MENANGANI PENYELEWENGAN PRODUK HALAL

MENANGANI PENYELEWENGAN PRODUK HALAL

Oleh Muhamad Safar Ahmad
Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia

SATU ketika dulu, masyarakat Islam di negara ini gempar apabila media mendedahkan ada pihak tertentu menggunakan logo halal palsu pada produk makanan serta premis menjual makanan mereka.

Kemudian, timbul pula isu sosej dan mi berlogo halal didapati diperbuat daripada bahan berasaskan babi.

Sebelum ini, media pernah memaparkan pelbagai taktik digunakan pengusaha makanan bukan Islam cuba menarik pelanggan Islam mengunjungi premis mereka termasuk meletakkan ayat suci al-Quran di dalam premis dan mengupah pekerja asing memakai pakaian berimej Muslim seperti wanita bertudung dan sebagainya.

Belum pun reda penyelewengan itu, terbaru kita sekali lagi dikejutkan dengan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada sebuah syarikat pengeluaran daging ayam berikutan proses penyembelihan haiwan itu yang meragukan.

Menurut laman web Jakim bertarikh 3 Januari 2006 sijil pengesahan halal Jakim bagi syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd ditarik balik sehingga diberitahu kelak.

Difahamkan, antara kesalahan dikesan Jakim termasuk sesetengah ayam disembelih dua kali selepas penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam yang sudah mati sebelum disembelih.

Secara mudah, haiwan sembelihan ditakrifkan halal dari sudut syarak apabila ia disembelih oleh tukang sembelih beragama Islam. Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak.

Hukum syarak pula bermakna undang-undang Islam dalam mazhab Syafie atau undang-undang dalam mana suatu mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang sudah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh raja bagi mana-mana negeri.

Ini adalah takrifan dasar kepada maksud halal. Bagaimanapun, sebagai agama yang mementingkan kesempurnaan dan kesucian, Islam menggariskan syarat dan peraturan lebih terperinci dalam setiap perkara dasar yang ada dalam ajarannya.

Begitu juga dengan isu makanan halal. Ini bermakna tidak semua haiwan yang disembelih orang Islam itu halal dimakan jika syarat yang ditetapkan itu tidak dipatuhi.

Umat Islam di negara ini sangat sensitif apabila menyentuh isu halal haram terutama berhubung makanan. Atas sebab itulah pengeluar produk makanan halal di negara ini meletakkan status halal makanan terbabit sebagai keutamaan kerana ia secara langsung menjadi penentu pasaran produk itu.

Justeru, tidak hairanlah kira-kira 95 peratus industri makanan halal tempatan dikuasai usahawan bukan Islam. Mereka sedar, untuk menembusi pasaran pengguna Muslim, faktor halal perlu diberi penekanan.

Logo halal sebenarnya adalah ‘lesen’ besar kepada pengusaha makanan. Pernah dilaporkan seorang pengusaha kuih bulan yang menggunakan logo halal pada makanan itu membuat keuntungan RM16 juta setahun, bagaimanapun selepas status logo berkenaan dipertikaikan, perniagaannya merosot 75 peratus.

Dalam keghairahan pengusaha makanan berlumba-lumba mempromosikan produk halal, pasti wujud kepincangan.

Bagi isu ayam sembelihan yang tidak memenuhi syarat, siasatan yang dibuat pegawai Jakim menunjukkan antara punca kejadian itu ialah pekerja perlu mengendalikan terlalu banyak ayam untuk disembelih selain perlu melakukannya dengan pantas.

Ini bermakna kuantiti haiwan sembelihan tidak disokong dengan keupayaan tenaga manusia secukupnya.

Dalam menguruskan perniagaan, pengusaha pastinya mengambil langkah berhati-hati terhadap perkara membabitkan pengeluaran kos yang mana ia penentu untung rugi sesebuah organisasi yang terbabit dalam perniagaan besar.

Mengikut prinsip perniagaan, adalah tidak ekonomik mengupah terlalu ramai pekerja untuk melakukan tugas ‘mudah’ seperti kerja penyembelihan.

Hakikatnya kerja menyembelih haiwan yang halal dimakan umat Islam tidak sama seperti tugas lain. Ini kerana ia membabitkan soal hukum agama yang begitu sensitif kepada umat Islam.

Di sini, pihak pengurusan mungkin tidak meletakkan urusan penyembelihan sebagai keutamaan dalam senarai penghasilan produk mereka tanpa menyedari ia akan memberi kesan besar kepada mereka kelak.

Jika pihak syarikat mempunyai cukup kakitangan di bahagian penyembelihan, masalah itu tentunya tidak berlaku dan syarikat juga tidak berdepan dengan kerugian apabila produk mereka diarahkan ditarik balik dari pasaran.

Jakim sebenarnya mengenakan syarat ketat kepada pengeluar produk makanan sebelum sijil pengesahan halal dikeluarkan. Agensi itu juga mempunyai kuasa untuk menarik balik sijil dan produk itu dari pasaran jika berlaku perlanggaran syarat dan peraturan yang digariskan.

Bagaimanapun, untuk memantau industri yang begitu besar itu bukan tugas mudah. Penyelewengan sama ada banyak atau sedikit, pasti berlaku di mana-mana.

Dalam hal ini, pihak berkuasa ada tugas besar. Kementerian dan jabatan berkaitan perlu memaksimumkan usaha mereka bagi memastikan maruah dan hak pengguna Islam terbela.

Seperti cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kerajaan perlu menggubal Akta Halal dan mengenakan hukuman keras ke atas pihak yang tidak mematuhi prosedur penyediaan makanan mengikut kehendak syariah.

“Peraturan yang ada ketika ini tidak begitu relevan. Sebagai contoh, Jakim hanya boleh bertindak jika ada pihak menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran, bagaimanapun jika logo halal itu tidak menggunakan nama agensi itu, tindakan hanya boleh diambil di bawah Akta Perlabelan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, itupun setelah disahkan bahawa makanan itu tidak halal,” kata Koordinator Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin.

Bagi urusan penyembelihan pula, Noor Nirwandy mencadangkan supaya semua rumah penyembelihan mempunyai logo halal.

Katanya, bagi memperoleh logo halal, pihak pengurusan rumah penyembelihan diwajibkan melantik sekurang-kurangnya lima orang panel syariah yang diiktiraf Jakim.

Panel syariah ini yang dibayar gaji oleh syarikat akan bertugas memantau urusan penyembelihan secara teknikal bagi memastikan ia benar-benar mematuhi syarat sah sembelihan mengikut syarak.

Selain itu, syarikat yang mengendalikan rumah penyembelihan juga perlu diaudit secara syariah sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Sebagai rakyat Malaysia, kita berbangga apabila banyak negara Islam lain memuji kejayaan dan kerja keras kita memartabatkan produk halal terutama berasaskan makanan sehingga ada beberapa negara mahu meniru bagaimana Malaysia menguruskan isu ini.

Selaras dengan itu, kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hub produk halal dunia. Untuk itu, kita perlu memastikan keyakinan negara luar terhadap keupayaan kita tidak diragui.

18 Responses

  1. Tahniah kerana mengetengahkan semula isu ini.
    Wlp ianya isu lama, tapi bagi saya, tiada yg
    lama dalam isu halal-haram.
    Teruskan usaha murni anda.

  2. Saya mohon kebenaran untuk menyiarkan artikel-artikel dari laman ini untuk hebahan umum. Laman saya http://www.wizan.net dan beberapa lagi laman lain. Semoga maklumat dan bahan tersebut dapat dimanafaatkan bersama. Jika tidak keberatan bolehlah email kepada saya untuk berbincang. Wassalam.

  3. Terima kasih saudara/saudari Wizan..

    Silalah gunakan selagi ianya bertujuan utk memanfaatkan umah.

  4. salam sya nk minta pendapat dr suma.. apakah langkah2 yg tlh kjaan buat unt tangani isu penyelewengan logo halal ini

  5. Assalamualaikum,

    Saya ada sedikit kekeliruan mengenai logo hala, kebanyakan product makanan dari negara luar tidak mempunyai logo halal milik Malaysia tapi ada logo halal negara masing2, Logo Halal manakah yang boleh diterima pakai? adakah logo halal Malaysia sahaja yang halal? halal ke tak makanan yang tiada logo halal Malaysia tetapi ada logo halal lain seperti halal Thailand,Saudi dan sebagainya.

  6. This excellent website really has all the info I needed about this subject and didn’t
    know who to ask.

  7. Ԝhat’s uƿ Dear, are yoս actually visiting this web paǥe daily,
    if sߋ then you will without doubt ǥеt good қnow-how.

  8. I’ve been getting lots of questions recently regarding Cheat Days, particularly concerning the use of alcohol.

    Given underneath are some unmissable cheat codes in the
    two games. To do that well you need to keep up currently with market prices.

  9. I was wondering if you ever thought of changing the page layout of your site?

    Its very well written; I love what youve got to say. But maybe you could a little more in the way
    of content so people could connect with it better. Youve got an awful
    lot of text for only having 1 or 2 images. Maybe you could
    space it out better?

  10. Excellent goods from you, man. I’ve understand your
    stuff previous to and you are just extremely magnificent.
    I really like what you’ve acquired here, certainly like what
    you are stating and the way in which you say it.
    You make it enjoyable and you still take care of to
    keep it sensible. I cant wait to read much more from you.

    This is actually a terrific website.

  11. Hi would you mind sharing which blog platform you’re
    working with? I’m planning to start my own blog soon but I’m having a difficult time
    making a decision between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal.
    The reason I ask is because your layout seems different then most blogs and I’m looking for something completely unique.
    P.S Apologies for being off-topic but I had to ask!

  12. Very energetic blog, I liked that a lot. Willl there be a padt
    2?

  13. If you desire to increase your knowledge only keep visiting this site
    and be updated with the hottest information posted here.

  14. I have read some good stuff here. Definitely value bookmarking for revisiting.

    I surprise how so much attempt you set to create any such excellent informative site.

  15. When someone writes an post he/she maintains the idea of
    a user in his/her brain that how a user can know it. So that’s why this paragraph is amazing.
    Thanks!

  16. I think the admin of this web page is genuinely working hard in support of his
    site, since here every stuff is quality based information.

  17. Thanks for the marvelous posting! I seriously enjoyed reading it, you’re a great
    author.I will always bookmark your blog and will eventually come back later on. I want to encourage continue your great writing, have a
    nice morning!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: