Info Halal Sarawak & Direktori Halal Miri

Sarawak, 26 Jun 2007: Isu halal haram merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam. Malah ia merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian khusus dan serius kerana sebagai umat Islam, kita hendaklah berprinsip tetap serta harus arif dengan jelas mengenai apa yang kita makan, minum, pakai dan gunakan setiap hari.

Melihat kepada realiti tempatan di Miri, hal ini merupakan salah satu perkara yang diambil berat oleh masyarakat Islam yang prihatin. Malah kadang-kadang isu halal dan haram ini menjadi satu dilemma yang menimbulkan ketidaktentuan dek kerana ketidakpekaan sesetengah pihak dalam memahami sensitiviti umat Islam. Berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah sekalian 2 e-mail yang saya terima berkenaan dengan hal ini (sila double click untuk baca keseluruhan):
E-mail 1 – ”Kita Dipermainkan Lagi!!” bertarikh 24 Jun 2007:
null
(Makluman: Restoran Chilli Peppers di Miri belum memperolehi Sijil Halal JAIS).

Email 2 – ”PEKAkah kita atau PEKAKkah kita?” bertarikh 14 Disember 2006:
null

E-mail bertajuk “Direktori Halal JAIS” dari Ustaz Malsiron Rogikin, Pegawai di Pejabat Agama Islam Miri sebagai maklumbalas kepada e-mail di atas:
null
Sebagai panduan umat Islam Sarawak khususnya di Miri, berikut adalah link Direktori Halal Sarawak keluaran JAIS sebagai panduan bersama. Semoga ada manfaat dan kebaikannya buat tetamu ziarah yang budiman sekalian.

1. Pusat Sembelihan:

http://www.jais.sarawak.gov.my/Halal/DirektoriHalal/dDaftarPremisSembelihan.htm

(Di Miri ada 3 Pusat Penyembelihan yang memiliki Sijil Halal JAIS: Borneo Farm Sdn. Bhd., Muzana Enterprise Sdn. Bhd. dan PPES Ternak Sdn. Bhd.)

2. Premis Makanan Hotel:

http://www.jais.sarawak.gov.my/Halal/DirektoriHalal/dDaftarPremisMakananHOTEL.htm

(Secara ringkas, semua hotel utama di Miri termasuk Mega Hotel, Dynasty Hotel, Pacific Orient Hotel, Eastwood Valley Golf & Country Club, Imperial Hotel, Park City Everly Hotel dan Miri Marriot Resort and Spa kecuali Grand Palace Hotel telah memperolehi Sijil Halal JAIS).

3. Premis Makanan Restoran:

http://www.jais.sarawak.gov.my/Halal/DirektoriHalal/dDaftarPremisMakananRESTOREN.htm

(Berdasarkan direktori ini, selain kedai makanan milik orang Islam, premis makanan lain di Miri hanya Jasmine Cafe yang mempunyai Sijil Halal JAIS).

4. Produk Makanan:

http://www.jais.sarawak.gov.my/Halal/DirektoriHalal/dDaftarProduk.htm

(Di Miri termasuklah Sim Kit Leng Confectionery & Cake, Marta Flight Catering Sdn. Bhd. dan Ma Baker Hot Bread Shop. Sekadar makluman dan mungkin juga promosi: Jiran saya di Pujut 9 Miri turut mengusahakan produk makanan roti melalui syarikat keluarga Morni Bakery – insya Allah Halalan Tayyiba).

5. Premis Jualan Produk Halal

http://www.jais.sarawak.gov.my/Halal/DirektoriHalal/dDaftarPremisJualan.htm

(Di Miri termasuklah Muzana Enterprise, CCK Fresh Mart Sdn. Bhd., Mistakin Sdn. Bhd. dan Ma Baker Hot Bread Shop).

nullnull

Berikut pula merupakan laman-laman informasi yang saya rasakan amat berguna untuk dijadikan panduan dalam perkara halal dan haram ini:

1. Info Halal Sarawak

2. Info Halal JAKIM

3. SMS Halal JAKIM

4. Forum Web PPIM

Sila baca juga artikel berikut (double click link ini): “Penerangan Perkara-perkara Mustahak Difahami oleh Ahli-ahli PPIM dan Orang Ramai“, yang saya yaqin dan percaya sangat relevan dalam membantu kita memahami isu halal dan haram ini. Bacalah dengan mata hati.

Buat akhirnya, sama-sama kita renungi dan hayati Firman-firman Allah SWT dan Hadith baginda Rasulullah SAW berikut:

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Al-Qur’an, Surah Al-Baqarah, ayat 168).

“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.” (Al-Qur’an, Surah Al-A’raf, ayat 157).

“Dari an-Nu’man bin Basyir, Rasullulah SAW bersabda: “Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, di antara keduanya ada hal yang tidak jelas (syubhat/ meragukan samada ia halal atau haram) yang mana kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka sesiapa yang menjauhi dirinya dari syubhat itu, ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melakukan perkara yang syubhat maka ia telah jatuh ke dalam perkara haram.”

Bacaan tambahan: Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan.

Wallahu a’la wa a’lam.

About these ads

2 Responses

  1. Aswrwb. enak ya banyak info hotel yang halal, dorong kami untuk di Indonesia dpat melist hotel-hotel dan lain-lain yang halal

  2. Assalamualaikum,

    Sebagai sebuah syarikat yang 100% milik orang islam, adakah perlu bagi pemiliknya untuk memohon sijil Halal JAIS? Adakah dengan adanya Sijil Halal yang diperolehi oleh sesebuah syarikat itu betul-betul menjaminkan bahawa produk keluaran yang halal memandangkan kebanyakan pengendali produk bukan beragama Islam. Adakah pemegang Sijil Halal tersebut diberi pendedahan khusus dalam penyediaan dan pengendalian produk makanan yang betul-betul halal khasnya bagi syarikat yang dimiliki oleh bukan beragama Islam.
    Diharap dapat memberi kepastian untuk kepentingan pengguna-pengguna yang beragama Islam.
    Wassallam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 34 other followers

%d bloggers like this: