Info Halal Sarawak & Direktori Halal Miri

Sarawak, 26 Jun 2007: Isu halal haram merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam. Malah ia merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian khusus dan serius kerana sebagai umat Islam, kita hendaklah berprinsip tetap serta harus arif dengan jelas mengenai apa yang kita makan, minum, pakai dan gunakan setiap hari.

Melihat kepada realiti tempatan di Miri, hal ini merupakan salah satu perkara yang diambil berat oleh masyarakat Islam yang prihatin. Malah kadang-kadang isu halal dan haram ini menjadi satu dilemma yang menimbulkan ketidaktentuan dek kerana ketidakpekaan sesetengah pihak dalam memahami sensitiviti umat Islam. Berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah sekalian 2 e-mail yang saya terima berkenaan dengan hal ini (sila double click untuk baca keseluruhan):
E-mail 1 – ”Kita Dipermainkan Lagi!!” bertarikh 24 Jun 2007:
null
(Makluman: Restoran Chilli Peppers di Miri belum memperolehi Sijil Halal JAIS).

Continue reading

Advertisements

Jom haramkan seluar londeh nampak underwear dan pusat

Menjadi trend terkini, anak-anak muda yg tak ambil kisah tentang aurat, mula memperaga fesyen yang pelik-pelik. Tetapi di dalam banyak-banyak kepelikan, fesyen tunjuk pusat dan menampakkan seluar dalam di belakang, satu fesyen yang sangat menaikkan nafsu shahwat lelaki (termasuk penulis).

Ramai akan berkata, “siapa suruh tengok”, “sendiri tengok sendiri tanggung lah!”

Sebagai pemakai dia akan berkata, bahawa pakaian adalah hak mereka dan lebih teruk lagi akan ada yang menganggap saranan saya ini sebagai satu pelanggaran hak asasi wanita.

Di sini saya juga ingin menyatakan bahawa saya juga mempunyai hak asasi untuk tidak diseksa dengan pemandangan yang menaikkan shahwat. Apa yg saya maksudkan ialah cara pemakaian di tempat awam. Bukan dalam kamar tidur si pemakai. Malah bukan di tempat2 seperti disko, kelab malam atau rumah urut kerana tempat-tempat sebegini memang dikunjungi dengan niat untuk menikmati pemandangan itu.

Cuba kita lihat di luar negara, ada yang lebih peka dan telah pun bertindak (bukan cakap sahaja):
Datuk Bandar Delcambre, sebuah bandar di Louisiana, Amerika Syarikat, Carol Broussard menandatangani rang undang-undang bagi mendenda mereka yang memakai seluar londeh sehingga menampakkan seluar dalam dan mengisytiharkan memakai seluar itu sebagai satu jenayah.Penduduk bahagian selatan Amerika sudah lama menggesa agar cara memakai seluar londeh sehingga menampakkan seluar dalam diharamkan sejak fesyen itu diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Harga Naik? Adukan ke sini

Dalam kita mencari kepastian Halal atau tidak sesuatu produk, negara manghadapi satu jenis ancaman baru akibat iaitu masalah kenaikan harga barangan semata-mata kerana kenaikan gaji pekerja-pekerja di sektor awam. Untuk berkongsi nombor-nombor telefon atau SMS, produkhalal meletakkan maklumat-maklumat yang relevan di sini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

* E-aduan dari laman web:
http://www.kpdnhep.gov.my

* Hotline: 1-800-886-800

* Aduan melalui SMS 32255

Untuk membuat aduan pengguna perlu menghantar SMS ADU ke 32255

Format: ADU
Contoh: ADU Penipuan Harga, Ah Tiam Cafe, 16, Jalan Goh, Klang, Selangor 03-3333300

Hantar SMS ke 32255

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

* Tel: 03-7876 2009

* Faks: 03-7877 1076

* Emel: fomca@fomca.org.my

Sekretariat Aduan Harga CUEPACS

* Tel: 03-9285 6110

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

* Laman Web:
http://www.muslimconsumer.org.my

* Tel: 019-3591000

Amani (Muallaf) Botak, Haram Kata Mufti

Ada peraturan tetapi tiada kuatkuasa

(credit to blog Roslan SMS Corner)

Baru semalam kita dengar PM menyebut berkenaan gandingan ulama dan umara dalam pentadbiran kerajaan, dan hari ini kita mahu melihat apakah agaknya reaksi kerajaan ulama dan umarak ini terhadap isu yang kebetulan timbul yang membabitkan kelangsungan keputusan kedua pihak.

Ianya mungkin isu kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia telah mendorong dua orang mufti untuk memberikan reaksi, lalu pasti ianya bukan perkara yang seharusnya dipandangan kecil.
Pelakon terkenal Sharifah Amani Syed Zainal Rashid yang gemerlapan bintangnya melalui filem-filem Sepet, Gubra dan Muhsin arahan Yasmin Ahmad, kini dihantui kontroversi apabila bertindak membotakkan kepalanya bagi menghayati watak lakonan terbarunya sebagai Rohani dalam filem Yasmin juga berjudul Muallaf.
sharifahamanibotak-roslan_sms.jpg

Dalam filem tersebut, Amani melakonkan watak perempuan liar yang berkenalan dengan rakan sekolah bukan Muslim, Brian (lakonan pelakon baru Brian Yap). Dan Amani dikatakan menerima hampir RM40,000 bayaran untuk watak ini.

Dalam NST hari ini Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes menegaskan adalah haram hukumnya bagi wanita Muslim untuk mencukur botak kepalanya sebagaimana dilakukan oleh Amani itu. Manakala Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pula menyebut bahawa sebagai seorang Muslim kita tidak seharus mengorbankan agama kita semata-mata kerana mahu mengejar populariti.

Saya secara peribadi melihat Amani memang seorang pelakon yang berbakat dan mempunyai potensi untuk berjaya, tetapi saya yakin beliau kurang mendapat bimbingan dan nasihat agama. Saya yakin kiranya beliau menerima pendedahan dan asuhan sebenar khususnya berkenaan adab dan akhlak Islam, mungkin beliau boleh berubah.

Soalnya siapakah yang mampu mendekati dan menawarkan beliau khidmat itu?

Dalam NST hari ini juga Ketua Pengarah JAKIM menyatakan bahwa JAKIM telah pun menyediakan garis-panduan untuk para artis Muslim di Malaysia. Tetapi tambah beliau JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya. Ini bermakna garis-panduan tadi cuma tinggal garis-panduan sahaja.

Mungkin kumpulan Islam dan NGO boleh mengambil insiatif dalam hal ini. Jangan sampai kita didahului oleh kumpulan yang keliru dan songsang yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana.

Halalkah ubat gigi Colgate?

Kenyataan JAKIM Mengenai Ubat Gigi Colgate

JAKIM memperakui ubat gigi Colgate yang disahkan Halal oleh badan-badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM seperti berikut :- Central Islamic committee of Thailand, The Islamic Community of Ho Chi Minh City (Vietnam), China Islamic Association (China) and Federation of Muslims Association in Brazil(Brazil).
(Sila rujuk: Website Rasmi JAKIM di column PENGUMUMAN)

produkhalal: Dengan pengumuman ini, semua kemusykilan pengguna Islam telah terjawab.

Harus diingat, Ubat Gigi Colgate tidak dapat pengiktirafan logo Halal adalah kerana Ubat Gigi Colgate tidak dikeluarkan oleh kilang Colgate-Palmolive di Malaysia.

Sebagai pengguna yang budiman, kita bebas memilih untuk membeli atau tidak membeli Ubat Gigi Colgate.

Tepuk dada, tanya Iman. Sama ada ingin memilih yg disahkan Halal dan berlogo Halal atau yang hanya disahkan Halal tanpa pengiktirafan logo Halal.

Wassalam.

p/s: produkhalal tidak menggunakan ruangan ini untuk mempromosikan atau memburuk-burukkan ubat gigi jenama Colgate. Pengumuman yang produkhalal sertakan di atas hanya menyampaikan maklumat bahawa Jakim memperakui ianya Halal tanpa mengeluarkan pengiktirafan logo Halal.

Hikmah disebalik Pengilangan IMP

halal_imp_logo.gif(Credit to Muslim Mall)

Selain dari dikilangkan oleh pengilang yang bertaraf GMP, produk-produk yang dihasilkan melalui proses IMP (Islamic Manufacturing Practice) bagi memastikan kualiti, efikasi dan keselamatan produk terjamin. Penyediaan produk berasaskan IMP adalah perlu bagi memenuhi tuntutan Allah dan Rasul iaitu Halallan Thoyyiba.

Jesteru mendapatkan produk dari kilang IMP merupakan suatu keperluan bagi menjamin lahirnya keperibadian yang mulia lagi luhur ager seseorang muslim itu kekal muslimnya dalam kehidupan serta mempunyai fikrah islamiah yang kukuh terhadap agamanya. Makanan yang terhasil dari proses pengilangan yang halal lagi suci menjadi darah daging dan memberi kesan yang cukup kuat ke atas fikiran, perasaan, roh dan peribadi manusia. Hasilnya mampu mengubah keseluruhan diri ruhani dan jasmani dari kegelapan (zulmat) kepada petunjuk (nur).

BINATANG YANG HALAL DAN HARAM

Oleh: Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir
Dewan Pengajian Ibn Qayyim al-Jauziyyah
(credit to:BlogHikmah )

Pendahuluan:                 

Risalah ini adalah jawapan kepada suatu soalan yang dikemukakan kepada penulis di Surau Taman Pauh Jaya, Seberang Perai. Ia mengandungi beberapa dalil yang digunakan oleh para ulama bagi menyokong pendirian mereka berhubung halal atau haram memakan benda-benda tertentu khususnya yang berkaitan dengan jenis haiwan. Ia hanya disebut secara ringkas dan tidak dibuat nota kaki berhubung sumber-sumber rujukan. Tujuannya ialah untuk mengelakkan dari risalah ini menjadi terlalu panjang.

Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara -kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain- adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. Ini berdasarkan kaedah: Perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan.

Sungguhpun begitu al-Quran telah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh dimakan.

i- Firman Allah SWT:

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (al-Baqarah:168)

ii- Firman Allah SWT:

“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)

Al-Quran telah menegaskan bahawa makanan yang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. Justeru itu makanan yang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam al-khbai’th.

Perkara-perkara yang diharamkan:

1) Bangkai.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-An’am:145)

Termasuk di dalam kategori bangkai ialah haiwan:

1. yang mati tercekik atau dicekik.

2.yang mati kerana dipukul samada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu atau dikejutkan.

3.yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi, termasuk juga yang dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya.

4.yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain.

5.yang mati kerana dimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih.

Dalilnya ialah firman Allah SWT:
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (al-Mai’dah:3)

Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana yang tersebut yang sempat disembelih secara syar’ie selagi ia belum mati.

2) Darah yang mengalir.

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.
Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu beliau menjawab: “makanlah”, lalu mereka berkata: “ia adalah darah”, jawab beliau: “yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir”.

3) Babi.

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.
Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging, ini menyebabkab segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang dan lemaknya adalah halal. Sedangkan yang sahih ialah: setiap yang berasal darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging itu yang dimakan.

4) Sembelihan untuk selain daripada Allah.

Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.

Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari Allah semasa penyembelihan itu. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah, samada disebut namanya atau tidak semasa penyembelihan, bahkan sekalipun dibacakan bismillah. Menurut pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab al-Tawhid: “Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafazkan namanya. Maka ia sama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut: “dengan nama al-Masih” dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untuk diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya berbanding yang memohon kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu disembelih untuk selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun disebut bismillah.

5) Semua binatang buas (as-Siba’) yang bertaring.

Kata Ibn al-Athir: “iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW:
“Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram“. (Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha’labah al-Khusyani).

Al-Syafi’e berpandangan bahawa as-siba’ yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifah pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu’ di antaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya.

Hujah al-Syafi’e berhubung dengan dubuk:

1. ia tiada taring, sebaliknya semua giginya memang sama tajam.
2. andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba’ yang disebut di dalam hadith. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim.

3.Hadith Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: ya. Beliau ditanya lagi: adakah ini disabdakan oleh nabi SAW? Jawabnya: ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim).

6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar.

Dalilnya ialah hadith Ibn Abbas, katanya:
“Rasulullah SAW melarang (memakan) setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung.” (Riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. Contohnya: helang, enggang, gagak dan layang-layang. Dikecualikan daripadanya: merpati dan burung-burung kecil; kerana ia termasuk dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik).

7) Keldai peliharaan.

Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-’Allamah Siddiq hasan Khan: “Ramai dikalangan umat Arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan.” Sabda Nabi SAW:
“Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar -dan kuda belang dan seladang-. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah).

Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran).

Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. Ibn Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya umum. Dalilnya:

i- Hadith Ibn Umar:
Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).

ii- Hadith Ibn Abbas:
Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-i, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi mensahihkannya). Kata al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini.

Kata al-Albani: zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya. Sungguhpun begitu, para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar.
Kata al-Baghawi: “kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran, hendaklah dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia bukan al-jallalah; justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya”. Kata Ibn Hazm: “telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya), jika didapati memakan kotoran”.

Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat:

*Ahmad, ath-Thauri dan al-Syafi’iyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-’Eid.

*Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah makruh sahaja.

Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari daging babi.

1. Pendapat Malik dan sebahagian ulama: daging dan telurnya harus dimakan; kerana makanan yang najis itu dapat disucikan dengan istihalah (seperti mengurungnya).

2. Pendapat sebahagian yang lain seperti ath-Thauri, al-Syafi’e dan Ahmad: haram memakan daging, telur dan susunya.

3. Pendapat yang lain: jika kebanyakan makanannya adalah najis, maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan. Sebaliknya jika kebanyakan makanannya bukan najis, ia boleh dimakan.

*Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan.

‘Illah bagi keharaman al-jallalah ialah kenajisan. ‘Illah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. Jadi apabila ‘illat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu, hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah: Oleh demikian, tiada lagi ruang untuk mengharamkannya kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan (najis). Apabila hilang najis, hilang haram.

Pendapat inilah yang sahih sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan al-Albani. Namun tiada satu had yang ditentukan dalam mengurung/membersihkan binatang itu sekalipun memang sahih bahawa Umar mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. Kata Siddiq Hasan Khan: “barangsiapa yang mendakwa bahawa najis itu masih kekal, sedangkan nama dan sifatnya sudah pergi, hendaklah memberikan dalil”.

9) Anjing dan kucing.

pic from wikipediapic from wikipedia

Hampir tiada khilaf di kalangan ulama tentang pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakannya sebagai halal. Sungguhpun begitu, sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang mutaakhkhirin) menyanggahi pandangannya itu. Pengharaman anjing dating dengan beberapa faktor:

1. ia adalah najis menurut jumhur ulama; lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim).

2. ia termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik); ia memakan kotoran.

3. larangan nabi SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. (Riwayat as-sahih).

Dalil keharaman kucing pula disebut di dalam hadith Jabir:
“Bahawasanya nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya.” (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah, dalam isnad hadith ini Muhammad Bin Zaid – dhaif).
Sungguhpun begitu, ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing di atas.
Menurut ulama, tiada beza hukum di antara kucing liar ataupun jinak, melainkan salah satu pandangan al-Syafi’yyah yang menyatakan halal kucing liar.

10) Semua jenis binatang yang menjijikkan.

Firman Allah SWT:
” dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)

Kebanyakan ulama memberikan garis panduan dalam hal ini seperi berikut:

1. Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni fitrahnya) dari jenis haiwan – bukan kerana sesuatu ‘illah atau kerana tidak biasa – sebaliknya semata-mata kerana menganggapnya jijik, maka ia adalah haram.

2. Apabila sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan yang tidak, maka yang diambil kira ialah tanggap majoriti.

Sungguhpun begitu, al-Albani mempersoalkan tentang kesukaran menetukan yang manakah padangan teramai dan ia juga membabitkan soal budaya dan seumpamanya. Oleh itu menurutnya, yang paling tepat ialah: setiap yang jijik di sisi syara’ itu tentulah akan memudaratkan diri dan agama manusia.

Kebanyakan haiwan yang tidak dimakan oleh manusia sedangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia haram, merupakan haiwan dari kategori ini.

11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh.

Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram.
Binatang yang diarahkan bunuh:

Sabda nabi SAW:
“Dari ‘Aisyah bahawa rasul SAW bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-’aqur (sejenis binatang yang menggigit).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai).
Binatang yang dilarang bunuh:

Sabda nabi SAW:
Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.

12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya, diburu atau dijumpai mati.

Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabai’th. Juga dengan umum ayat:

” Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah:195)

13) Haiwan 2 alam:

pic from wikipedia

Kata al-Qadi Ibn al-’Arabi: Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat).
Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya.

14) Binatang yang tidak disebutkan statusnya:

Berdasarkan sabda nabi SAW:

“Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka ia halal. Apa yang Allah haramkan, maka ia haram. Apa yang Allah diamkan tentangnya, maka ia adalah dimaafkan.” (Riwayat al-Bazzar dan katanya: sanadnya sahih, juga disahihkan oleh al-Hakim).

15) Contoh-contoh binatang yang diperselisihkan hukumnya:

a) landak:
– yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan Ahmad
– yang menghalalkannya: Malik dan Syafi’e
Dalil yang mengharamkannya, ialah hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. Namun isnadnya dhaif. Oleh itu yang rajih ialah: halal.

b) katak:
– yang menghalalkannya: Malik
Dalilnya:
Umum ayat Allah:
“Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan” (al-Maidah:96)

ii- Umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan.

Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya. (Riwayat Malik, al-Syafi’e dan imam yang empat).

Kedua-dua dalil ini umum tentang hidupan / haiwan di laut (air), lalu ia mencakupi katak; kerana katak termasuk dalam kategori soidul bahr.
– yang mengharamkannya: Ahmad

Dalilnya:
Hadith Abd. Rahman Bin ‘Uthman tentang seorang doctor bertanya kepada nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagai ubat (untuk dimakan), lalu nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat disahihkan oleh al-Hakim. Dalam sanadnya ada Sa’id Bin Khalid al-Qurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yang boleh dibuat hujah dengannya).
Justeru itu, jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk suatu yang penting seperti dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan. Ini kerana nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti manusia atau kerana haram dimakan seperti katak.
Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju dengan kaedah binatang yang dilarang bunuh bererti haram dimakan; lantaran baginya ia tidak jelas. Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan.

c) buaya:

* yang menghalalkannya: Malik, Syafi’e dan sebahagian yang lain. Ini kerana ia termasuk di dalam soidul bahr. Oleh itu tentulah ia terkandung di dalam ayat surah al-Maidah:96 tersebut.

* yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan sebahagian lain. Ini kerana ia termasuk di dalam binatang buas, lalu termasuk di dalam kategori bintang buas bertaring.

Kata Ibn Baz: masalah ini adalah ijtihadiyyah dan perbahasannya luas, namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan daripada memakannya; mengambil kira khilaf yang wujud di samping langkah berjaga-jaga mengelakkan larangan.

d) dubuk: telah dibincangkan sebelum ini.

Penutup:
Ini adalah yang dapat diusahakan berhubung persoalan halal dan haramnya binatang-binatang yang mempunyai berbagai-bagai spesis. Pendetailan tajuk boleh dirujuk di dalam kitab-kitab tafsir dan hadith ahkam serta buku-buku Fiqh.