HALALKAH PERADUAN “SAYA ANAK MERDEKA PETRONAS”?


Soalan

Boleh atau tidak menyertai peraduan “SAYA ANAK MERDEKA PETRONAS” di mana penyertaan boleh dibuat dengan membeli petrol sebanyak RM 20, akan memperolehi satu borang penyertaan

– Soalan melalui system sms 33221-

Jawapan

Setelah melihat detail penyertaan di web berkenaan. Menurut pendapat saya dan berdasarkan keputusan Majlis Fiqh Sedunia, penyertaan seperti di atas adalah halal. Ini adalah kerana pembelian RM 20 untuk sememangnya harga asal petrol, tiada sebarang tambahan di sebabkan borang penyertaan. Tatkala itu, ia hanya sekadar promosi perniagaan oleh Petronas agar lebih ramai mengisi minyak di stesyen mereka. Menurut pendapat yang lebih ringan atau majoriti ulama dari Majlis Fiqh Sedunia, niat yang tersimpan di dalam hati (untuk menyertai) tadi tidak memberikan kesan kepada halalnya penjualan petrol dan penyertaan.

Ia hanya akan menjadi haram jika pelanggan membeli satu perkara yang tidak diperlukan dan kurang keperluan kepadanya (seperti membeli web site atau ubat yang tidak berapa diperlukan) semata-mata untuk mencukupkan had limit untuk memasuki sesuatu peraduan yang ditawarkan.

Tatakala itu, niatnya telah cenderung kepada penyertaan peraduan lalu unsur perjudian menjadi nyata, pembelian barang bukannya kerana keperluan sebenar, tetapi kerana peraduan.

Bagaimanapun, dalam hal petrol, pada hemat saya, mengisi minyak petrol memang sentiasa diperlukan dan barang keperluan utama bagi pemilik kenderaan samada anda berniat untuk menyertai peraduan atau tidak. Justeru, ia harus.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

5 Responses

  1. i pun setuju… naper plak tak halalkan? semuanya bergantung kpd rezeki msg2.

  2. Halalkan peraduan READER’S DIGEST? Terima kasih.

  3. Rezeki memanglah rezeki masing -masing. Tetapi berbalik kepada kaedah sesuatu pertandingan jika mengikut hukum syarak tidaklah perlu seseorang itu membeli sesuatu produk sebagai syarat kerana syarat itu dengan sendirinya adalah sebagai asas yang menyebabkan syarikat yang menganjurkannya mendapat untung berlipat ganda. Secara halus kita telah terlibat dalam judi.

    Kaedah ini adalah tidak jauh bezanya dengan pertandingan seperti pemanggil telefon yang ke seratus dan menjawab soalan dengan betul “Fulusmania” . Secara jelas terdapat banyak unsur “gharar” iaitu keraguan dan kerugian kepada pihak yang menyertainya. Masalahnya dimanakah pemantauan dan penguatkuasaan.

  4. Gembira bila terbaca artical ni..
    hehe..sebab saya baru jer lepasa dapat menang satu peraduan🙂

    kepada anda yang ingin menyertai peraduan pastikan anda selidik dahulu.

  5. Tahniah Hamid..

    Kongsilah pengalaman anda di sini🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: