Matlamat
Blog ini dilahirkan untuk mengetengah isu produk halal kepada pengguna Islam yang sangat mengambil berat sama ada halal atau tidak sesuatu produk yg dimakan atau digunakan.
Dedikasi
Blog ini saya dedikasikan kepada semua yg serius ingin memastikan tiada yg haram dalam makanan, produk dan amalan harian.

salam, tahniah kpd saudara menghidupkan isu halal dlm blog. teruskan perjuangan! cuma x kenal saper di belakang tabir blog ni..
Terima kasih kerana memberi komen yg membina.
Saya hanyalah insan kecil di celah jutaan manusia hebat.
-produkhalal
Salam, tahniah kepada saudara dengan isu halal. semoga anda dan kita semua berjaya mengubah minda kita dan umat islam lainnya agar merasa kepentingan halalan thaiyyiba dan seterusnya memastikan makanan kita daripada makanan yang halal lagi baik. semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.
salam..ustaz..sy ingin tahu..adakan paddington house of pancakes tergolong dlm list restoran halal di malaysia..sy agak musykil..maka sy ingin kan kepastian..harap mendapt reply..terima kasih ustaz.
Assalamualaikum Ustaz.
Ramai orang menggunakan sabun Eumora sebagai pencuci muka. Ia ada menyertakan bersama sijil halal. Tapi ada kemusykilan yang mengatakan ia ada mengadungi lemak babi. Boleh ustaz maklumkan perkara yg sebenar. Terimakasih.
Assalamualaikum,
Saya ingin mendapat kepastian kehalalan restoran Marina Bay di Miri. Di premise itu tertampal “WE SERVE NO PORK”. Harap dapat maklumkan.