo HALAL untuk barang pengguna biasanya yg digunakan untuk halal bahan itu untuk meresap ke tubuh badan kita, sbg contoh kulit kepala bagi shampoo, kulit muka kepada produk kecantikan. Manakala untuk ubat gigi pula, ianya merujuk bahawa bahan yg terkandung adalah HALAL untuk memasuki mulut yg sekali gus akan bercampur dengan air liur dan akan meresap ke saluran makan / tekak kita.

    Jadi soalan saudari di atas lebih kepada merujuk kepada HARUS kah atau HARAM kah membela anjing. Mungkin hukum “HALAL atau HARAMkah membela anjing” yang ditanya oleh saudari dipengaruhi dengan artikel di atas yg menyatakan “HARAM memakan anjing” oleh orang Islam.

    Walaupun saya tidak dpt menjawab soalan saudari, namun saya harap penjelasan saya dapat menjelaskan sedikit perbezaan “HARAM dimakan” dgn “HARAM dilakukan” yg bermaksud berdosa kalau dilakukan, cth: bermain judi, mencuri dsb.

    Wallahu a’lam.

  12. apakah hukum menjual cacing dan lintah

  13. ASSALAMUALAIK.ANA NAK TANYA GAK CICAK AWAT XLEH MAKAN?

  14. salam kepada pembaca blog
    minta pendapat sejelas-jelasnya.
    soalan,
    1.Hukum memelihara babi bagi orang islam dan dimajukan didalam urusan perniagaan kepada yang bukan berugama islam?

    2.Adakah hasil rezeki yang diperolehi dari jualan (babi )hak milik yang sempurna mendapat kebaikan kepada yang menjual itu?

    3.Apakah kesannya kepada pandangan masyarakat akan pengusaha yang berugama islam melakukan perniagaan ini?

  15. assalamu’alaykum warhmatullah

    makasih atas ilmunya
    sungguh ini bermanfaat bagi saya

  16. assalamualaikum..

    saya nak tnya, shark boleh dimakan tak? kat arab ni, ikan2 ni byk dijual di pasar dan org2 arab makan ikan ni..

  17. nak tanya..kalau ikan yu macam mana plak? memang dia haiwan laut, tapi bukan ke dia buas? gigi dia kategori taring ke?

  18. terimakasih atas info.banyak yang saya tahu apabila saya membacanya

  19. Apa hukumnya makan daging kuda

  20. Apa hukumnya makan daging kuda ? sbb ada sesetengah pendapat menyatakan hanya sebahagian daripada daging kuda boleh dimana, betul ko ?

  21. salam…ustaz..boleh ustaz bagi definisi halal dan haram dari kitab2 fiqh? dan pengamalan sijil halal di malaysia?

  22. adakah produk kecantikan olay haram

  23. saya nk tanya burung unta adakah halal di makan apa kah dalil yang memboleh kan ia halal…..sekian

  24. eh , saya nk tnya pon takut sbb byk soalan yg ustz x jwb agy :(

  25. Ada pekerja melayu yg jual babi , dan ada pembeli bukan melayu yg beli, dosa ke pekerja tuh sbb dy kerja krana dipaksa oleh org cina yg sebenarnya ngaku sebagai kwn dy . Kalau dy x ikut ckp “kwn” dy tuh,dy kne bunuh . Dosa ke dy ???

  26. asalamualaikum, bagaimana kita nak mengetahui sofa kulit yang dibeli bukan dari kulit babi

  27. SALAM… sy nak tanye adakah membela serigala haram di sisi islam?? sangat2 keliru

  28. Ich weiss wohl keinesfalls mehr korrekt, auf welche Art ich
    auf diese Webpage gekommen bin, nichtsdestotrotz ist der Inhalt wirklich besonders von Interesse und attraktiv.
    Das Layout gefällt mir auch sehr gut. Ich selber schicke dir
    viele liebe digitale Grüsse :)

  29. Hi, i think that i saw you visited my blog thus i came to “return the favor”.
    I’m trying to find things to enhance my website!I suppose its ok to use a few of your ideas!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 36 other followers

%d bloggers like this: