Apabila orang yg tidak arif berkata tentang Halal

 

Petikan di bawah saya ambil drp web PPIM. Apa yg menariknya di sini, sejak kebelakangan ini, terlalu ramai yg mengeluarkan pendapat sama ada sidang akhbar atau penulisan dalam internet , yg dibuat tanpa mengambilkira sensitiviti umat Islam.

Walau bagaimanapun, pihak PPIM telah menghantar surat bantahan rasmi kepada Presiden MCA, YB Dato’ Seri Ong Ka Ting, kerana kenyataan akhbar di bawah telah menyinggung perasaan umat Islam.

Dipetik dari: Website rasmi PPIM.

Terjemahan Oleh : Ustaz Razis Ismail & Sulaiman Ding

Negara kita Malaysia, akan mengadakan Persidangan Makanan Halal (MIHAS). Persidangan ini bertujuan untuk memperkenalkan makanan Halal Sedunia. Tetapi kerajaan kita mempunyai peraturan Makanan Halal. Sepatutnya, tiada syarat yang khusus, ini kerana ia akan menghalang pelabur-pelabur asing untuk menjalankan perniagaan mereka di negara kita.

Buku peraturan tentang makan halal di Malaysia, keluaran 16 Ogos 2004, yang diterbitkan oleh JAKIM mengandungi syarat untuk mendapatkan status halal. Di antaranya, syarat untuk mendapatkan sijil/logo halal daripada JAKIM, mestilah seseorang itu adalah Islam.

Naib Presiden Biro Bahagian Penyelidikan Ekonomi MCA, Woo Shing Ye berkata, “ Malaysia akan mengadakan MIHAS kali ke-4 pada 9-13 Mei 2007.

Banyak syarat/peraturan

Beliau berkata lagi, pada 7 & 8 Mei 2007 iaitu 2 hari sebelum persidangan MIHAS, telah diadakan satu seminar yang bertajuk “Bagaimanakah Membangunkan Pemakanan Halal Antrabangsa” Dalam seminar tersebut banyak perkara yang telah dibincangkan iaitu salah satu daripadanya ialah undang-undang makanan halal. Kalau di negara kita (Malaysia), terpaksa mengikut peraturan yang disediakan/ditetapakan. Ini akan mengganggu proses pasaran makanan halal di peringkat global.

Beliau berkata demikian, ketika mengadakan persidangan media bersama wakil-wakil MCA di Cheras mengenai isu peraturan makanan halal di Malaysia yang dihadiri oleh Shew Yong Peng, Chew Jia Yow dan Liow Wong Beng.

Woo Shing Ye berkata lagi, dalam buku peraturan JAKIM “ apa-apa daging daripada dalam atau luar, kalau penyembelih bukan orang Islam dan tidak mengikut undang-undang Islam tidak akan mendapat sahaja status halal”. Dalam buku peraturan ini terlalu ekstrimis yang mana syarat penyembelih mestilah orang Islam. Dia berkata lagi, kalau di Eropah dan Amerika, mana ada orang Islam boleh jadi penyembelih. Begitu juga di Indonesia, kalau sembelih mengikut cara Islam yang mana individu Islam atau bukan Islam yang telah mengikuti latihan atau kursus sembelihan boleh dan akan mendapat tauliah sembelih dan status halal.

Hanya di negara kita sahaja yang mempunyai syarat yang ditetapkan. Peraturan sebegini akan menimbulkan banyak masalah, sebagai contoh akan menimbulkan perasaan tidak puas hati bagi yang bukan Islam dan boleh menghalang pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Pihak MCA juga telah menghantar surat kepada presiden MCA, Dato’ Ong Ka Ting agar menggesa pihak kerajaan mengkaji peraturan ini semula.

One Response

  1. Bodoh punya Cina Kafir….

    Itu sembelih dekat Amarika..Australia…mana mana pun misti orang islam sembelih..tara percaya pergi la Austrlia tenggok industri daging halal mereka? Bukankankah orang islam yang sebelih..Bodoh punya kaki..tara belajar lagi mau cakap bukan bukan..bahlol betul…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: