Hab Halal Dunia buka peluang usahawan Muslim

dipetik dari Utusan Online
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

MALAYSIA yang merupakan pengerusi kepada Persidangan Negara-negara Islam (OIC) berhasrat untuk menjadi Hab Halal Dunia pada 2010. Dengan kata lain, Malaysia berazam mencapai status negara pengeluar utama produk makanan dan perkhidmatan halal bagi keperluan dunia menjelang tahun tersebut.

Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Isma Addi Jumbri berkata, hasrat kerajaan itu perlu dipandang serius dan disahut sebagai satu peluang serta cabaran khususnya kepada usahawan Muslim di Malaysia yang majoritinya merupakan bumiputera dan berbangsa Melayu.

Katanya lagi, penduduk Islam di dunia yang mencapai 1.6 billion orang dan 60 peratus penduduk di Asia menjadikan hasrat Malaysia ini begitu realistik. Ia juga merupakan peluang yang terbuka luas terutama buat usahawan Muslim sebagai pengeluar makanan halal.

Menurutnya, kesedaran masyarakat bukan Islam yang turut memahami kepentingan produk makanan halal dalam kehidupan seharian mereka merancakkan lagi perkembangannya. Ini kerana, takrifan sebenar produk makanan halal bukan hanya terbatas kepada bahan asas yang digunakan dalam menghasilkan produk akhir semata-mata.

Kebersihan

“Ia mencakupi konsep yang lebih luas iaitu bermula dari peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir dan sehinggalah produk itu sedia untuk dimakan. Ia juga memberikan penekanan kepada aspek kebersihan dalam pemprosesan keseluruhan penghasilan makanan tersebut,” jelasnya.

Tambah Isma Addi, ini bertepatan dengan definisi makanan halal yang diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) iaitu makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepati beberapa syarat tertentu. Antaranya, makanan itu tidak mengandungi mana-mana bahagian produk haiwan yang tidak halal dimakan.

Selain itu, ia juga tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis dan selamat serta tidak memudaratkan dan ia mesti disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan peralatan-peralatan yang tidak dicemari bahan najis.

“Produk akhir pula tidak boleh mengandungi bahagian anggota manusia atau hasil daripadanya. Terakhir sekali, semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan, makanan tersebut mestilah diasingkan daripada makanan lain yang tidak halal, tidak bersih serta tidak menepati syarat,” jelasnya kepada Mega, baru-baru ini.

Ujar Isma Addi, jika melihat kepada perkembangan semasa potensi dan permintaan produk makanan halal di dunia, ia dijangkakan terus meningkat. Kesannya banyak negara berlumba-lumba menawarkan diri menjadi pengeluar produk makanan halal dunia termasuklah negara jiran, Singapura.

Nilai pasaran global bagi produk halal yang dianggarkan sebanyak RM8 trilion setahun menjadikan hasrat Malaysia sebagai Hab Halal Dunia pada 2010 tepat pada masanya.

Berdasarkan maklumat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), pasaran beku halal dijangka akan berupaya mencapai RM193 billion menjelang 2010. Sebagai maklumat, semasa berlangsungnya Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Keempat (Mihas 2007) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Mei lalu, sebanyak RM213.9 juta jualan serta-merta diterima sepanjang pameran berlangsung.

Pameran itu melibatkan penyertaan sebanyak 426 syarikat berbanding 392 buah pada tahun lalu. Jelaslah, memperlihatkan kepada kita bahawa produk halal ini begitu diyakini dan mempunyai prospek yang begitu luas.

Namun, adalah agak mengejutkan berdasarkan statistik permohonan sijil halal yang dipaparkan oleh salah sebuah akhbar tanah air bertarikh 15 April 2005, didapati 80 peratus permohonan sijil halal terdiri daripada syarikat bukan Islam.

Laporan dan statistik tersebut turut memaparkan majoriti permohonan sijil pengesahan halal dan logo halal yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kebanyakan melibatkan usahawan berbangsa lain.

Kata Isma Addi, mereka ini bukan sahaja mendominasi dan memonopoli pengeluaran makanan dan minuman halal malah turut memonopoli rumah penyembelihan di Selangor.

Persoalannya, adakah umat Islam menyedari dan memandang serius akan isu ini atau hanya berpeluk tubuh dan diam seribu bahasa? Apa pula peranan sebagai individu yang jelas beragama Islam dan mengamalkan Islam dalam kehidupan?

Sasaran

“Saya melihat hasrat Malaysia ke arah Hab Halal Dunia pada 2010 bukan hanya peluang yang terbuka luas buat usahawan dan bakal usahawan Muslim.

“Ia juga merupakan cabaran yang harus disahut dan sudah tiba masa untuk mengatur langkah agar turut menjadi penyumbang dalam penghasilan produk makanan halal ini,” katanya.

Lebih-lebih lagi, tahun 2010 juga merupakan sasaran kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam mencapai matlamat dasar pemilikan 30 peratus ekuiti korporat di kalangan bumiputera. Jangan nanti sekadar menjadi pengguna akhir terhadap kewujudan dan kerancakan industri halal di Malaysia dan di dunia.

Menurut Isma Addi, walaupun majoriti rakyat Malaysia beragama Islam tetapi pengeluar-pengeluar produk makanan halal dikuasai dan dimonopoli oleh bukan Islam.

“Tidak terdetik di hati dan tidak sensitif sekiranya situasi ini benar-benar berlaku pada 2010 nanti. Pada masa itu,ia hanya ibarat kerbau punya susu, sapi dapat namanya,” jelas beliau.

Terang Isma Addi lagi, pasaran makanan halal yang terbuka luas ini memberikan peluang bukan sahaja sebagai pengeluar malah usahawan Muslim boleh turut menceburkan diri sebagai pemasar, pemborong, pengedar, peruncit, pembekal dan juga sebagai penyedia makanan halal, biarpun bersaiz kecil.

“Saiz perniagaan tidak menjadi kayu pengukur utama dan paling penting setiap Muslim mempunyai kesedaran tinggi untuk menjadi penyumbang ke arah Malaysia Hab Halal Dunia pada 2010 dan termasuklah sebagai pengguna mereka perlu lebih peka dan mengutamakan produk halal,” tambahnya.

Barangkali ada yang berpendapat tidak perlu khuatir atau ragu terhadap makanan yang telah mendapat pengiktirafan halal misalnya daripada Jakim walaupun pengusahanya bukan Islam.

Mungkin ada berpendapat, apa salahnya kalau orang bukan Islam yang menghasilkan produk makanan halal di Malaysia mahupun di luar negara kerana mereka ini turut dipantau oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi memastikan produk makanan yang dihasilkan halal.

“Ada juga yang beralasan bukan senang nak jadi usahawan kerana modal yang diperlukan adalah tinggi dan sukar diperoleh. Pelbagai alasan yang boleh dikemukakan oleh masyarakat Islam di Malaysia yang majoritinya bumiputera dan berbangsa Melayu.

“Tanpa kita sedari, kesemua alasan ini bagi saya hanya sekadar memaparkan sikap, pemikiran dan tindakan umat Islam di Malaysia yang semakin kurang sensitif terhadap agama dan tidak mahu menjadi penyumbang bersama terhadap hasrat kerajaan ini,” tambahnya.

Masyarakat pernah terbaca pembongkaran kisah benar yang mendedahkan pusat penyimpanan beku di pasar terkenal menyimpan produk halal bercampur dengan produk yang tidak halal. Begitu juga dengan pembongkaran pemprosesan sosej yang bersalut usus khinzir dan kilang pembuatan roti yang kotor dan menjijikkan.

“Bagaimana pula dengan pendedahan Jakim mengenai sebuah syarikat pemprosesan ayam terkenal terpaksa ditarik balik sijil pengesahan halalnya kerana kebanyakan ayam tidak disembelih mengikut syariat Islam?

“Ini menunjukkan sikap pengusaha bukan Islam yang seakan-akan memperlekehkan umat Islam negara ini sehingga sanggup menggantung ayat al-Quran semata-mata untuk menggaburi pengguna Islam walaupun pemiliknya bukan beragama Islam,” jelasnya.

Kata Isma Addi, apa pula perasaan umat Islam sekiranya terdapat pengusaha yang melampau dan mencabar agama Islam? Mereka sanggup meletakkan label sijil halal pada botol arak serta pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Meskipun mungkin ada yang menyatakan bahawa kes-kes tersebut hanya merupakan isu yang terpencil namun sebagai umat Islam kita perlu melihat perkara ini sebagai satu cabaran agar tidak dipermainkan atau diperlekehkan. Umat Islam perlu bergerak dan melangkah bersama dengan pengusaha bukan Islam dalam merebut peluang yang terbuka luas ini.

“Dengan iltizam dan usaha yang gigih sebagai usahawan Muslim khususnya dalam industri produk makanan halal ini membawa keuntungan bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Sebabnya, ia turut memartabatkan bersama maruah agama Islam, bangsa dan Malaysia tercinta,” katanya.

11 Responses

  1. bagaimana saya nak menjadi usahawan makanan halal beku, boleh beri jalan kepada saya tak?

  2. produk dan penjenisan yang kurang di pasaran perlu dijelaskan lebih terperinci

    • Kepada semua umat Islam yang dikasihi untuk mendapatkan produk-produk kecantikan produk penjagaan kesihatan produk dapur, produk makanan kesihatan dan produk perkakasan (penapis Air) yang benar benar dijamin halal dan separuh dari produk-produk ini ada pengiktirafan IMP bolehlah memperolehi nya dari wakil AnaEdar Sdn. Bhd sila hubunggi wakil kami Nor Asmadi Taib 012-2816718. Biasanya belian melebihi dari RM 300.00 penghantaran di Selangor dan Perak adalah percuma.
      Satu lagi produk IMP yang terbaru SUSU Penuh Krim untuk kanak-kanak 1 thn keatas sudah ada di pasaran. Untuk mendapatkan sample percuma sila hubunggi saya spt no diatas.
      Sokonglah Industri produk umat Islam.

  3. Tahniah, saya akan menyokong hub halal ni.
    http://www.hanafionline.com

  4. terima kasih kpd semua yg memberi sokongan.
    Alhamdulillah.

  5. Blog saya memuatkan info untuk membina brand/jenama yang mungkin boleh membantu.

  6. Terima kasih Cik/Puan Rozarita kerana sudi berkongsi.

    Teruskan usaha murni Cik/Puan

  7. slm. ana nak tanya adakah produk seperti bakery boleh memasuki pasaran antara bangsa. jika boleh apa syarat-syaratnya

  8. Assalamu’alaikum Wrmbth,

    terima kasih kerana berkongi artikel ini. Siapa lagi yang perlu mengambil tahu hal ehwal halal kalau bukan umat islam sendiri. Insyaallah dengan izinNya beserta usaha dan tawakal, saya juga akan memohon sijil halal ini.

  9. SAYA ADA SATU PRODUK UABAT GIGI UNTUK IMPOT KE PASARAN MALAYSIA.AMAT BAIK UNTUK SAKIT GIGI,SAKIT GUSI,GIGI YANG SENSITIVE,BAU MULUT DLL.KETEGORINYA SAMA SEPERTI UBAT GIGI COLGET YANG TIADA DIKILANG DIMALAYSIA.

    UNTUK PANDANGAN BAGI MENDAPATKAN STATUS HALAL.

  10. malaysia mrupakan halal hab tapi kenapa malaysia masih bukan ppengeluar utama produk halal dunia…boleh tak pihak tuan/puan perjelaskan perkara ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: