Amani (Muallaf) Botak, Haram Kata Mufti

Ada peraturan tetapi tiada kuatkuasa

(credit to blog Roslan SMS Corner)

Baru semalam kita dengar PM menyebut berkenaan gandingan ulama dan umara dalam pentadbiran kerajaan, dan hari ini kita mahu melihat apakah agaknya reaksi kerajaan ulama dan umarak ini terhadap isu yang kebetulan timbul yang membabitkan kelangsungan keputusan kedua pihak.

Ianya mungkin isu kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia telah mendorong dua orang mufti untuk memberikan reaksi, lalu pasti ianya bukan perkara yang seharusnya dipandangan kecil.
Pelakon terkenal Sharifah Amani Syed Zainal Rashid yang gemerlapan bintangnya melalui filem-filem Sepet, Gubra dan Muhsin arahan Yasmin Ahmad, kini dihantui kontroversi apabila bertindak membotakkan kepalanya bagi menghayati watak lakonan terbarunya sebagai Rohani dalam filem Yasmin juga berjudul Muallaf.
sharifahamanibotak-roslan_sms.jpg

Dalam filem tersebut, Amani melakonkan watak perempuan liar yang berkenalan dengan rakan sekolah bukan Muslim, Brian (lakonan pelakon baru Brian Yap). Dan Amani dikatakan menerima hampir RM40,000 bayaran untuk watak ini.

Dalam NST hari ini Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes menegaskan adalah haram hukumnya bagi wanita Muslim untuk mencukur botak kepalanya sebagaimana dilakukan oleh Amani itu. Manakala Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pula menyebut bahawa sebagai seorang Muslim kita tidak seharus mengorbankan agama kita semata-mata kerana mahu mengejar populariti.

Saya secara peribadi melihat Amani memang seorang pelakon yang berbakat dan mempunyai potensi untuk berjaya, tetapi saya yakin beliau kurang mendapat bimbingan dan nasihat agama. Saya yakin kiranya beliau menerima pendedahan dan asuhan sebenar khususnya berkenaan adab dan akhlak Islam, mungkin beliau boleh berubah.

Soalnya siapakah yang mampu mendekati dan menawarkan beliau khidmat itu?

Dalam NST hari ini juga Ketua Pengarah JAKIM menyatakan bahwa JAKIM telah pun menyediakan garis-panduan untuk para artis Muslim di Malaysia. Tetapi tambah beliau JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya. Ini bermakna garis-panduan tadi cuma tinggal garis-panduan sahaja.

Mungkin kumpulan Islam dan NGO boleh mengambil insiatif dalam hal ini. Jangan sampai kita didahului oleh kumpulan yang keliru dan songsang yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana.

8 Responses

  1. The attack on Monsterball.
    Was it “Blogosphere Coup D’etat?”
    http://shockingexpose.wordpress.com/

  2. mungkin dia islam tapi secara fakta dia tak ada darah melayu sama sekali

  3. Tetapi mengapa semua filem yg dilakoni, semua nak tarik perhatian yg membahayakan?
    Harap ibu beliau dpt lebih peka (kalaulah anak kurang arif)

  4. Hehe.. Memang bangang dua kali.. Aku nak tanyer satu jer, apa makna perenggan nih? Hehe.. “Jangan sampai kita didahului oleh kumpulan yang keliru dan songsang yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana”.

  5. Saya teka, ayat tu menuju kpd NGO yg pelik2 dan aktif dewasa ini.

  6. A’a lah.. Aku baru perasan. Mati2 aku igt dier nak tuju kat BA – maklum lah Islam kan pengganas.. Ahaha!! Buta kayu punyer manusia.. Tapi kan, ramai la plak yang jadik free thinker skang nih.. Alangkah bodohnyer mereka. X cukup ajaran agama kot. Institusi keluarga roboh! Kerajaan asyik dok cover isu2 sendiri nak pertahan kedudukan tampuk pemerintahan. Isu murtad, isu gejala sosial.. Memacam.. Kerajaan buat apa? Xde pon bising2 sangat. Setakat sekali dua kuar berita, pastuh senyap! Giiitu la dulu, kini dan selamanya.. Mampus lah nanti bangsaku.. Ekeke!!

  7. Kesian Kesian…. Dia nie kan masih ada Mak & Bapak nya kan kan kan….. Cuba tengok Maknya siap pakai tudung lagi. Salah seorang tenaga pengajar AF punya baguih tudung, tapi takkan la tak penah ajar anak dia apa HALAL & HARAM nya dalam ISLAM tu… kesihan kesihan…. Duit yg macam manalah dia besarkan anak nya tu.

    YA ALLAH YA TUHAN, MUDAH MUDAHAN DIBERI PETUNJUK AGAR KEMBALI KE PANGKAL JALAN.

  8. naper soal botak kepala ni jd isu hangat?
    padahal yg buat sorang,tp isu buka aurat xder pon msk front page,sedangkan 1 malaysia buat mcm tuuuu…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: