Halal ke tak ni? Ustaz Daud Che Ngah sahkan ianya email Fitnah

dihantar oleh isteri_yunus (yang diambil drp email)

Ni satu lagi kes sembelih…
quote dr penulis:

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi…sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum
untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA.
Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan
kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut.
Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel
muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja.
Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam.

Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee.
Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah
dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm…macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri.
Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi,
hmmm….macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.
Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya
makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.
Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai.
Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut ” bis ” saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, ” setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka ” .

MAKA BERHATI – HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT
DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.

Wassalam.

About these ads

19 Responses

  1. “Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC.”

    -boleh confirmkan sumber ni benar-benar dari ustaz daud che ngah?

    “Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee.”

    boleh bagi tau siapa hamba Allah tersebut?

    saya cuma rasa berita2 begini perlu ada bukti sahih dan bukan mendengar cakap orang sahaja.

  2. Terima kasih kerana bertanya.
    Utk pengetahuan tuan, artikel ini memang menjadi keraguan.
    Oleh sebab itu tajuknya sahaja masih ber”tanda soal”.
    Harap kita bijak menilai cerita ini.
    Saya secara peribadi masih menganggap ianya halal selagi ianya tidak disahkan
    haram oleh pihak yg mengeluarkan pensijilan HALAL, iaitu JAKIM.
    Artikel diketengahkan utk memberitahu kpd semua pihak betapa sensitifnya
    isu HALAL ini.
    Waalahu alam

  3. Assalamualaikum…
    Adakah berus-berus yang terdapat di pasaran boleh digunakan oleh umat Islam. Ini adalah kerana ada sesetengah pihak yang mengatakan ia adalah berus babi. Adakah ini benar?

  4. pada pendapat saya memang bagus ada web yang sentiasa mengeluarkan penyataan halal dan haram. info ini boleh di kongsi dengan semua orang.terutamanya yang islam.pemakan yang halal adalah penting dalam membentuk peribadi sempurna..
    yang menyedihkan,mengapa pengeluar produk halal seperti ubat gigi mukmin dan pelbagai produk lain,menjual dengan harga yang mahal berbanding produk bukan islam.dalam menarik perhatan orang islam,saya cadangkan harga perlulah berpatutan dan murah.secara tidak langsung hal ini boleh menarik perhatian orang islam dan pengeluar produk islam sentiasa membantu dan memberi perhatian kepada pengguna islam…

  5. blh berikan sya lman web yg mgesahlan kfs hlal,mksd sya tmpat smblhan dia,mner leh sya dpat tgk?

  6. >>Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm…macamana tu?.<<

    x leh ke pempuan sembelih??? termasuk ke dalam rukun sembelihan?????haramke???yg sy tau syarat penyembelih mesti islam dan bukan dalam ihram. asal x leh pulak???

  7. Isu Ustaz Daud Che Ngah dan Ayam KFC / Produk AYAMAS

    Saya merujuk kepada email FITNAH yang masih terus disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab berkaitan dengan perkara diatas yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan integriti KFC dan QSR Brands (M) Berhad sebagai sebuah syarikat yang dikuasai oleh Jcorp melalui Kulim Berhad sejak Julai 2006 dalam industri penyediaan makanan Halal.

    Sejak pengambil alihan tersebut, diantara perkara UTAMA dan TERPENTING diambil tindakan oleh pihak pengurusan syarikat ialah penubuhan Jabatan Shariah & Pematuhan Halal yang mengendalikan ursuan berkaitan pemantauan Halal dalaman bagi mempastikan semua produknya disediakan selamat dan Halal dimakan oleh umat Islam.

    Dengan panduan yang diberi oleh Majlis Penasihat Shariah, jabatan ini bukan sahaja bergantung kepada pemantauan bebas HDC (dulunya JAKIM) dalam soal pematuhan Halal oleh setiap unit bisness di dalam syarikat kumpulan nya, malah, lebih jauh daripada itu syarikat telah mewujudkan Unit Audit Halal yang mengambil tanggung jawab memantau dengan rapi setiap tahap penyediaan dan proses produk keluaran nya.

    Selain mematuhi piawaian Halal yang terkandung dalam MS 1500:2004 yang berkaitan dengan penyediaan makanan Halal, panduan persijilan Halal JAKIM, GMP, HACCP dan piawaian Jabatan Haiwan Malaysia, Jabatan Shariah & Pematuhan Halal telah mewujudkan satu sistem jaminan Halal komprehensif dalam semua rantaian makanan daripada “farm to fork”.

    Sebaran email FITNAH (sejak 23 tahun yang lalu) yang berterusan itu amat tidak adil, tidak bertanggung jawab dan sesungguhnya memperlihatkan sifat mungkar penyebarnya dan yang meneruskan penyebaran nya secara berterusan dan menyebarnya secara meluas tanpa sedikitpun mengambil kira kesahihan nya (suatu sifat keji yang dilarang oleh agama) dalam keadaan semasa.

    Disertakan bersama-sama ini surat penafian dan rasa kekesalan yang dibuat oleh Ustaz Daud Che Ngah (yang kini bergelar Datuk) berhubung penyebaran fitnah tersebut secara berterusan sehingga hari ini.

    Oleh yang demikian, sekiranya benar-benar ingin mencegah kemungkaran, dan membantu kami dalam melaksanakan fardu kifayah menyediakan makanan Halal kepada masyarakat, email berkenaan seharusnya tidak lagi disebar atau dihiraukan bagi mengelakan kita turut bersubahat dengan kemungkaran menyebar FITNAH. Sebaliknya, sebarluaskanlah email saya ini agar kebenaran mengatasi kepalsuan dan akhirnya kita semua memperolehi keberkatan, InsyaAllah.

    Sebarang masaalah dan kemusykilan berkaitan isu ini perlu disusul dan dipastikan kesahihan nya dengan piahk JAKIM dan HDC sebagai pengawal selia persijilan Halal di Malaysia atau boleh menghubungi terus Jabatan Shariah & Pematuhan Halal QSR Brands / KFC (M) Berhad email: halal@kfcholdings.com.my bagi mendapatkan kepastian.

    Sekian, Wassalam

    Mohd Roslan bin Mohd Saludin,
    Setiausaha,
    Majlis Penasihat Shariah
    QSR Brands / KFC Holdings (M) Berhad

  8. Terima kasih tuan kerana memberi penjelasan dan dgn secara professionalnya menegur penyiaran SMS FITNAH.

    Saya memang sengaja meletakkan tanda soal, kerana SMS sebegini memang sgt meragukan.

    Namun saya meletakkan kebijaksanaan pembaca dalam isu ini.

    Jadi saya bersyukur sekiranya, pihak KFC akan lebih pro aktif dlm menangkis perkara2 sebegini.

    Blog saya ini adalah hanya blog utk berkongsi maklumat. Bukan utk memenangkan mana2pihak dan dakwaan.

    Semoga KFC terus maju dan dilindungi drp fitnah sebegini. Dan saya juga bangga menjadi pelanggan KFC yg terus memperjuangkan status HALAL di produknya.

    Sekian terima kasih

  9. Assalammualaikum…… saya amat teruja bila isu ini di bincang kan oleh umat islam di Malaysia.Yealah, sekarang ni kan ramai sangat ‘ musuh’ islam yang sedaya upaya melakukan perkara2 yang tak baik untuk umat islam.dan saya bersetuju bila laman sebegini di wujudkan.Tak lain tak bukan untuk umat islam di Malaysia menjadikan ia satu medium untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini berkenaan JAKIM atau pun yang berkaitan dgn nya.Dan saya amat2 berharap laman ini tidak di sabotaj oleh sesetengah pihak yang ‘cemburu’ akan motif kewujudan nya…Bersama-sama lah kita berdoa agar kita sebagai umat Islam mendapat/dihidangkan dgn makanan yang halal lagi suci.Sesungguh nya mencari yang halal itu adalah FARDU bagi umat islam…Amin…..

  10. 1=perempuan dibolehkan untuk menyembelih ayam namun disunatkan sekiranya ada lelaki,lelaki yg menyembelih
    2=halal sahaja orang yg tidak bersembahyang menyembelih ayam,namun sudah tentu tiada berkatnya

  11. Setahu saya kfc telah lama di ambil alih oleh kpj

  12. assalamualaikum,,,,,,,,,,,d ringkaskn,,,,menjawB kpd psoalan p1….kemungkinan kaedah penyembelihan tersebut kaedah yg baru dguna pakei,,,dan dlm islam pun menyebut spy..menggnakn tekngy yg ada utk menjlnkn aktvt harian,,,selagi x melnggr hukum syarak…

  13. biar rujuk kpd yg pakar

  14. jgn menyebar fitnah,,,,,mesti ada bukti kukuh,,,,,

  15. Persaolan asas. Kenapa produk HALAL lebih mahal dari produk yang tidak mendapat pengiktirafan HALAL? Persaolan ini mi\udah di jawab. Ia mempunyai 2 kriteria iaitu produk yang tidak mendapat pengiktirafan HALAL dikeluarkan dengan banyak berbanding dengan produk yang dilekuarkan oleh orang Islam sendiri. Kenapa? Sebab kita orang Islam tidak mampu melabur lebih jika dibandingkan dengan orang bukan Islam.

    Kedua, Adakah 2~3% lebih mahal dari produk yang todak mendapat diiktiraf HALAL itu mahal? Jika ianya dianggap mahal, anggaplah kita berfardu kifayah sesama ummah Islam. Adalah lebih baik kita bersedekah kepada ummah Islam daripada kita menyokong produk yang tidak mendapat pengiktirafan HALAL.

    Wasalam

  16. asalamualaikum,saya hairan la juga ulama-ulama kt negara kita ni memang la tahu,tapi kenapa mereka tk berani ambil tindakan.ini kerana orang-orang seperti mereka inilah yang sepatutnya lebih tegas lagi dari kerajaan.kita kan dah tahu kerajaan sebenarnya cuma nk duit masuk aje,soal halal ke,haram ke tolak tepi.tengoklah diorang punya anak bini pun tk tutup aurat,walhal itu wajib kita sebagai umat islam.saya lihat ulama kita sekarang dah tk berani nk cakap yg lebih-lebih takut kena buang kerja

  17. assalamuaalaikum… secara peribadi saya skrg sudh was-was utk mkn kfc w/pun pekara ini blm nyata kesahihannya..tetapi sbgai sorg yg waras kita tidak patut mnyebarkan berita yg kita sndiri blm pasti kerana ia akan mnjadi fitnah jika ianya tidak benar.. INGATLAH.. fitnah itu lebih buruk dari membunuh .. mahukah kita mnjadi salah seorang daripadanya..saya berharap ustaz Daud Che Ngah dpt mmberi pnjlasan tntang pekara ini kerana nama ustaz dikaitkan dlm artikel ini..NYATAKAN KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT..

  18. Sesungguhnya janganlah kita tergolong dalam golong orang yg fasik (orang yang mempercayai sesuatu khabar angin tanpa menyiasat terlebih dahulu).
    Saudara yang saya hormati,
    Saya rasa saudara terlalu percaya kepada perkhabaran sesetengah pihak tanpa ada siasatan dari pihak saudara yakni mungkin inisiatif untuk mengetahui yang benar. Saudara terlalu lurus dan percaya bulat-bulat terhadap sesuatu perkhabaran.
    Saudara tahu x, setiap guest yg baca apa yang saudara tulis ini, saudara mungkin menanggung dosa akibat daripadanya kerana jika cerita ini tidak benar sama sekali sudah tentu saudara tergolong dalam golongan fasik ini.
    Assalamualaikum.

  19. Assalamu’alaikum wrmbth,

    kenapa dah lama xupdate tuan? Semoga berterusan dan istiqamah. Banyak saya dapat manfaat dari blog ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 37 other followers

%d bloggers like this: