Mengapa produk halal, selalunya mahal? Kongsikan pandangan anda

Banyak yg berpendapat, barang yg mendapat pensijilan Halal lebih mahal.

Pendapat terbaik minggu ini dari sini

pada pendapat saya memang bagus ada web yang sentiasa mengeluarkan penyataan halal dan haram. info ini boleh di kongsi dengan semua orang.terutamanya yang islam.pemakan yang halal adalah penting dalam membentuk peribadi sempurna..
yang menyedihkan,mengapa pengeluar produk halal seperti ubat gigi mukmin dan pelbagai produk lain,menjual dengan harga yang mahal berbanding produk bukan islam.dalam menarik perhatan orang islam,saya cadangkan harga perlulah berpatutan dan murah.secara tidak langsung hal ini boleh menarik perhatian orang islam dan pengeluar produk islam sentiasa membantu dan memberi perhatian kepada pengguna islam…

Sebagai pengguna Muslim, cuba beri pandangan anda.

14 Responses

  1. pertama sekali pengusaha muslim jangan tipu allah taala dan diri sendiri.

    itu jer pesan saya yg dan bertahun-tahun “campur” dengan pengusaha2 muslim.

  2. Sekadar berkongsi pandangan, kebiasaannya sebagai pengguna kita mengimpikan harga yang rendah bukannya harga yang berpatutan. sebab itu bila datang sesuatu produk dari pengusaha muslim kita akan kata mahal dan sebagainya. tapi pernahkah kita terfikir susah payah pengusaha tersebut cuba menyediakan ruang untuk kita mendapat produk halal ini??? Kita hanya mengeluh harga mahal bukan berterima kasih kepada pengusaha tersebut.

    Rasanya majoriti pengusaha muslim tidak mempunyai modal yang besar dan sukar untuk membuat pusingan modal. oleh sebab itu kita perlu membantu dari segi membeli produk tersebut dengan harapan bila ramai orang membeli produk tersebut syarikat tersebut mendapat untung maka akhirnya mereka mampu memberikan harga yang berpatutan kepada kita semua. Malangnya melalui pengamatan saya kebanyakan dari kita akan menolak sebab harga mahal termasuklah org-org yang bergelar ‘ustaz’ atau ‘ustazah’ dan akhirnya dengan rela hati memilih untuk menggunakan produk pengusaha bukan islam. Maka kita secara tak sengaja telah menguntungkan pengusaha tersebut lantas bersama modal yang besar dan keuntungan dari sokongan kita harga produk tersebut akan menjadi semakin murah. Dan kita terusa membeli sebab harga murah berbanding dengan produk pengusaha muslim. Kalau semua orang Islam beli produk pengusaha muslim berkemungkinan produk-produk lain akan tutup kedai. Sama-samalah kita membantu ekonomi umat islam sendiri dengan membeli produk umat islam biarpun mahal. dari segi pengusaha meletakkan harga yang mahal kita serahkan kepada Allah. Semoga ada manafaat.

  3. Assalamualaikum. Sebenarnya persoalan ini adalah mudah untuk dijawab. Kerana persoalan kepada kenapa “Produk halal itu selalunya mahal” dan sebaliknya kenapa “Produk yang tidak halal itu murah” ?. Semuanya adalah terletak kepada kos pengeluaran dan jumlah pemasaran produk tersebut.

    Bagi pengusaha-pengusaha yang mengenepikan isu-isu halal-haram dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata akan mencari sumber-sumber yang murah walau pun sumber tersebut tidak halal atau lebih tepat lagi HARAM. Tetapi bagi pengusaha yang sensitif tentang isu halal-haram, sumber-sumbernya adalah terhad kepada yang halal sahaja dan pengendaliannya juga dijaga untuk menjamin kehalalan, kesucian dan kebersihan produk tersebut. Jadi kosnya adalah lebih mahal.

    Dari segi pemasaran pula, bagi produk-produk yang tidak halal, pelanggannya terdiri dari pengguna-pengguna bukan Islam, juga yang sedihnya, tidak ketinggalan sebilangan besar pengguna umat Islam yang mengenepikan atau tidah sensitif isu halal-haram juga membeli produk tersebut, bagi mereka “janji murah”. Oleh sebab itu dari segi “volume” atau jumlah jualannya adalah sedikit dan kurang keuntungannya.

    Bagi produk halal pula, ianya terhad kepada pembeli atau hanya berkisar kepada umat Islam yang betul-betul sensitif dengan isu halal-haram sahaja dan juga terdiri dari sebilangan kecil yang bukan Islam yang mementingkan isu kebersihan, kerana mereka yakin kebiasaannya produk yang halal juga adalah bersih dari segi pengendaliannya.

    Perkara ini sebenarnya bertolak balik kepada para pengguna-pengguna Islamjuga. Kalau para pengguna sanggup berkorban sedikit dan sanggup menyokong perjuangan pengusaha-pengusaha produk halal ini, lama kelamaan apa bila sampai masanya harganya akan turun, Insyallah.

    Adalah terlalu murah harga yang terpaksa dibayar kerana hanya perbezaan beberapa ringgit, sanggup membeli produk yang tidak halal atau tidak pasti kehalalannya mengakibatkan daging kita akan dibakar diakhirat kelak.

    Apa salahnya kita sebagai pengguna-pengguna Islam mengambil peluang ini untuk berjihad sedikit. Kerana bagi pengusaha-pengusaha produk halal ini, apa bila cukup tahun mereka juga akan menggeluarkan zakat dari jumlah keuntungan mereka, yang mana ia akan membantu dan mengguntungkan umat Islam kembali, Insyallah.

    Apa-apa pun bagi saya “Tepuk dada, tanya Iman”.

  4. Assalamualaikum, Pendapat saudara Nasron al jauhari begitu mendalam walaupun pendek, berbanding pendapat yang lain berjela-jela. 
    persoalan kenapa harga produk islam mahal sentiasa bermain dalam fikiran saya dan tidak pulak terfikir perkara ini juga bermain dalam pemikiran org lain.
    saya kurang bersetuju dengan pendapat bahawa kita berjihad sedikit dengan membeli produk halal yang mahal. pertama-tama jihad sidikit adalah dari pengusaha sendiri, bukan dari pengguna.
    kita tidak boleh menyalahkan isu volume atau market yang kecil berbanding produk tidak halal menyebabkan harganya tinggi untuk ‘cover’ kos.Kerana produk-produk yang ‘tidak halal’ akan menggunakan strategi menawan hati pengguna dgn harga yang murah dahulu, kerana itu prinsip asas dalam perniagaan.
    Jika dikaji kembali.syarikat-syarikat ‘tidak halal’ yang besar-besar dahulunya dulu juga kecil. Adakah mereka menggenakan harga yang tinggi ketika mereka mula2 melancarkan produk mereka? pasti tidak. Dan setelah berkembang pesat, adakah harga mereka mahal? juga tidak, masih murah berbanding produk halal.
    kita juga tidak harus menyeru pengguna-pengguna islam ber’korban’ sedikit untuk sanggup menyokong per’juangan’ pengusaha-pengusaha produk halal ini, pernahkah kita terfikir kenapa tidak pengusaha-pengusaha tersebut berkorban sedikit untuk pengguna-pengguna islam?
    untuk menjawab satu soalan mudah maka timbul pulak pelbagai soalan lain.
    adakah produk halal untuk org kaya sahaja?
    Kenapa Allah mencipta perkara haram lebih murah dari yang halal dalam alam ini?
    Adalah semua ini hanya fenomena yang menjual agama Allah dan Rasul?
    Adakah istilah halal itu cuma pada proses membuat sahaja? perlu juga di ketahui harga suatu produk yang lebih mahal dari harga pasaran adalah HARAM dari sudut hukum Muamalat Islam.
    Boleh dikatakan semua org islam sensitif dengan isu haram dan halal ini. Tetapi berapa ramaikah pengusaha-pengusaha produk halal ini tidak berjaya? Rasanya macam semua dah kaya raya….

    fikir-fikirkan

  5. Assalammualaikum…..Produk halal mahal?…Ye ke? Tapi pada saya tak lah mahal.dan sekiranya mahal pun bukannye mahal sampai tak mampu nak di beli,betul tak?kenapa kita sanggup untuk membeli barangan keperluan harian seperti minyak wangi, kasut, alat2 make up( wanita)..yang saya pasti memang mahal.Saya minta maaflah kalau pendapat saya ini tidak di senangi oleh segilintir pihak.Tapi saya percaya sebahagian nye setuju.Mungkin ada yang cakap, makanan dan barangan harian tak sama, ye betul,tapi kalau cakap pasal makanan pun tak kurang juga yang….ada antara kita yang berbelanja besar mendapatkan barangan yang “HALAL” di pasar raya terkemuka.Dan bila cakap pasal berbelanja besar,mestilah mahal.Tidak kah anda terfikir,yang kita boleh mendapat kan makanan yang halal dan murah daripada kedai2/francais2 yang telah dilantik oleh JAKIM untuk menguruskan makanan halah yang murah.Dan saya dengan ikhlasnya amat pasti status halal nya.rumusannya, saya tidak setuju bila ada pendapat yang mengatakan barangan halal yang terdapat pasaran mahal. Tidak sama sekali…..Yang penting nye…dimana kita mendapat/membelinya…wassalam……

  6. insanfakir – awak jawab dari sudut pandangan ahli akademik.

    anuar – semangat yg bagus. tapi atas semangat itulah sebagian dari kita menipu bangsa / umat kita sendiri.

    ahmad haramain – alhamdulillah, awak benar2 faham realiti sebenar.

    apen – murah atau mahal bukan cuma dikira berdasarkan harga pengguna saja. harga pemborong dan harga pengedar juga sangat memainkan peranan yg penting. ada ukuran untuk margin dsb. perihal jakim… pernah berurusan dengan mereka? :D

    maaf cakap la… sebagai seorang yg berurusan secara langsung dengan para usahawan, institusi kewangan dan sebagainya, saya berani cakap la memang usahawan kita ni mostly / majoriti niatnya memang untuk diri sendiri. mereka kalau bercakap memang mengutamakan fardhu kifayah, tapi sayang hanya dibibir saja.

    saya beri 2 contoh… ada satu jenama kicap terkenal… tau berapa harga dia sekarang… naik, naik dan terus naik…

    contoh kedua… ketika harga barang keperluan seperti tepun naik sampai rm1, mengapa harga gula tak naik? cuba siasat mengapa harga gula tak naik.

    itu contoh 2 usahawan melayu islam yg mempunyai sikap yg berbeza.

    saya tak kata usahawan 1 itu salah 100%, tapi mengapa tidak bertindak seperti usahawan 2 sedangkan dia mampu berbuat demikian. perniagaan tak rugi dan harta tak berkurang pun.

    apapun punca sebenarnya pada saya ialah TAMAK dan TIDAK PEDULI NASIB MASYARAKAT BANYAK.

    oh ya… saya tak respek usahawan buat masjid ke buat surau ke atau apa2 laa sedangkan “ahli hak” (contohnya pekerja dan pengguna) tidak dititik beratkan. umpama rumah ada tingkap, tapi tiada dinding.

    namun begitu masih banyak juga yg betul2 ikhlas berniaga. semoga golongan ini terus berjaya dan memartabatkan akhlak islami dalam ekonomi.

    maaf kalau emosi sikit. wassalam.

  7. SALAM…pertama skali ingin saya mengatakan mmg kebanyakan makanan halal agak mahal berbanding makanan yang tdak halal. Namun amat berbaloi jika makanan yg dimakan itu adalah HALAL walaupun ianya MAHAL….Apa yg sedia maklum,makanan yg halal amat penting dlm khidupan kita sgai umat ISLAM…Justeru kita perlu berjaga-jaga dgn pemilihan makanan di mana-mana saje.. pastikan makanan tersebut tdak mgandungi bahan2 yg terlarang..Sekiranya kita berasa was2,elak kn drpd membelinya…InsyaAllah…W’salam

  8. Salam,

    Apabila kita ingin suatu yang baik, kita perlu berusaha.
    Jika kita ingin meberi yang terbaik , kita juga perlu beriktikad.
    Kenapa perlu ada pelbagai jenama ynag halal ?
    Jika kita satukan, pelbagai jenama kepda satu syarikat, mungkin kita tak perlu bersaing. Tiada pilihan dari pembeli. Tentang modal , kita dapat kurangkan modal operasi. Ala macam bank2 ( merging) . KIta pun bukan tiada orang Islam yang kaya raya.
    Mungkin ini yang perlu kita jenguk2kan.
    BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH

  9. bagi pendapat saya, produk Islam memerlukan kos yang tinggi kerana bukan semua orang ingin menggunakan produk yang bARU. apabila sesuatu produk tidak mendapat pasaran yang baik, sudah pasti kosnya akan sedikit meningkat. sebenarnya tidak ada alasan kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia untuk menggunakan produk Islam. lagipun, harga produk islam, cuma lebih 10 sen hingga RM 1 sahaj. kalau niatnya untuk memberi sokongan untuk umat islam, takkan ada halangan. betul tak? setuju?

  10. asalamualaikum,
    bg sy x salah kalu kita sbgai umat islam membantu ekonomi umat islam itu sendiri…cuba kta tgok orang kuffar,tidak akan sesekali menjejakkn kaki ke kedai org islm tp adakah org islm itui sendiri berbuat sebegitu juga????????jawapn ny tidak sama sekali malah turut menyokong..jd dimanakah umat islam sekarg…bantulah saudara kamu nescaya Allah akan menolong kamu…..harga product halal tidak lh terlalu mahal…tetapi kta mampu untuk membeliny….harga ny kalu nk dibandingkn cuma berbeza 40 sen ke $1.lg pulak barangan ny memang suci bersih dan menyakinkan….
    ap salah ny kta membantu……

  11. Assalamualaikum
    Produk halal satu keperluan wajib bagi muslim sedang Produk tidak jelas status dan dikeluarkan tanpa ada perhitungan kesucian halal berleluasa dan sangat serius mengejar kantong kelompok konsumer terbesar iaitu orang Islam.

    Barangan halal Mahal kerana kos pengeluaran, pemasaran atau ambil kesempatan terhadap keperluan umat? Persoalan yang secara jitunya hanya boleh dijawab oleh tuan pengusaha kerana itulah niatnya. Namun boleh dirisik kebenarannya lewat pengalaman yang dilmukan.

    Ayuh kita tinjau realiti ini, sabun basuh pinggan yang jelas halal harganya sekali ganda dari cecair cucian biasa. Tanpa buih, sedikit kurang berkesan merupakan pengalaman menggunakan cecair yang jelas status halal. Segelitintir akan menjawab, ya, tidak mengapa, tak bagus sgt tak pa, asal halal. Apasalahnya mahal sedikit asal halal.

    Produk ini hidup sementara atas sentimen simpati bukan atas kompetensi. Jangka hayat produk dan pengeluarnya harus juga tidak lama kerana pemberi simpati akhirnya akan penat. Tanpa kualiti produk tak akan bertahan. Tetapi munasabah kalau harganya kurang separuh dari harga cecair yang biasa. Kurang harga, kurang kualiti. Esok-esok kualiti bertambah, harga naik sedikit sesuai dengan kos penyelidikan dan sebagainya.

    Nasihat kepada kelompok pengguna Muslim, ialah bersatu dalam memberi maklum balas yang jelas kepada pengeluar barangan halal melalui cakap atau sikap. Untuk kelompok pengusaha, muhasabah niat dan sikap, tingkatkan kreativiti di tanpa korbankan kualiti.

  12. This is the good issue sebab memang saya perhatikan produk halal lebih mahal berbanding produk tidak halal.. Semua pandangan ada logiknya.. Semua pandangan kalau diamati memang betul dan tepat.. Semua berdasarkan pemerhatian masing-masing..

    Tetapi, saya sependapat dengan Nasron Al-Jouhari.. Sebabnya ramai masih tak paham mengapa kita berniaga.. Kita berniaga untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam supaya sentiasa bersumberkan halal. Ianya adalah fardhu kifayah. Tak kisah ambil untung tapi biarlah berpada dan sesuai dengan kos.. Contoh kecil saja , orang yang berniaga makanan depan rumah tapi menjual harga makanan sama seperti orang yang menyewa gerai, minyak dan sebagainya.. Adakah patut ?

    Contoh beli produk keropok di Terengganu.. Harga x jauh beza dengan bila yg dijual di KL.. Saya ingatkan jauh lebih murah..

    Menjual kuih RM1 3 keping tapi kualiti berbeza antara satu sama lain.. Bukankah sengaja berniaga untuk mencari duit bukan sebagai fardhu kifayah.. Saya kira tidak adil orang yang sengaja berniaga cuma untuk menyemarakkan lagi perniagaan itu tapi hakikatnya kualiti tidak dijaga..

    Sekian pandangan saya

  13. Salam.
    1. Anda mahukan yang halal atau haram?
    Then baru bercakap soal harga…
    Apabila menyentuh soal pengusaha perlu berkorban untuk pengguna, adalah salah. seolah-olah kita mengharapkan org lain berkorban utk kita sedangkan kita yang memerlukannya. Contohnya, kita jahil soal fardhu ain dan dihujung kampung ada seorang ustaz yang membuat kelas fardhu ain di surau. Adakah kita yang memerlukan ilmu itu mahukan ustad berkorban utk kita supaya datang ke rumah kita utk mengajar kita atau kita yang berkorban sedikit kos petrol utk ke kuliah itu.

  14. Assalamuallaikum..pembaca muslim yang prihatin sekelian. Sukar untuk kita mengukur tahap kesedaran dan sensitiviti umat terhadap isu produk halal. Maklumat ada tapi tak semua berminat nak tahu. Yang bagusnya, bila isu halal ini ditimbulkan banyak pengeluar yang non-muslim pun bersungguh-sungguh memasarkan barangan yang ada label ‘halal’. Tapi…boleh percaya ke? Adakah pengeluar barangan yang non-muslim benar2 memahami konsep halal? Ataupun sekadar gimik untuk melariskan barangan memandangkan sebahagian besar pengguna adalah muslim. Bagi pengguna yang bijak, jangan mudah tertipu dengan gimik seperti itu. Dptkn maklumat yang sahih dari pihak yang boleh dipercayai. Kita ada PPIM..apa slhnye kita gunakan sebagai sumber maklumat. Jangan timbulkan soal harga kalau nk selamat. Langkah awal yang perlu, kita sokong dulu produk halal. Bila permintaan meningkat, sudah tentu harga akan turun. Daripada kita menjadi pengguna barangan keluaran kafir, lebih baik kita sokong umat kita sendiri. Tapi…susah juga nak menyedarkan umat kita ni.

Leave a Reply