Berhati2 semasa melabur atau menyimpan atau menganggotai mana organisasi.
Bukan saja ianya haram dari segi undang-undang, malah HARAM dari segi hukum syariah.
BERHATI-HATILAH
KENYATAAN AKHBAR
| 1. |
Kebelakangan ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan ‘skim cepat kaya’ yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi kepada orang awam yang menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 10 peratus pulangan/dividen setiap bulan. Risalah-risalah ini telah disebarkan secara meluas di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan di masjid-masjid. |
| 2. |
SKM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sentiasa memantau dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan tersebut. Beberapa kes ke atas anggota lembaga telah berjaya diambil tindakan termasuk menggantung, membubar dan memecat mereka yang terlibat dalam skim seumpama itu. Lain-lain yang terlibat masih dalam pemeriksaan dan siasatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. |
| 3. |
SKM menyeru agar orang ramai berwaspada, berhati-hati dan bertindak bijak terhadap tawaran yang dijanjikan oleh koperasi-koperasi berkenaan supaya tidak mudah tertipu dengan pelaburan ala ‘skim cepat kaya’ yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan. |
| 4. |
Sehingga kini SKM tidak pernah meluluskan aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya’. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan yang musykil dan ragu-ragu mengenai kedudukan perniagaan koperasi, bolehlah meminta penjelasan daripada SKM melalui hubungan seperti berikut:- |
|
No. Faksimili: 03-20944272/03-20935026 No. Telefon: 03-20935098 samb. 5807 (En. Alias Anak Ilai) Atau sambungan 5828 (Pn. Rohana bt Mazlan) E-mail: aliasi@skm.gov.my
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA TINGKAT 5, 6 & 7, BLOK J, PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50608 KUALA LUMPUR
JUN 2008 |
Filed under: Haram | Tagged: skim cepat kaya

nak tau la… apakah ciri2 skim sepat kaya nie…
saya ada mendengar ada satu kaedah .. seperti wang ihsan., wang pos.. adakah ianya skim cepat kaya gak..
wassallam, kalo nak ikutkan banyak pendapat, tapi yang jelas saya pon main wang pos. Nak bayar hutang, nak cari modal dsb. Masalah nya ustaz ustaz tahu berhukum jer… lepas tu dia biarkan kauorang yang susah terus susah, tak ada alternatif. Nilah ustaz uztaz yang pandai bercakap lepas cakap dapat envelope ada duit tambang dan duit kuliah. Cuba kalau takada…. mampus dia pun taknak mengajar. Abis tu kita yang susah ni sape lak nak tolong. RAMAI USTAZ CAKAP TAK SERUPA BIKIN, CERITA JIHAD ITU INI.. DIA NAIK KERETA AIRCOND BAIKPUNYA, RUMAH SELESA, FULUS MASYUK BILA KULIAH…. KITA NI ABOK PUN TARAK.
aslmkm, saya cabar ustaz zaharuddin, kemukakan alternatif bagi orang orang susah yang tak reti niaga, blacklist, dah retrench dsb. Jangan tahu hukum jer.. tengok secara menyeluruh sistem skg nie. Jangan jual air liur, jual buku, jual fatwa. Tapi takada satu penyelesaian untuk orag susah. saya pun boleh… belek kitab bagi hukum.
Pengalaman Ustaz..
* Kaunselor Shariah, Ingress Corporation Bhd
* Felo Akademi, Pusat Kajian Modeniti & Masyarakat Madani
* Kolumnis, RHB ISLAMIC Speaks, NST Business Times
* Pengurus Kanan, Shariah Compliance Department, RHB ISLAMIC Bank Berhad
* Setiausaha Majlis Penasihat Shariah, Asian Finance Bank Bhd ( Anak Syarikat Qatar Islamic Bank)
* Penasihat Shariah Luaran, RHB Islamic Bank Berhad
* Ahli, Konsultan Shariah, Standard Chartered (Sadiq) Bank (Malaysia) Berhad
* Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, OSK Investment (Islamic) Bank Berhad
KOMEN SAYA
Igress, sykt bumi islam, vendor proton, bnyk usaha sama dgn bukan islam, banyak politiking dalam company.. saya tahulah.. saya org R&D PROTON.
RHB, Bank ada kaitan dgn Robert Kuok Family, Rashid Hussin pernah jadi pengerusi Guiness Anchor dan RHB. Macam mana ustaz makan gaji nie.
OSK… Lagi banyak politikingnya… nak cerita penat nak taip.
Orang rang lama dari proton tahu lah. Ustaz pun makan gaji kat sini.
Maaf ya, hanya sebagai satu perkembangan idea. Jangan jadi macam pakar motivasi yg terkenal tu…. last last kena tipu gak dgn salesman kat niteclub pulak.
Kurangkan bercakap Banyakan membuat penyelesaian.
harap kita jgnlah lagi terpedaya dengan skim yang memang berniat menipu, carilah skim/biz yang benar sah serta berlesen. sila layari http://www.crystal27.com/?id=Azhar
Kesian kat ustaz,bagitau hukum orang marah,tak bagitau tuhan marah,abih camana?!senang jangan jadi ustaz,takdak orang marah.biar semua sesat,makan riba,makan duit haram,pastu besok sama sama dok neraka.time tu kita pun marah lagi kat ustaz,apasal waktu hidup dulu ustaz tak bagitau duit yang saya dapat ni haram,kerja saya ni haram,kalau tak mesti saya tak buat punya.manusia2!!
salam, abg kassim ape hal emo semacam je dgn ustaz tu..ustaz hanya menyampaikan..kasi 1x bump kat abg mat..
laa…memang kassim selamat lah ngko…ust bagi tahu hukum tu dah kerja khalifah Allah dimuka bumi,yg ko marah tu apsal ea?bgsla tu tu dia bagi tau.mau masuk syurga ikutlah, kalau tak nak, tak payh.kalau susah,miskin tu jujian Tuhan, nak tahu bile dah miskin kita tetap kerja halal ke cari kerja haram.
Allah yg mengetahui_
Alahai Kassim.
Yang hang dok marah kat ustaz apekehal..?
Hang dok kata ustaz bebuih mulot juai ayor lior ke sana kemari, tapi takdak solution pun yang ustaz bagi.
Hang mengharap solution daripada ustaz kaa…?
Hang nak ustaz datang pi tulun orang satu-satu kaa…?
Nampak sangat hang ni memang kaki subsidi, jenih malas nak usaha tapi mengharap orang laen tolon hang.
Tak heran pong hang dok keja kat RnD Proton sana…hahaa.
Hang kata hang maen wang pos.
Awat, hang dok bayaq utang keliling pinggang kaa..?
Musti hang belanja mewah melampaui dari kemampuan hang sendiri kan…?
Kalo ustaz kata nomor 4D tak harom, mesti hang pi tekan nomor utk cover hutang-hutang hang…camtu kaa..?
Hang Kassim ni asal buleh je, semua sodok.
Jangan tanya orang macamana nak cari duit lebih yang halal, hang tu dah besaq bole pikiaq sendiri mana baik mana burok.
Ada akai pakai.
Nak kata hang tak cerdik, takleh gak sebab aku picaya orang RnD macam hang ni musti dari sekolah tinggi-tinggi.
Hatta budak sekolah menengah pon lagik pandai mengajukan soalan berilmiah daripada hang Kassim.