GEMPAR!! BIHUN DIPROSES SECARA TIDAK HALAL

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !!
TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!

PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :-

Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.

 

Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

null 3.5 kg bihun CAP KETUPAT


3kg bihun CAP CABAI BURUNG


Bihun atau laksa CAP CILI, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG


Cop halal yang tidak pernah mendapat kelulusan

Selanjutnya sila klik di sini

(Dipetik drp http://myjakim.blogspot.com/2007/09/kilang-bihun-beras-indah-sdn-bhd-tasek.html)


13 Responses

  1. terima kasih untuk maklumat ini.

  2. Saya nampak bihun ni ada jual kat KL, terimakasih kerana berkongsi.
    http://www.hanafionline.com

  3. Terima kasih kepada yg memberi sokongan.
    Alhamdulillah.

  4. agar-agar halal atau tidak di malaysia??? nyatakan jenis yang halal.

  5. tapi di sarawak seorang menteri sibuk beri sijil halal kepada pegusaha makanan bukan islam!! jadi habis runtuh ekonomi pengusaha makanan halal dari org islam, menteri bodo tak tahu jaga ekonomi org islam…

  6. nasib baik betullah
    klu xtau dah beli dah ni

  7. Baru-baru ini masih nampak banyak keluaran dari kilang ini dijual dikedai-kedai Cina berdekatan dengan tempat kediaman saya di Bkt Mertajam. Pernahlah saya hampir-hampir terbeli produk keluaran syarikat ini awal bulan ini selepas nampak seorang jiran saya membeli beehon dan laksa yang dikatanya sangat murah jika berbanding dengan jenama lain. Nasib baik sebelum masak, adik saya terbaca label di atas plastik beg dan teringat akan peristiwa tahun lepas. Teruslah saya hantar beehon tu balik ke kedai itu dan tukar dengan jenama lain walaupun harganya lebih mahal.
    Alhamdulillah. Tidak termakan benda kotor tu.

  8. Sdr Umar,

    Alhamdulillah.

    Bersama-sama kita menjadi pengguna yg berilmu dan peka.

  9. Kebanyakan penduduk2 luar bandar tidak tahu membaca jadi mereka tidak dapat menilai bahan yang tidak halal contohnya kedai melayu didalam kampung ada juga menjuga produk tidak halal seperti bihun cap cabai dan lain2 kagi.
    Pihak jakim seharusnya memantau restoran2 orang islam yang menggunakan bahan perasa @ produk tidak halal.Pihak jakim sepatutnya menarik balik lesen perniagaan syarikat (kilang) pembuatan makanan dan restoran2 orang islam…Kerajaan haruslah menyekat produk2 orang dari Barat cthnya Amerika syarikat dan lln..

  10. Ni pun 1 lagi masalah……
    aku sendiri pun dah termakan dah antara bihun yg korang list tu……tapi Pelik juga……Mana Peranan penting JAKIM dalam memantau Status Halal ni….@ JAKIM hanya tunggu cukup bulan pergi cucuk duit…..
    Ambil la tindakan Org dah terang2 pakai Logo Halal yg tak dikeluarkan oleh JAKIM tak kan JAKIM nak Membatukan diri jer…..tau la….selama ni…..ada memang sedia membatukan diri anda…….Insaf2lah……berubahlah……Hanya JAKIM jer kat Malaysia ni yang ada POWER….Harap lebih Bertanggungjawab sikt…………….

  11. assalamualaikum…
    trima kasih kpd yg mberi maklumat n prihatin sal produk halal…
    tp bagaimana pulak dgn produk halal jakim namun syarikat@pengusaha produk itu sendiri bkn dr kalangan org Islam? fikir2kanlah…
    sedangkan yg nabi tuntut kite patut beli makanan dr umat Islam yg mjaga solat …

  12. ALHAMDULILLAH……..sykr ke atas ALLAH kerna ana tahu sblm ana trmkn bnda hrm ini…

  13. salam…kat alor staq ni ada peniaga jual bihun& laksa dari kilang org islam…tak silap ana jenama ALHIJRAH kot,sedap pulak tu…tak hancur bila dgoreng….rasanya kt dia ada mcm2 prodk islam lg…mee sanggul,sardin,sayur fucuk,bihun tomyam,mee bandung,tepong goreng ayam sedapp,spageti makaroni dari iran & syria,biskut syria,jus buah2an iran,snek jagung coklat,marshmallow,jelly gum….tak silap ana dia selalu jual kt kuliyyah mingguan hari jumaat kt menara zakat alor setar,kuliyah mingguan kat mentalon hari sabtu,kuliyah ust shamsuri masjd sultanah mggu pertama dan masjid al muttaqim tanah merah jitra mggu ke 3….alhamdulillah ada jugak org islam kita yg prihatin….

Leave a Reply