Emulsifer 471 (E471) Halal or Not?

Sejak kebelakangan ini kita sering didatangi e-mail yg mendakwa E471 adalah lemak babi yang secara mutlaknya, haram di sisi Islam.

Namun baru-baru ini, timbul pula persoalan, mengapa terdapat produk buatan Malaysia yang mendapat pensijilan Halal Jakim menunjukkan di “ingridient” nya E471. Sbg contoh: Ais Krim WALLS, Twiesties, Kopi Aik Cheong dan sebagainya.

Persoalannya, adakah Jakim terlepas pandang?

Maka ramailah pengguna Islam yg perihatin melemparkan persoalan ini, termasuk kepada saya.

Jadi, di sini saya ingin berkongsi penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Walls Malaysia, yang bagi saya dapat meleraikan keraguan kita.

Kesimpulan yang dapat saya buat:

E471 boleh diabstrak daripada binatang dan daripada tumbuhan.

Bermakna, E471 yang telah mendapatkan pensijilan halal Jakim tidaklah lagi perlu diragui halalnya, kecuali dengan pasti diyakini, pihak pengeluar memasukkan E471 yang berasaskan binatang. Sekiranya TIDAK, kita sebagai umat Islam perlu yakin bahawa E471 itu adalah berasaskan tumbuhan.

Wallahu a’lam.

http://www.unilever.com.my/ourbrands/foods/Walls_Halal.asp

178 Responses

  1. Even ad logo JAKIM pada makanan pon agak menakutkan saya jugak, dgn mengesyaki usaha pembuat makanan non-halal food by creating their own ‘Jakim’ logo on the food wrapper..adoi, tambah pulak ad email yg received mengandungi long list of kod2 E…

  2. assalamualaikum…
    saya ada pertanyaan…
    adakah FD&C Yellow no.5 dan FD&C Blue no.1 itu halal?

  3. Bagaiman untuk saya dapat membezakan makanan yang betul-betul halal kerana kadang-kadang ianya mengandungi bahan-bahan yang tidak halal walaupun pada asasnya mempunyai logo halal. Contohnya, emulsifier 471 yang ada juga mengatakan ianya halal dan tidak.

  4. berhubung dgn. E471, saya masih meragui dengan penerangan yang saya baca dari laman web ini kerana ianya hanya dimaklumkan oleh pengeluar sahaja. Apa yang saya nak tahu, adakah pihak Jakim atau pihak ‘produkhalal’ mengambil bahan dari pihak pengeluar tersebut dan menghantarnya kejabatan makmal dengan disertakan no.fail rujukan dari pihak yang mengeluarkan sijil halal dan dari pihak makmal yang meluluskannya agar keraguan dari umat Islam tidak timbul dan kos kajian itu ditanggung oleh syarikat yang memerlukan tanda halal pada setiap kali sijil halal dikeluarkan. Bahan yang disample ini diambil secara rambang dipasaran, bukan dari stor pembekal tersebut.

    • gile!!

      • E475 halal ke?

      • E475 adalah ester asid lemak poligliserol atau juga dikenali sebagai PGFA. Ia adalah produk pengesteran antara poligliserol dengan asid lemak. Kedua-dua gliserol dan asid lemak boleh bersumber daripada lemak haiwan dan minyak tumbuhan, bergantung kepada sumber lemak/minyak terbanyak di negara pengeluar. Namun penghasilan gliserol secara kimia boleh juga dilakukan, misalnya daripada pengklorinan alil klorida dan pengoksidaan akrolein. Kena bertanya dgn pengeluar E475 tersebut. Kalau di Malaysia sudah tentulah minyak sawit, manakala kalau di USA adalah minyak soya.

      • E475 adalah ester asid lemak poligliserol atau juga dikenali sebagai PGFA. Ia adalah produk pengesteran antara poligliserol dengan asid lemak. Kedua-dua gliserol dan asid lemak boleh bersumber daripada lemak haiwan dan minyak minyak, bergantung kepada sumber lemak/minyak terbanyak di negara pengeluar. Namun penghasilan gliserol secara kimia boleh juga dilakukan, misalnya daripada pengklorinan alil klorida dan pengoksidaan akrolein.
        Justeru, kena pastikan dengan pengilang sumber bahan mentahnya. Lazimnya adalah daripada minyak sayuran kerana itulah sumber utama keluaran minyak/lemak dunia.

    • Saya setuju dgn pandangan saudara! Saya rasa lebih elok jangan di pakai adau di beri taraf halal pada E 471 pasal semua pengguna Islam maklum dan tahu dari dulu lagi yang E 471 ini adalah kod kepada barangan hiliran dari pada babi.Saya nak tanya kalau kita perkataan hala kepada miniuman beer sebagai halal beer patut kan dak cuba jawab mai tengok!!!!!!!

  5. ish..plek arr…makanan yg ade tanda E471 tuh b0ley mkn ke x?? ckp bebet0l ar….jgn memaen…..nnt xpsl2 kit0rg dpt penyakit….kaal0 b0ley mkn..pesal bdk2 kat china tuh dpt memacam penyakit..batu karang arr…n wutsoever

    • Apa itu E471?

      Petikan dari wikipedia.org ( http://en.wikipedia.org/wiki/E471 )

      E471 is A Food Codex for Food Additive for Mono- and diglycerides of fatty acids.

      These synthetic fats are produced from glycerol and natural fatty acids, from either plant or animal origin.
      E471 is generally a mixture of several products, and its composition is similar to partially digested natural fat

      E471 is mainly produced from vegetable oils, although animal fats are sometimes used and cannot be completely excluded as being present in the product. The fatty acids from each source are chemically identical.

      However, vegetarians and vegans, not wishing to consume any animal products, generally avoid products containing E471 unless they are certain that it is derived from vegetable oils.

      Also, because there is a risk of PORK fat being present, Muslims and Jews will also avoid products containing E471 unless they know that it is made from vegetable oils.

      So, kita yang hendak makan kena lah prihatin, sama-sama kena main peranan, sendiri mahu ingat le…kalau was-was, nabi kata tinggalkan. Kan dalam AL-Qran dan Hadis Nabi pn dah bagi kat kita Amaran dan guideline tentang pemakanan halal, haram dan sbahat.

      • saudara percaya sgt dgn sumber dr Wikipedia….tahukah anda sesiapa pun boleh submit info dlm Wikipedia,jadi ia bukan sumber sahih. hanya maklumat yang diterbitkan melalui Journal (seperti akses di universiti) sahaja yang sahih sebab ia adalah berdasarkan penyelidikan. sumber-sumber di internet pun di ragui kesahihan nya,sesiapa saja boleh komen/tulis. kalau saudara sudah biasa dalam penulisan thesis di IPTA,anda tahu mana sumber yang boleh dipercayai.

      • Ya betul, E471memang boleh diekstrak dari tumbuhan dan haiwan. Kalau haiwan tuh diketahui dari sumber halal, boleh makan. Biasanya E471 yang tumbuhan ditulis (Soyalecitihin(E471)). Maksuddnya sumber dari soya.

        Sama juga gelatin, boleh dimakan kalau sumbernya adalah halal. (iaitu haiwan yg org islam boleh makan dan disembelih mengikut syarak)

      • leh bgtau kandungan…e322 dan e476….

      • bagaimana pula kalau ethanol yg ada kt bedak sejuk tp ada cap halalnya………..????

      • Assalamualaikum. Saya syorkan setiap Muslim atau keluarga Muslim memiliki satu buku rujukan/ hand book bagi rujukan halal haram agar membantu dalam urusan makan minum dan lain-lain setiap hari. Saya syorkan BUKU PANDUAN HALAL HARAM CAP(Persatuan Pengguna Pulau Pinang) yang agak detail, ilmiah dan mudah difahami..bukan dengar cakap-cakap orang atau khabar2 angin. Saya sekeluarga sudah 3 tahun menggunakanya..MEMANG BERKESAN DAN AMAT MEMBANTU.

  6. Salam untuk semua, sememangny dalam isu ini, pihak JAKIM perlu memainkan peranan yang maha penting. Bukan sekadar mendapat penjelasan daripada pihak pengeluar, tetapi melaksanakan sendiri kajian ke atas semua barangan yang berkod E471 ini. Kajian secara teliti adalah perlu menerusi 3 atau 4 pihak lain. Kajian secara melepaskan batuk di tangga bukan untuk era sekarang.
    Dulu kita telah digembirakan dengan penciptaan mesin pengimbasan untuk mengetahui makanan itu halal atau tidak. Mengapa tidak diapplikasikan penggunaannya untuk kesejahteraan umat Islam.
    Tidak perlulah lagi kita beretorik dengan ucapan “darurat” atau kalau was-was jangan guna.
    Kita sebagai pengguna Islam yang waras dan dewasa boleh mengelakkannya, tetapi bagaimana dengan anak-anak kita di sekolah, di luar dan yang masih terumbang-ambing itu.
    Apakah kita mahu melihat generasi yang hanya Islam luarannya, tetapi dalamannya penuh dengan ke”kotor’an yang dibut oleh orang Islam sendiri? Waulahualam, tepuk dada tanya iman.

    • Salam..saya sgt yakin yang barangan yg ada kod E471 hingga E495 mengandungi bahan2 x halal.sy sdiri pernh terbaca mjalah mingguan wanita tp sy x brp ingt keluaran bila,org kuat yang bertanggungjwb mengecop tnda halal sdiri yg memberitahu bhw produk2 yg berkod E471 hingga E495 mmg mgandungi bhn2 diragui dan beliau mengingatkan pengguna islam agar berhati2 dgn produk2 yg mengandungi kod tersebut.

  7. tocopheryl acetate tu dr pigskin ke?
    minta djwb

  8. E471 Mono- and diglycerides
    Origin:
    Synthetic fats, produced from glycerol and natural fatty acids, mainly from plant origin, but also fats of animal origin may be used. The product generally is a mixture of different products, with a composition similar to partially digested natural fat.

    Function & characteristics:
    Emulsifiers and stabilisers.

    Products:
    M any different products

    Acceptable Daily Intake:
    None determined.

    Side effects:
    None known. The body metabolises the products as any other fat. The individual components are also produced normally in the body when digesting normal fat.

    Dietary restrictions:
    Although mainly vegetable oils are used, the use of animal fat (incl. pork) can not be excluded. Several groups, such as vegans, Muslims and Jews thus avoid these products. Only the producer can give detailed information on the origin of the fatty acids. CHEMICALLY, FATTY ACIDS FROM VEGETABLES AND ANIMALARE IDENTICAL – so how to know for sure!!!!!!!!

    UTUK SHARE NGAN KORANG SUMER…..

  9. kita ni orang awam, berhukum secara zahir, bila dah keluar logo halal tue, halal haram jakim atau jabatan agama negeri yg tanggung. nak susah apa?
    byk lagi benda haram yg kita ter’buat’ selain makan minum nie
    FYI e471 tak semua dari lemak babi, ada yg soya based etc. macam penggunaan whey powder dalam cokelat. walllahu ta’ala a’lam

    • Memang betul kata anda. Tapi ingat, tanggungan tu walaupun dah jatuh ke atas JAKIM @ jabatan agama negeri, sumber makanan yang mungkin haram itu akan menjadi darah daging kita yang mana sedikit sebanyak mempengaruhi sifat kita dan zuriat kita seterusnya. Kita selalu terlepas pandang perkara ini. Wallahu a’lam…

      • Setuju dengan pendapat Ferdaus, we are what we eat,sifat orang kita amnya tidak mengambil berat pekara ini, tidak mahu tahu isi kandungan setiap produk yang di beli.Tepung gandum contohnya,dimalaysia kebanyakan dijual “bleached flour” iaitu tepung yang bermutu rendah dan diputihkan dengan bahan kimia” benziol” yang memudaratkan kesihatan. Lebih menakutan apabila ianya diperkayakan olih vitamin B yang bersumber kan ” khinzir. Vitamin bersumberkan buahan dan sayuran adalah mahal dan ini akan megerungkan keuntungan pengeluar tepung yang bukan bangsa kita.Di Eropah dan temur tengah hanya “unbleached’ saja dibenarkan untuk dijual.

      • Setuju dengan Ferdaus..tahukah anda kenapa masyarakat kita semakin buruk akhlaknya.buang anak,bohsia,bohjan,merompak,maksiat sana sini hinggalah yg paling menakutkan apabila ada yg sanggup membunuh ibu sdiri salah satu puncanya adalah daripada pemakanan kita.Jika pemakanan kita adalah dari sumber tidak halal,rosak binasalah kehidupan kita.Na’uzubillah…

    • ” kita ni orang awam, berhukum secara zahir, bila dah keluar logo halal tue, halal haram jakim atau jabatan agama negeri yg tanggung. nak susah apa?”

      sekarang sebab pemikiran yang macam inilah yang menyebabkan hati semakin hitam. kan makanan haram yang kita makan tu memberikan satu titik hitam dalam hati kita, mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa ramai umat islam sekarang susah untuk menerima pandangan ulamak, dan lebih mempercayai pandangan orang yang kurang arif. ini adalah salah satu permainan orang kafir untuk melemahkan umat islam. Wallahu a’alam…

  10. salam…saya nak tanya,adakah produk halal
    yang mengandungi tocopheryl acetate masih boleh digunakan?

  11. Satu lagi nama saintifik yg terdapat didalam produk kosmetik iaitu TOCOPHERYL ACETATE…diminta beri penjelasan, adakah ia dari sumber yg haram?

  12. Assamualaikum Ustaz,
    Saya ingin bertanya bagaimana pula dengan coklat Ferrero Roche dan Daim yg dibeli di Malaysia dan juga di Langkawi, Ia mengandungi E471. Adakah kandungan E471 dalam kandungan ais krim sama dgn coklat ini? dapatlah kiranya ustaz memberi pandangan dan berkongsi pengetahuan ustaz tentang coklat ini. terima Kasih

  13. Boleh pastikan tak, Oldtown White Coffee halal atau tidak. Maksud saya, bukan makan yang dihidangkan direstoran tersebut, tapi white coffee buatan syarikat Old Town.

    Memang ada tanda halal pada pembungkusan tapi nak pastikan samada ianya disahkan oleh JAKIM.

    • Jangan susahkan mental dan diri kalau ragu-ragu buat sendiri… ramai pakat-pakat buka kilang sendiri kedai borong sendiri buka rangkaian perniagaan makanan sendiri(orang-orang islam) mudah-mudahan dapat di atasi masalah ini… tapi korang nak ke keluar modal dan berkorban untuk ugama dan anak2 kita nanti

  14. assalamuálaikum.

    saya nak tanya, kenapa tidak emulsifier 471 tu boleh di bezakan, yang diabstrak dari binatang dan yang di abstrakkan dari tumbuhan. contoh e471(tumbuhan) & e471(binatang). kan senang tak mengelirukan dan mendatangkan syak.

    tkaseh.

  15. ”” Sejak kebelakangan ini kita sering didatangi e-mail yg mendakwa E471 adalah lemak babi yang secara mutlaknya, haram di sisi Islam.

    Namun baru-baru ini, timbul pula persoalan, mengapa terdapat produk buatan Malaysia yang mendapat pensijilan Halal Jakim menunjukkan di “ingridient” nya E471. Sbg contoh: Ais Krim WALLS, Twiesties, Kopi Aik Cheong dan sebagainya.

    Persoalannya, adakah Jakim terlepas pandang?

    Maka ramailah pengguna Islam yg perihatin melemparkan persoalan ini, termasuk kepada saya.

    Jadi, di sini saya ingin berkongsi penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Walls Malaysia, yang bagi saya dapat meleraikan keraguan kita.

    Kesimpulan yang dapat saya buat:

    E471 boleh diabstrak daripada binatang dan daripada tumbuhan.

    Bermakna, E471 yang telah mendapatkan pensijilan halal Jakim tidaklah lagi perlu diragui halalnya, kecuali dengan pasti diyakini, pihak pengeluar memasukkan E471 yang berasaskan binatang. Sekiranya TIDAK, kita sebagai umat Islam perlu yakin bahawa E471 itu adalah berasaskan tumbuhan.

    Wallahu a’lam.”””

    Bagi saya jika tuan puan was-was.. bagus tak payah beli… apa kelebihan yang ada pada product air crim atau sebagainya… kebanyakan makanan ringan yang tidak memberi kebaikan kepada pengguna.. Biokot ja.. Wall, Twistee.. Apollo.. sebagai umat Islam..hendaklah beri pengajaran kepada pengeluar yang angkuh..
    Allah Huaqbar…

  16. aiskrim keluaran umat islam dah ada…beralihlah segera. ini infonya duniaherbahpa.com

  17. apollo halal ker?

  18. Adakah apollo halal?

  19. coklat cadbury halal ke? baru baru ni dpt email list of emulsifer yg tak halal, ade termasuk e476, betul ke tidak wallahualam

  20. salam..
    apa nk ssh..
    kalo xmkn mknan yg mngandungi e471 tu korang gerenti xkebulur @ xleh nk hidop…makan je mknan yg korang yakin halal..mknan pelik2 tu xyah mkn..

  21. […] some are man made. So make sure whats the original source of the product.  Other Related Link : produkHalal | halal Malaysia |  Bookmark and Share: sociallist_d2d0afd0_url = […]

  22. Walaupun pelbagai pengesahan yang dikeluarkan tentang halalnya sesuatu produk, masih terdetik dihati tentang kesahihannya. Bukan apa, baru-baru ni ada agen HPA mempromosikan produk organik yang disahkan halal memberitahu permasalahan yang terdapat disetiap makanan yang menjadi santapan kita sehari-hari. Tidak pasti sama ada, ia diada-adakan untuk menarik ramai keahlian HPA. Katanya, macam-macam boleh berlaku. Dengan berleluasanya kegiatan rasuah, kadang-kadang produk yang mengandungi unsur-unsur tidak halal terlepas dan memasuki pasaran. Jadi ini tidak mustahil berlaku kan!

  23. Salam,
    Soalan yg tidak ada jawapan..JAKIM kenalah proaktif..keluarkanlah jurnal, makalah ke ape2 untuk dapat salurkan kpd umat islam..boleh jual benda tu, kita takkan sayang nk keluarkan duit sikit untuk dapatkan maklumat untuk elakkan termakan makanan2 haram yang disangka halal..atau juga menyusahkan kita kerana tidak cukup maklumat, contoh, kod sama tetapi diekstrak dari tumbuh2an..kita tidak tahu ia dari sumber mana sbb kod sama saja tetapi ada pula logo halal JAKIM..ini yg mendatangkan kekeliruan..proaktif lar JAKIM, tunjukkan kehebatan agensi islam..jgn statik sahaja!!

    • ya saya setuju! ayuhlah jakim, mainkan peranan anda dengan saintifik, telus dan menyeluruh untuk mengklasifikasi makanan halal-haram. Kita yang dah dewasa boleh reject produk yang kita was2 wp ada logo jakim.(sejak terbongkar berita sesetengah makanan berstatus haram wp ada logo halal jakim, sy rasa kurang yakin dengan logo ini) tp bagaimana dengan kanak2 kecil. mampukah tahap pemahaman si kecil muslim ini untuk kata tak nak kepada sesuatu produk yang tergolong dalam kategori was2 jika :
      i. ada logo halal jakim
      ii.iklan di kaca menunjukkan orang islam guna produk itu,
      iii.produk itu didisplay di kedai bersama makanan yang memang halal

  24. Saya telah terbeli kek jenama apollo,masa balik tu kawan tengok,dia kata takleh makan ada e471,jadi sya belek mmg ada,tapi ada logo halalnya…ada sapa2 boleh kasi tahu ia halal ke haram? Saya tak bagi anak2 makan selagi saya tak yakin,nak hantar balik pun tahu2 saja lah term&cond pekedai2 skrg,kedai ciput pun ada notis,BARANG YG DI BELI TAK BOLEH DI KEMBALIKAN..mm hampeh betul lah…

  25. Asm…….
    Minta penjelasan dari pihak JAKIM berhubung Produk yg menggunakan E Kod Seperti berikut apa statusnya HALAL@HARAM
    ( E100,E110,E120E140,E141,E153,E160,E161,E210,
    E213,E214,E216,E234,E252,E270,E280,E300,E301,
    E325,E326,E327,E334,E335,E336,E337,E422,E430
    E431,E432,E433,E435,E436,E440,E441,E470,E471
    E472,E473,E474,E475,E476,E477,E478,E481,E482,
    E483,E491,E492,E493,E494,E495,E542,E570,E572,
    E631,E635,E904 & E920 ) Mohon Jasa Baik JAKIM untuk penjelasan Kod E Mana Halal & yg Mana Haram & Mana 1 Status @ Logo Halal dari JAKIM kat luar macam2 Logo Halal Boleh Jumpa JAKIM tak buat Pemantauan ker???????

  26. Asm…….
    Minta penjelasan dari pihak JAKIM berhubung Produk yg menggunakan E Kod Seperti berikut apa statusnya HALAL@HARAM
    ( E100,E110,E120E140,E141,E153,E160,E161,E210,
    E213,E214,E216,E234,E252,E270,E280,E300,E301,
    E325,E326,E327,E334,E335,E336,E337,E422,E430
    E431,E432,E433,E435,E436,E440,E441,E470,E471
    E472,E473,E474,E475,E476,E477,E478,E481,E482,
    E483,E491,E492,E493,E494,E495,E542,E570,E572,
    E631,E635,E904 & E920 ) Mohon Jasa Baik JAKIM untuk penjelasan Kod E Mana Halal & yg Mana Haram & Mana 1 Status @ Logo Halal dari JAKIM kat luar macam2 Logo Halal Boleh Jumpa JAKIM tak buat Pemantauan ker???????

  27. Salam, benda2 yang mendatangkan was-was, haram hukumnya. Syubhah. Senang jer. Elakkan terus. Tak kebulur pun tak makan benda2 yg macamtu. Betul tak adik-adikku sekelian.

    • memang kita blh tinggalkan dan memang x kebulur klu x makan benda2 cam tu. persoalannya byk bahan tersebut yg terdapat dalam jenama yg kita selama ni anggap ianya halal. bgi mereka yg sedar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini, alhamdulillah mereka dpt bezakan..tp mcmana dgn makcik2 pakcik2 nenek2 atuk2 khususnya yg xtau membaca, 1 lg, golongan kanak2…tahu ke mereka tentang e471? klu kita tau dgn terang dn jelas sesuatu jenama produk tu haram, senang sbb kita x payah beli terus….masalahnya sekarang bila kluar dlm berita sesuatu jenama tu didapati tidak halal, x pulak disebutkan jenamanya..jadi, macamana pengguna nk tau??

  28. Assalamualaikum.
    Adalah lebih baik jika kod tu di pisahkan Bermakna, E471 disahkan sebagai berasaskan binatang or haram dan yang berasaskan tumbuhan letak kod lain. kan tak mengelirukan.yang haram tetap haram yang halal watper nak campur dengan yang haram.. letak le kod sendiri… ape dah tak cukup ke hurup kat dunia ni… memikirkan masalah halal haram ni pening sampai nak jadi apa pun tak tau. JAKIM cakap makanan ni haram then masih ada iklan kat tv… Sebenarnya penguatkuasaan tu penting. Kerajaan patut buat satu undang2 dimana semua makanan yang dijual perlu masuk Proses pemeriksaan dari jakim then lepastu semua yang halal akan ada tanda cop rasmi jakim kemudian yang tak halal takyah le letak.. semua syarikat perlu ada rekod d jakim macam jabatan pendaftaran negara. mana syarikat yang tak masuk dalam Jakim rekod akan diambil tindakan… pastu tindakan jangan setakat penjara 2 tahun denda 10,000 aperle sangat… letakla penjara 20 tahun ker denda sejuta ker… pastu duit yang denda tu kita bangunkan ekonomi negara.. Cakap je negara Malaysia negara Islam tapi penguatkuasaan ber teraskan islam taknampak. hanya disesetengah bahagian jer…. Pasal undang2 makanan halal tu.. bila kita dah tau semua masuk jakim, semua ada screen untuk pensijilan halal haram baru le umat Islam semua yakin… Jadi Umat Islam bleh jelas dalam memilih makanan yang baik untuk mereka… Jakim buat le database untuk kitorang check makanan mana yang halal atau takde rekod then senang buat aduan.. Itu pendapat mengenai penguatkuasaan kalau Malaysia dah tak mampu nak buat then what we need to say????? benda2 yang mendatangkan was-was, syubhah. Senang jer. Elakkan terus. Tak kebulur pun tak makan benda2 yg macamtu.
    p/s: pinjam ayat ustaz

  29. Adakah E476 yg terdpt di dlm CRISPY berasaskan dari lemak babi? Harap Ustaz dpt berikan penjelasan. Terima kasih.

  30. ustaz,boleh tak bagi penerangan tentang E102 yang terdapat dalam Oren Marigold ,ada makhluk yang datangkan hukum haram ke atas minuman oren tersebut atas alasan E102 merupakan element b**i.

  31. Salam. Kalaula E476 dalam crispy tu haram, macam mana pula E476 dalam coklat cadbury dan van hauten?Pada label pun ada E476 tapi ada tulis lesitin soya. Macam mana nak tahu bahan tersebut dari lemak babi atau dari ekstrak tumbuhan? Lagi satu, saya tgk logo halal pada aiskrim wall’s sekadar tulisan jawi tanpa ada logo JAKIM kan? atau saya salah tgk…..

  32. jangan ar asek2 nak salahkan JAKIM je memanjang..usaha kite ade ke?..beribu-raban produk makanan kat mesia ni..kakitangan JAKIM berapa kerat la sangat…jom apply keje kat JAKIM..x pun ramai2 bukak makmal sendirik..haha..

  33. JAKIM….perlu mengambil tahu dan prihatin tentang kebimbangan umat islam tenntang isu HALAL…
    Jakim juga berhak mengarahkan pihak pengeluar produk2 makanan supaya asingkan huruf & kod antara ekstrak binatang & tumbuhan..
    Jakim ada kuasa, ada tanggungjawab, ada akta..yang boleh melindungi umat islam..
    Keluarkan Pekeliling kepada pengeluar produk dan di web site bagi tatapan dan rujukan umum…

    Fomca..mesti perihatin..
    kami semua x de kuasa…yang ada kuasa pihak tuan..
    masalah yang dibangkitkan adalah kerana ia menjadi darah daging umat islam…
    anak2 islam, keturunan islam..

    mmg la kalau tak makan tak kebulur..
    masalahnya kot2 ada dalam makanan utk kanak2…
    spt aiskrim, jajan…. budak2 apa tau?

    walaupun tema ‘satu malaysia’..Hukum Allah tetap Hukum Allah..

    Terima Kasih kepada umat islam yg perihatin..
    Tak seperti sesetengahnya, bila ada umat islam yg lahirkan kebimbangan tentang soal besar seperti ini, ada pula yang perlekehkan dan ada pula yang mempermainkan soal tersebut…
    subhanallah…

  34. buat kita yg ragu2 jalan terbaik jgn makan. kalau kita letak standard yg tinggi utk menjaga makanan yg masuk ke badan kita kita mesti kuatkan disiplin diri utk menjaganya.

    ada org islam yg tidak mahu makan ayam atau daging walaupun di kedai org islam sendiri. mengapa jadi begitu? sbb mereka tidak tahu siapa yg menyembelihnya? adakah benar2 disembelih dgn cara yg betul? mereka ada2 perasaan ragu2.

  35. kalau ade tande YAKIN kan aje
    tanggungjawab tuh dah jatuh pada tangan yg memberi sijil tersebut….

  36. btol ke nie…tkut jgk kalo bnde 2 x btol….

  37. nak tanya,harap reply makanan menpunyai kod E ni halal ke tak risau nak beli banyak sangat makanan ade kod E

  38. Saya terbaca majalah,E471 dalaa produk makanan mengandungi lemak babi
    betul atau tidak.

  39. sye pn ngah musykil ngan produk makanan yg ade label E nih…ntah mne satu leh mkn…yg cadbury 2 sye penah dpt 1 email kte nye mmg ade lemak b***i.. tp diorg tls lelatin soya…nih sye t’pndg ingredient kat produk 3 in 1 oldtown coffee…pn ade E471, E471e… dlm 6 item jgk la bnde E ni ade dlm nih…harap pihak yg sepatut nye pantau la perkara2 nih…jgn smpai bnde yg dh mmg haram tp selamba jek d halal kan.. mkn bende x elok t ati jd gelap,pemikiran pn gelap last2 rmi la yg nme nye islam tp jiwa x islam… subhanallah

  40. asalmkom semua.selamat hari raya.tentang kod(e)tadi jakim ada balas dalam comment 2 jakim kata halal.ok kenapa saya tengok seperti coklet a ada kod e471 dan coklet b tiada kod(e) sedang kan ramuan nya sama.ramli burger pon sama ada kod (e)setengah 2 takada pulak.somting rong la.kalo kita perhatikan barang dari negara luar.tak ada pun kod (e) kalo dari malaysia dan cina berlambak 3 kod (e) 2tahun saya cari jawapan ni .yang saya dapat .oran kafir ni cakap .makanan yang ada kod 2 untuk orang bukan islam sebap depa tahu org islam tak makan babi.ko orang fikir la sendiri.

  41. salam..bagi saya la kan,sepatutnya kita semua yang sedara islam patut bekerjasama..jgan la terlampau harap sgt kt pihak JAKIM.kita pon perlu perihatin dan ambik tau,sbb kita pengguna,ada hak untuk tau sesuatu benda,dan pihak JAKIM juga haruslah bertindak pantas,sbb ape yg saya tau,kerajaan agak lmbat untuk mengambil 1 tindakan,takot kene dgn sensitiviti masyarakat lain,tp negara kita kn da diiktiraf sebagai negara islam,bab2 mkn HALAL n HARAM ni patot dikengahkan,bior kite pengguna ni x rase ragu2

  42. salam semua umat sedara umat islamku..
    saya kalau ckp bab HALAL dan HARAM ni agak takut. bukan ape dlm islam kite mmg diharamkan untuk memegang ape lagi memakan bende yang telah dikatekan haram tuhh..harap2 JAKIM ambil prihatin cgt2 isu ni,bukan ape,mcm kite yg da besar panjang ni tau la jugak ape yg ade dlm kandungan sesuatu mkn,tp adik2 kite,anak2 kite,tau ke nk bace??asal sedap dorg pon mkn je,xtau pon HALAL ke HARAM. ble da masuk dlm perut, tu la yg jadi darah daging dorg. astaufirullahh..

  43. mana JAKIM ni..? JAKIM… ooo… cik JAKIM… awat xdak wakil dari cik JAKIM yg nak tlg jawab ni..

    JAKIM ni kena ada satu unit R&D, kaji. Jgn dok percaya sgt dgn pengeluar ni. MMg la depa kata halal., tapi bleh percaya ka? Takkan depa nak kata tak halal kot. Sapa nak beli produk depa.

    Malaysia ni katanya hebat di mata dunia sebagai hub halal. Hub halal hapa kalau dalam Malaysia sendiri halal haram pun tak ketahuan. Ni bukan setakat haram ni, ni namanya haram jadah. Tolong la wahai pihak kerajaan negara Islam Malaysia. Tolong la berbuat sesuatu sebelum semua umat Islam di malaysia ni ‘dibabikan’ seluruh tubuh badan.

  44. assalamualiakum….sy ingin mendapat kepastian E471 ini adalah kanduyngan yang halal atau tidak ????… saya dah baca apa yang ustaz terangkan…soalan sy kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakkan yang sepatutnya untuk menyisat sendiri E471 ini adalah kandungan babi @ khinzir @ tumbuhan ???? sy meragui kenapa perlu KEYAKINAN tanpa KEPASTIAN yang JELAS ????? harap di jwab scpat mungkin…sekian kerjasama ustaz amat sangat dihargai

  45. salam…. saya ingin berkongsi maklumat pada saudara2 semua…
    setahu saya kod yg di guna pakai seperti E471, E110 dan sebagainye di gunakan di seluruh dunia sebagai rujukan. untuk kepastian sila check ke web site di bawah ini.

    http://www.guidedways.com/halalfoodguide.php#

    di sini juga saya paste kan maklumat dr web site tersebut sebagai rujukan.

    Name: E471
    Ingredient Name: Mono-and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate)
    Category: Emulsifier
    Status: Depends
    Description:
    Manufactured from glycerin (see E422) and fatty acids, these are normally obtained from hydrogenated soya bean oil and as such may be genetically modified but the source maybe of animal origin aswell hence one must read the packaging to confirm suitable for vegetarians. Used where the foaming power of egg protein needs to be retained in the presence of fat and in baked goods as an ‘anti-staling’ agent where it prevents the loss of water from starches. Allegedly the most commonly used emulsifier in the food processing industry, it can be found in, amongst other foods, Black Forest gateau mix, cakes, hot-chocolate mix, aerosol creams, shaped crisps, quick custard mix, packet dessert topping, dehydrated potato, sponge puddings, sterilised, pasteurised and UHT cream, low-calorie cream and pasteurised low-fat cream, margarine and low fat spreads, and ice cream.

    MAKLUMAT YANG DIBERIKAN JUGA MENUNJUKAN BAHAWA STATUS HALAL NYA ADALAH DEPEND. INI BERMAKNA IA BOLEH DI HASILKAN DR TUMBUHAN ATAU LEMAK HAIWAN. IA BERGANTUNG KEPADA PENGELUAR BAHAN ITU SENDIRI.

    wallahu alam……..

    Apa pun saudara sekelian boleh la rujuk kepada jakim sekiranya was-was.

  46. Jadi kesimpulan nya kita masih kena berhati2 memilih makan yang menggunakan kod tersebut. Pasti kan tanda halal jakim yang digunakan adalah sah.

  47. salam to allz..smlm sya ada beli coklat d sebuah kedai..sya lupa nak tgk kod, so sya beli ja la..da kepingin sgt nak mkn coklat..
    mlm tu..nak mkn coklat da..tergerak pla hati nak tgk kod..sakit hati bila tgk kod E476 ada kat label ingredients tu.
    sya xjd mkn coklat tu,..da was2 kn..nti mkn..jd haram pla..bab sya xpsti lg coklat tu halah ka tdk..tau2 ja la..E476@lesitin soya..sapa yg tak was-was geng. dr soya ka dr pig fat?
    ada information terbaru..share2 rr dgn sya.
    pada suma umat islam, jaga ckit pa yg kita mkn..
    kalu betul la suma kod2 tu adalah pig fat,habis la..srkrg ni pon da bnyk dosa..tmbh lg dgn benda pig fat ni..alalala.

  48. jadi kesimpulannya, emulsifer(lesitin soya) tu halal lah.
    betul tak? tlg balas balik

  49. Assalamualaikum

    Semasa saya melanjutkan pelajaran ke UK, saya telah diberi satu senarai kecil bahan2 yang tidak boleh dimakan, senarai itu disediakan oleh NGO Muslim di UK.
    E 471 termasuk dalam senarai itu , TETAPI jika produk itu menyatakan SUITABLE FOR VEGETARIANS dan mempunyai simbol daun hijau, maka ia BOLEH dimakan. Jika tiada tanda daun hijau tu, faham2lah sendiri.

    Semoga kita semua makin peka akan muslihat2 musuh2 Islam dalam menghancurkan ukhuwah kita dan gama kita secara halus dan senyap.

    Wallahualam.

  50. Assalamualaikum.Semua
    Adalah lebih baik kita tinggalkan yang was-was kalu takut tebabas.Itu ‘ Terang lagi bersuluh.!!! Saya sokong sangat dengan teman-teman sekalian.

    Adalah lebih baik bagi pihak JAKIM untuk membuat keputusan yang bijak sepertimana kata Pengarah Jakim didalam satu ceramah
    Foram Perdana baru baru ni ! yang berbunyi
    “Pihak Jakim tidak akan memberi sijil halal kepada barang makanan yang mempunyai nama yang sama dengan barangan makanan yang tidak HALAL.”

    Walau apa cara sekali pun supaya tidak di salah ertikan olih maysarakat.So terang lah tindakan tu.So persoalannya la ni pasai apa pulak suruh depa bagi sijil halal kat E471 ka berapa ka! .Haram Haram lah jangan jadi Halam Pulak.kan na!!!!

    Daripada dok telan bekilo-kilo….Sapa nak tanggong!

    • Saya rasa hairan kenapa takde penulis dari JAKIM yang memberi sebarang penjelasan.
      Kemungkinan . . . . . . . . . .
      orang JAKIM tak pernah baca website ini. .? (mustahil)
      orang JAKIM tak cukup ilmu nak jawab ? (mustahil)
      orang JAKIM nak lepas tangan ?. . .(mungkin)
      orang JAKIM malas ? (orang JAKIM kena jawab ni)

      berbagai pandangan dan persepsi masyarakat terhadap JAKIM. Mohon JAKIM buat tindakan dan penjelasan yang intiqomah. Jangan tunggu laporan orang awam semata-mata, toolonglah buat homework sikit. . . .please.

      • hahahahaha…ko ni wak….menyalak kat bukit tunggi je….bukit tu x jadi ape2 pon.

        Wat aper diaorang nak tengok/jawab/baca kat Forum ni aje..Banyak keje yang diaorang kena buat lagi yang lebih manfaat.

        Kita kalu x leh nak confirmkan status halal @ haram tu just elakkan je la sehingga kita pasti.

        Selemah-lemah Iman seseorang islam itu adalah dengan mengatakan “tidak” dan mengutuknyer didalam hati.

        Kita memang insan yang lemah.

        wallahualam

  51. Assalamualaikum.Semua
    Adalah lebih baik kita tinggalkan yang was-was kalu takut tebabas.Itu ‘ Terang lagi bersuluh.!!! Saya sokong sangat dengan teman-teman sekalian.

    Adalah lebih baik bagi pihak JAKIM untuk membuat keputusan yang bijak sepertimana kata Pengarah Jakim didalam satu ceramah
    Foram Perdana baru baru ni ! yang berbunyi
    “Pihak Jakim tidak akan memberi sijil halal kepada barang makanan yang mempunyai nama yang sama dengan barangan makanan yang tidak HALAL.”

    Walau apa cara sekali pun supaya tidak di salah ertikan olih maysarakat.So terang lah tindakan tu.So persoalannya la ni pasai apa pulak suruh depa bagi sijil halal kat E471 ka berapa ka! .Haram Haram lah jangan jadi Halam Pulak.kan na!!!!

    Daripada dok telan bekilo-kilo….Sapa nak tanggong!

  52. Assalamualaikum.
    perkara ini telah menyedarkn sy agar berhati2 dlm memilih/mengguna/membeli makanan, minuman, produk kosmetik, dan juga lain-lain produk termasuklah yg di kaki…iaitu kasut/sepatu, yg mana ramai juga kita terlepas pandang.sy telah diberitahu agar berhati2 bila membeli sepatu kerana ada daripadanya diperbuat drpd kulit khinzir, terutamanya bahagian dalam kasut (pig skin lining). sepatu bgini selalunya buatan China dan kerana harganya murah.
    Mari kita menjauhi perkara yg syubhah. Wallahua’lam.

  53. ASM,
    Saya baru sahaja terjumpa blog ini dan sangat tertarik dengan isu halal haram yang disuarakan. Kesimpulan yang saya boleh ambil ialah kita (maksud saya umat Islam) menjadi gelabah dan takut tentang kod E yang kerap dikaitkan dengan “babi”. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah. Kod E adalah kod untuk senarai ramuan makanan (food ingredients) yang digunapakai oleh Kesatuan Eropah (E drpd EU) untuk mengkategorikan jenis ramuan tersebut. Sekarang kod E telah digunapakai diseluruh negara di dunia termasuk AS dan Jepun.
    Yang menjadi kerisauan kita pengguna Islam ialah E471 iaitu monoacylglycerol (MAG) atau monoglyceride (MG) iaitu sejenis pengemulsi (emulsifier) makanan. Ia boleh disediakan secara industri melalui tindak balas 1) glycerolysis : lemak/minyak + glycerol ——-> MAG; 2)alcoholysis : lemak/minyak + methanol/ethanol/butanol ——->MAG; dan 3) direct esterification : glycerol + fatty acid ——> MAG dengan menggunakan mangkin enzim (lipase) atau kimia (base, acid). Di Malaysia sudah tentulah sumber lemak/minyak dan gliserol (gliserol dihasilkan daripada pembelahan minyak/lemak : minyak/lemak + H2O ——–> glycerol + fatty acids)) diperolehi daripada minyak sawit. Umumnya di industri sekarang ini minyak sayuran (sawit, bunga matahari, soya, jagung) menjadi pilihan kerana pengeluar faham tentang isu khoser dan halal; mereka tak kan buat perkara bodoh. Tambahan pula sumber daripada tumbuhan adalah lebih banyak dan lebih sihat berbanding sumber haiwan (lemak haiwan : lard, thalow).
    Sekian untuk maklumat semua pengunjung blog. Boleh emel saya sekiranya memerlukan keterangan lanjut.
    Wassalam.

    • waalaikumsalam Dr.
      panjang ceritanya disebalik kejayaan sy terjumpa blog ini pd tarikh sy meninggalkan komen pertama di sini.
      disebabkan ramai yg telah meninggalkan komen tanpa mendapat sebarang jawapan khusus ,sy berharap agar Dr boleh membantu kami mengenai hal ini.
      sy fikir mungkin bukan setakat E471 sahaja yg menjadi isu kerana sy telah berjumpa dgn satu website ini:
      http://special.worldofislam.info/Food/numbers.html

      silakan Dr berikan penerangan…terima kasih.

      • ASM,

        Terima kasih di atas maklum balas saudara/(saudari?). Tentang isu halal/haram ini memang diakui masih membelenggu umat Islam, termasuk di Malaysia terutama bagi mereka yang sangat perihatin. Ini satu perkembangan yang baik menggambarkan umat Islam telah mula celik syariah, tak macam 10-20 tahun dulu. Perkembangan ini mungkin dicetuskan oleh ledakan maklumat tanpa batasan melalui ICT.

        Saya telah baca sepintas lalu semua pertanyaan yang dikemukakan dan kekecewaan yang diluahkan terhadap JAKIM lantaran tiada maklumbalas daripadanya. Laman sesawang yang saudara pautkan juga telah pernah saya lawati ketika saya cuba “menjernihkan” isu halal-haram di ruang forum PPIM sedikit masa dulu. Bersama ini juga saya kepilkan versi BM dan sedikit tambahan untuk dikungsi bersama.

        Saudara/i perlu sedar, dalam kes ini pegawai di JAKIM tidak semuanya berlatarbelakangkan sains, khususnya sains dan teknologi makanan atau pemakanan. Tentang kod E ini, kami di UKM “menyentuhnya” pada tahun 3 di bawah kursus Bioteknologi dan Ingredien Makanan. Itupun tidak mendalam, seperti bagaimana bahan itu disediakan. Di universiti lain pun saya kira demikian juga. Jagi graduan tesebut (sekiranya bertugas di JAKIM) tidak begitu “bersedia” untuk menjawab isu yang ditimbulkan di dalam blog ini. Justeru menjagi tugas kami para pensyarah dan penyelidik membantu menjernihkan keadaan disamping mendidik orang ramai, agar kita umat Islam khususnya di Malaysia tidaklah nampak begitu “jahil”. Mungkin juga laman sesawang yang kononnya di tulis oleh Dr. M. Amjad Khan yang mengatakan kod E adalah kod babi adalah satu penipuan (hoax) untuk memperbodoh dan memomokkan umat Islam.

        Seperti yang saya nyatakan dalam fail (halalan thyyiban dan sains) tersebut, kemelut halal-haram ini akan mudah diselesaikan sekiranya kita di Malaysia menggunapagai konsep ISTIHALAH (transformation). Kalau dalam aspek perbankan kita boleh menerima pakai pendapat/pandangan lain (mazhab Maliki, Hambali, Ibn Arabi, Ibn Taimiyah, Ibn al Qayyim, al Syakani dan Ibn Hazmin), kenapa tidak dengan isu pengemulsi makanan (food emulsifiers)? Ini menjadi tanggungjawab JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

        Seperkara lagi ialah tentang logo halal. Seandainya sesuatu produk itu telah ada tanda halal yang dikeluarkan oleh mana-mana badan berwibawa (termasuk luar negara), maka tak perlulah dipersoalkan kerana ditakuti ia akan menjerat diri sendiri seperti apa yang berlaku kepada umat Nabi Musa a.s. berhubung kes “lembu betina” (Q2 : 67-74). Rakan saya di Fakulti Pengajian Islam UKM mengingatkan saya tentang hal ini, dan kita umat Islam perlu ambil ikhtibar/pengajaran daripada kisah Bani Israil tersebut!

        Dari segi kimia, asid lemak (hasil pencuraian lemak/minyak oleh air bermangkinkan enzim lipase atau asid/bes) yang disediakan daripada lemak haiwan dan minyak tumbuhan adalah “SERUPA” strukturnya walaupun BERLAINAN sumber. Misalnya asid stearik (C18:0) yang dihasilkan daripada lemak haiwan adalah serupa dari segi struktur kimianya dengan C18:0 daripada minyak sawit atau lemak koko. Setakat ini, kaedah biologi molekul belum boleh lagi membezakannya, tidak seperti kehadiran lemak babi yang boleh dicamkan menggunakan kaedah PCR (polymerase chain reaction) dan FTIR (Fourier-Transform Infra Red Spectroscopy) seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), UPM. Mazhab Syafie agak ketat dalam hal ini yang mengharamkan sesuatu bahan itu sekiranya sumbernya haram, walaupun telah berubah sifat-sifat dan namanya melainkan dalam 3 keadaan: arak berubah menjadi cuka, kulit telah disamak, dan bangkai merubah menjadi ulat.

        Perlu juga kita renungkan ialah tujuan bahan (ingredien) tersebut digunakan. Ia digunakan BUKAN sebagai “bahan makanan” tetapi sebagai “ingredien berfungsi (functional ingredients) untuk memberi kesan kekilatan (glossiness), warna yang menarik (coloring), melanjutkan daya simpanan (preservatives), pembantu pemprosesan (processing aids), pemekat/pengel (thickener/gelling agent) dan penstabil emulsi (emulsion stabilizer) dan pengemulsi (emulsifiers). Dalam konteks ini, saya ingin berkonsi pengalaman apabila saya bertanya kepada seorang ustaz lulusan daripada universiti di Jordan tentang kedudukan “tapai” kerana kami tahu ia mengandungi alkohol (ethyl alcohol) sehingga ada yang mencecah 15%, bergantung kepada “ibu” (starter culture) yang digunakan. Lantas beliau bertanya saya : “Untuk apa tapai itu disediakan?”. Saya kata “Sebagai makana”. Jawab beliau, “Kalau begitu tapai harus dimakan sebab ia MAKANAN”. Kata beliau ini kaedah fikah adalah begitu.

        Seperti yang saya sebut diatas, ingredien makan adalah BUKAN bahan makanan, ia digunakan sebagai BAHAN TAMBAH (additives) untuk tujuan yang dinyatakan. Justeru itulah jumlah yang ditambah adalah sangat sedikit sekali, <1.0%, lazimnya ~0.5%. Saudara/i masih ingat dengan konsep "DUA KOLAH" dan kaitannya dengan air mutlaq? Boleh kita ambil ini sebagai Qias, iaitu salah satu daripada 4 asas hukum Islam dalam ahli Sunah-wal-Jamaah (Al-Quran, al-Hadith, Ijma' Ulamak, Qias). Cuba-cubalah kita fikirkan. Saya hanya menjadi pandangan. Lagi sekali untuk peringatan bersama, sekiranya status masih samar-samar, maka lebih baik kita tinggalkan.

        Wassalam. Maaf sbb agak panjang. Diharaf ia dapat memberi sedikit sebanyak munfaat untuk kita bersama.

    • askum DR.
      saya nak tahu dlm pembuatan coklat(homemade choc) byk yg mnggunakn produk dr jenama BERYL’S GOURMET. skarang ni ada yg kata dlm bhn yg ada E322&E476 x bleh dimkn. tp bila saya tgk ia brunsurkn lmak sayuran dan lecitin soya. boleh prjelaskn dgn lbh trperinci. almaklumla choc homemade yg dibuat dah tentula halal tp klu choc 2 x halal(walau ada logo halal dr jakim) bleh jdkn choc homemade yg dijual x halal. harap bleh bantu.

      • Wa-alaikumussalam wbt.,

        E322 adalah lecithin dan sekarang sumber komersil lecithin adalah daripada soya – soya lecithin. Ia adalah phosphatidylcholine, iaitu sejenis phospholipid yang digunakan sebagai emulsifier makanan. Sumber asli juga boleh diperolehi daripada kuning telur (egg yolk), itulah sebabnya ia digunakan dalam pembuatan kekdi rumah.

        Manakala E476 adalah polyglycerol polyricinoleate, iaitu emulsifier baru umumnya untuk menggantikan lecithin. Namun ia lazim digunakan bersama-sama lecithin. Ia disediakan daripada proses esterification antara polyglycerol (juga secara industri disediakan secara kimia) dengan ricinoleic acid iaitu sejenis asid lemah hidroksi (hydroxy fatty acid) khusus ditemui didalam minyak jarak (castor bean oil).

        Oleh yang demikian kedua-dua E322 dan E476 adalah halal – justeru ada logo Jakim. Saya pernah bincangkan hal ini sedikit masa dulu di dalam forum ini.

        Insya-Allah saya mengerjakan umrah dari 18 – 29 April 2011. Kita jumpa lagi
        Wassalam.

  54. adakh kod E,whey powder & soya lecithin halal?
    rmai yg mngatakn mknn yg mngndungi bhn t’sbut xbleh d mkn & HARAM….tpi knp ada logo halal jakim???

    • Apakah maksud kod E itu? Kurang jelas. Kalau maksudnya E471, itu telah saya jelaskan sebelum ini. Ada logo halal JAKIM kerana E471 itu disediakan daripada minyak sawit/minyak sayuran (kumpulan asil/asid lemaknya daripada minyak tumbuhan). Cara sintesis E471 juga telah saya sebut secara ringkas.

      Berkenaan dengan whey powder, ia asalnya adalah protein larut susu yang tertinggal selepas kaseina dimendakkan oleh rennin/rennet (juga saya dah jelaskan bahawa pada masa ini hampir 90% adalah dikeluarkan oleh mikrob terubahsuai genetik dan bukannya obomasum anak lembu menyusu). Oleh itu ia adalah halal sebab susu lembu/kambing adalah halal (tidak ada orang yang menjual susu babi atau anjing!) dan rennet/rennin yang digunakan adalah halal.

      lecithin adalah sejenis fosfolipid yang juga sejenis pengemulsi. Nama kimianya adalah fosfatidilkolina (phosphatidylcholine). Sumber utama adalah kuning telur (itulah sebabnya dalam pembuatan kek dan ais krim di rumah, kita masukkan kuning telur) dan soya, walaupun hati juga kaya dengannya. Sekarang sumber industri adalah daripada soya, yang merupakan produk sampingan daripada penyediaan minyak soya semasa proses degumming. Maka oleh itu ianya halal!

  55. Assalamualaikum.
    Sy bersyukur kerana penyayangnya DIA telah memberi kesempatan pd sy membuka mata dlm perkara ini melalui pertemuan seorg teman yg memperjuangkan Halalan Thoyyiban ini. Cuba dapatkan majalah Aniqah edisi Julai 2010, pihak JAKIM mengupas isu halalnya sesuatu produk itu serta bahan2 yg ber ‘kod’ pd produk tersebut. Mudah2an ia membantu kita semua umat Islam ya. (sila betulkan sy jika silap). TQ.

  56. asalamualaikum,saya pun pelik juga dgn penjelasan ini.nk makan pun rasa was-was,walhal ini makanan dari malaysia.minuman dlm tin pun ada juga e471,contoh nescafe
    white coffe.diharap pihak jakim dpt pantau dgn lebih berkesan lagi

  57. Salam, kalau benda yang kita was-was, halal ke tidak! baik kita tinggalkan terus, makanan bukan satu jenis je, belambak…

  58. terbaru….e471 dalam green bean soy…buatan yeous….tlg berikan penjelasan…

  59. halal..haram..halal..haram…pasal makanan jugak yang dok diperkotak-katikkan.senang je…klu was-was benda tu halal@haram….korang anggap je haram bg korang utk mkn.klu nk pasti lg..korang pegi la kat kilang yang buat produk tu sendiri.tp klu dah haram jgn dok kata halal plk.E471 ni bleh jd tumbuhan,bleh jd jgk haiwan.pasal apa saintis tidak letak kod yang berlainan utk sumber yg berbeza ini..korang pikir la sendiri!!!! klu tanya jakim pon mreka xleh jawab. tu isu makanan haram…klu anak haram??? pasal apa kita dok geleng kepala je bila tgk @ dgr brita pasal anak haram?? anak haram tu lg teruk,lg najis..aku x maksudkan bdk yg lahir tu..tp makbapak bdk tu yg mangkuk hayun.

    • haaaaa..ini btul..sy stuju ni…
      klu dah ade kata haram, trus x yah mkn..senang..x mati pun klu x mkn… 🙂

  60. kita makan je yang ada logo halal jakim… kalo benda tu haram biar jakim tanggung kat akhirat

  61. ribena…mcm mana pulak?

    halal ke tk?
    anyone can answer my question?

    • tgk pada ingredient dia..

    • ada seorang hamba allah bgtau saya ribena ada campur 0.05% wine, tp tak pamer kat ingredient, betul ke?..

      • ASM,
        Apa, Ribena ada wine? Untuk apa wine dimasukkanke dalam produk itu?

        Saya faham maksudnya dan hal ini pernah kira-kira 2 tahun lepas ditimbulkan oleh persatuan pengguna Islam di UK pada tahun 2008. Apa yang dimaksudkan adalah mengandungi 0.05% ethanol (alkohol). Hal ini pernah kami ahli akademik Fakulti Sains dan Teknologi, UKM foramkan atas talian!

        Berikut adalah jawapan saya kepada persoalan tersebut.:

        Saudara/saudari yang dihornati sekelian.

        Berhubung dgn topik di atas, saya terpanggil utk memberikan sedikit
        pandangan dari aspek sains makanan, khususnya kimia makanan. Sebagai
        sejenis makanan yang kaya dengan gula dan mempunyai aras keasidan yang
        sederhana, kewujudan etil alkohol (dalam istilah umum, alkohol lazimnya
        merujuk kepada ethil alkohol atau etanol) tidak dapat dielakkan kerana
        pencemaran yis boleh menghasilkan alkohol. Ada dua kemungkinan kenapa
        alkohol boleh dikesan di dalam minuman seperti ribena :

        1. fermentasi (anaerobik) gula – semulajadi – tak sengaja
        2. sebagai pelarut bahan perisa/pewarna – sengaja (intentional) – bahan
        bantu pemprosesan (processing aid)

        Saya kurang pasti tentang hukum halal-haram produk yang mengalami situasi
        sedemikian, mungkin ahli sains makanan kena bermuzakarah dgn pakar fikah.
        Saya pernah pada satu ketika bertanyakan kedudukan “tapai” dengan seorang
        ustaz. Mengikut beliau, dalam fikah ada kaedah tersendiri untuk menentukan
        status halal-haram sesuatu produk makanan. Dalam kes tapai, mengikut beliau
        hukum memakannya adalah harus kerana ia dibuat/disediakan sebagai “bahan
        makanan” dan bukannya sebagai “arak”; manakala kehadiran alkohol (etil
        alkohol) adalah secara semulajadi (mengikut pemahaman mereka, pertukaran
        gula menjadi alkohol dan seterusnya dioksidakan menjadi cuka adalah suatu
        proses semula jadi – walhal mengikut sains ia adalah suatu proses fermentasi
        melibatkan aktiviti yis dan bakteria). Hasil kajian saya semasa bertugas di
        Bahagian Teknologi Makanan MARDI, ada tapai pulut yang mengandungi etil
        alkohol sehingga > 10%. Ini bergantung kepada jenis ibu (starter cultures)
        yang digunakan. Untuk itu, MARDI telah mengeluarkan ibu tapai (umumnya
        dipanggil ragi) yang BANYAK menghasilkan gula tetapi SEDIKIT alkohol.
        Mungkin ada diantara saudara-saudari mengalami situasi akibat datang lewat
        ke jamuan perkahwinan anak rakan, mendapati tapai yang dihidangkan tak sedap
        dimakan kerana rasa masam. Mengikut sains makanan, hal ini terjadi kerana
        etil alkohol atau etanol telah dioksidakan oleh Acetobacter aceti menjadi
        asetik asid atau cuka.

        Dalam kaedah fikah juga ada menyatakan sekira kandungan sesuatu najis (dari
        segi fikah, alkohol itu najis kerana mungkin ia merupakan hasil kumuh
        mikroorganisma) itu sedikit, maka ia dimaafkan. Mungkin kita ingat tentang
        konsep 2 kolah untuk membolehkan sesuatu sumber air mutlak itu digunakan sah
        untuk berwuduk. Pada saya kandungan alkohol 0.1% itu adalah sedikit
        berbanding tapai yang kita suka makan yang umumnya mengandungi etanol ~5%.

        Dengan berdasarkan hujah diatas, pada pendapat saya yang bukan ahli, ribena
        adalah halal. Mungkin boleh dapatkan pandangan pakar rakan-rakan kita di
        Fakulti Pengajian Islam. Kalau masih was-was, maka kaedah fikah menyarankan
        kita untuk mengelak menganbilnya.

        Sekian. Diharap maklumat ringkas saya sedikit sebanyak boleh membantu kita
        membuat penilaian sendiri.

        Wassalam.

  62. so…
    kita bleh mkan atau minum la????

  63. huh, the problem is it use the same code. jadi kalau dia guna dari tumbuhan atau binatang takde siapa boleh pertikaikan kecuali terdapat bukti kajian baru leh confirm ok ker tak. ape ape pun banyak lagi minuman lain yg di yakini halalnya

  64. pastikan makan minum dari hasil air tangan orang yang beriman,selesai masalahnya.tolak je makanan n minuman dari air tangan non muslim

  65. persoalan ye skrg mane kiter nkk thu sme ade ia btol dr asas tumbuh2han??

  66. assalamualaikum..boleh saya tanya…adakah semua jenis cake stabilizer adalah halal atau haram..?? terutamanya ovalette yg byk digunakan ketika m’mbuat kek….

  67. salam..sy nk tny…bgaimana pula dgn kod E110 dan E476???…sbb kata E110 n E476 x halal…bahan2 ni terdapat dlm coklat cadbury..yg kita smua maklum yg cadbury dpt pngiktirafan JAKIM..bagaimana itu?? boleh trangkn???

    • Wa-alaikumussalam wbt.,

      Kenapa pula tak boleh makan (tak halal)?.

      E110 : Sunset Yellow atau Oren Yellow S. ia adalah bahan pewarna kimia, dihasilkan daripada aniline, iaitu produk daripada tar arang batu (coal tar).
      E476 : Polyglycerol polyricinoleate: pengemulsi (emusifier) yang diguna untuk menggantikan lecithin dalam produk coklat. Ia dihasilkan daripada kondensasi (condensation) antara polyglycerol (campuran ester gliserol) dengan asid sisinolik (ricinolic acid) yang diekstrak daripada minyak biji jarak (castor beabn oil). Gliserol boleh dihasilkan sama ada secara kimia atau daripada pemecahan minyak/lemak. Memandangkan bekalan utama minyak/lemak dunia adalah daripada sumber tumbuhan, maka gliserol adalah kemungkinan besar daripada minyak tumbuhan.

  68. apakah anda itu lemak babi

    • Saya tak faham maksud saudara.
      Tolong berbicara dengan baik dan berkhemah! Otherwise, it will back-fire on you 😉

  69. saya nak tny adakah bahan2 yg ada kod E dgn yg takde kod tu sama? cth-E476 dan 476(tanpa E)

    • Saya rasa ianya sama, mungkin telupa letak E. E476 ialah Poligliserol polirisinoleat (Polyglycerol polyricinoleate).

  70. ada kwn bg sy coklat cadbury..tp xpasti dia beli kat mana..xde tanda halal..mcm dr oversea import ke msia…ant. bahan2 dia sugar,cocoa mass,wheat glucose syrup,cocoa butter,milk solids,emulsifiers(soya lecithin,476)flavours,egg albumen,food acid(330)……..yg sy dgr org kata coklat cadbury ni x halal..betulke?sapa blh bg jwpn?

  71. Pada saya produk itu halal kerana semua ingredients yang digunakan adalah halal. Mungkin ada yang mempersoalkan E300 dan E476. Berikut adalah jawapan saya:

    E300 : Citric acid – asid buah, terutama dalam buah citrus (keluarga oren). Digunakan dalam makanan sebagai pengasid (acidulant) – memberi rasa masam seperti buah. Hukumnya adalah HALAL sebab ia adalah BAHAN KIMIA

    E476 : Polyglycerol polyriceinoleate (PGPR). pengemulsi terbaru menggantikan soya lecithin (E322). Di dalam pembuatan coklat, lazimnya pengilang menggunakan kedua-dua E322:E476 sebagai pengemulsi. Ia adalah HALAL. Disediakan daripada minyak jarak dan ester gliserol (E422). Gliserol disediakan secara komersil daripada propilena atau gula (fermentasi). Tambahan pula jumlah (amaunt) yang digunakan adalah sedikit (<5g/Kg atau 5mg/g = 0.5%).

    Diharaf tiada lagi keraguan selepas ini.

    Wallahu-'alam.

  72. tu la org melayu..
    berniaga xmau..
    beli mau..
    kalu orang melayu ada jual..
    xdak la ssh2..

    ni jihad ekonomi nih..

    • sebab orang melayu sndiri tikam orang melayu dalam perniagaan..
      mcm mna orang melayu nak maju…
      mcm mana nak brjihad…
      klu dorang x tikam diorang tengok je bangsa lain tikam peniaga melayu…
      sedih zaman sekarang…
      menolong untuk mendapat nama…

  73. Sekarang ni ada banyak produk muslim halalan toyyiban tetapi perlukan sokongan kita untok lebih berkembang maju . cuba kunjungi expo muslim produk ada AIDA CHOC dari P.PG ,ada RFC di Alor Setar.SP dsb yang lebih sedap dari KFC, dan kunjungi gerai FAMA yang ada di Carrefour & Tesco ada dijual kopi,sos dsb buatan muslimin. Kenapa lapat sangat dengan cap Aik Cheong, boleh minum kopi PASS,Dr.One dsb. ..masalah perasan glamour kut?

    • Salam semua , berdasarkan maklumat media di China setiap 2 hari 1.5 JUTA ekor babi di sembelih, belum kira di Eropah , Asia Tenggara dsb termasuk diMalaysia .Kemana perginya lemak dari jutaan ekor babi ini? Pastinya dimanfaatkan bagi mendapatkan wang, dijual dan diproses untok dijadikan apa saja yang menguntongkan. Fikirkan lah,usah ambil risiko ! Kalau was2 jauhkanlah kerana banyak lagi makanan 100%HALAL didunia ini ,Wallahua’lam

  74. I want to ask Dr. Mamot if Amway’s breath freshener that contains ETHYL ALCOHOL and ALCOHOL DENAT halal? It is manufactured in USA. Thanks for your help……

  75. In this case, we have to know what is the functionof ethyl alcohol in that product first. Is is as a preservative (anti-bacterial), processing aid (solvent) or as part of the formulation? To my understanding ( I might be wrong) it is there both as preservative and processing aid (co-solvent) – therefore it is permissible. I have to stress here this is my personal opinion. Let the National “Fatwa” Council give the verdict!

    ALCOHOL DENAT refers to ethyl alcohol that is denatured (rendered non-potable- to avoid abuse for drinking perposes). The denaturants used could be methyl alcohol (SDA 3-A), t-buthyl alcohol and sucrose octaacetate (SDA 40-A). Here the addition of alcohol denat is as preservative – therefore to me it is permissible.
    Wallahu-alam

  76. Adakah ‘APOLLO ‘ coklat mengandungi lemak babi?
    (E471 dan E475)

    • ASM,
      Pn Ros,
      Dari mana dapat cerita ni? Saya dah berulang kali mengingatkan para pemforum (forumers) agar tidak mudah percaya kepada khabar-khabar angin. Belajarlah untuk dapatkan ilmu. sekarang ni sangat mudah-hanya dihujung jari sahaja. kalau kita kurang berilmu (maaf, bukan tujuan saja menyinggung oerasaan Pn Ros), inilah jadinya.
      Baiklah. saya rasa elok saya jelaskan disini tentang dakwaan yang mengatakan coklat mengandungi lemak babi. Kita perlu bertanya kepada diri kita untuk apa lemak babi dimasukkan ke dalam coklat?? memang didalam teknologi makanan lemak (demikian juga protein dan karbohidrat) disamping mempunyai peranan dalam pemakanan (diet) kita, juga digunakan di dalam pemprosesan makan sebagai ramuan berfungsi (functional ingredient). Fungsi lemak di dalam makanan menyumbang kepada tekstur.
      Namun kajian kimia menunjukkan bahawa lemak babi dengan lemak koko tak serasi (incompatible). Sekiranya diadun bersama, akan mengganggu penghabluran (crystallization) lemak koko, mengakibatkan terbentuknya bebunga lemak (fat bloom) dan kelembutan (softening) pada coklat!
      Manakala E475 (Polyglycerol ester of fatty acids) dan E471 (mo- and diacylglycerol of fatty acids – glycerol monostearate dan glycerol distearate) adalah pengemulsi (emulsifiers) dan BUKANNYA LEMAK BABI. Walaupun kedua-dua pengemulsi itu disediakan daripada lemak/minyak melalui tindak balas glycerolysis (glycerol + lemak/minyak) dan esterification (polyglycerol + fatty acids), tetapi hampir 90% bekalan lemak/minyak dunia adalah daripada minyak tumbuhan. Justeru kemungkinan besar pengemulsi itu adalah berasaskan minyak tumbuhan, misalnya minyak sawit – TAK MUNGKIN LEMAK BABI!
      Wallalualam.

  77. lesitin soya E476 yg ada kt cadbury halal ke x ?

  78. what’s it e471? I have ice cream factory it’s little. e471 is ingredient in ice-cream? please help me

  79. E471 is monoacylglycerol (MAG) or monoglyceride (MG) used as emulsifier in food and cosmetic products. To better understand what are they and their “halal” status, let me brief you how they are prepared. This type of emulsifier can be prepared industrially through :
    1) glycerolysis : fats/oils + glycerol ——-> MAG;

    2)alcoholysis : fats/oils + + methanol/ethanol/butanol ——->MAG; and

    3) direct esterification : glycerol + fatty acid ——> MAG

    Both chemical catalysts (base, acid) and biocatalyst (lipase) can be employed in the reactions. In Malaysia, of course the source for fat/oil and glycerol (a product from fat splitting : fats/oils+ H2O ——–> glycerol + fatty acids) is palm oil. Nowadays, the vegetable oils (palm, sunflower, soya bean, corn, coconut) become the choice of producers/manufacturers since they themselves are quite aware of the needs to have halal or khoser foods by Muslims and Jews worldwide. Furthermore, almost 90% of the world’s oils/fats supplies are from vegetable oils which are helthier then the animal fats (tallows, lard).
    Anyway, the honest is still with the producers. Based on the above-mentioned senario, most likely plant-base emulsifiers (in this case E471) are used.
    If we adopt the concept of “istihalah” (transformation), there will no more issue on halal/haram since chemically and physically, the emulsifiers are totally different from fats/oils.
    God knows best (wallahualam).
    Regards

  80. ustaz boleh ke kita makan london chocorol yang mempunyai E471??????????????????????

    • ASM,
      E471 adalah monoacylglycerol (MAG) atau monoglyceride (MG) digunakan sebagai pengemulsi (emulsifier) dalam produk makanan dan kosmetiks. untuk memudahkan memahami status halal nya, biarlah saya ceritakan sedikit bagaimana ia disediakan. Pengemulsi jenis ini disediakan secara industri melalui tindak balas :
      1) glycerolysis : lemak/minyak + glycerol ——-> MAG;

      2)alcoholysis : lemak/minyak + methanol/ethanol/butanol ——->MAG; dan

      3) direct esterification : glycerol + fatty acid ——> MAG

      kedua-dua mangkin kimia (bes, asid) dan biomangkin (enzim lipase) boleh digunakan dalam tindak balas tersebut. Di Malaysia sudah semestinyalah sumber minyak dan glycerol (salah satu produk pemecahan lemak/minyak : lemak/minyak + H2O ——–> glycerol + fatty acids) adalah minyak sawit. sekarang ini, minyak sayuran (sawit, bunga matahari, soya, jagung, kelapa) menjadi pilihan pengusaha/pengilang kerana mereka memang sedar keperluan status halal dan khoser makanan bagi umat Islam dan Yahudi di seluruh dunia. tambahan pula, hampir 90% bekalan minyak/lemak dunia adalah daripada minyak sayuran yang diakui lebih baik/sihat berbanding lemak haiwan (lemak lembu, lemak khinzi).
      Walau bagaimanapun, kejujuran adalah terletak di tangan pengilang. berdasarkan kepada hujah di atas, kemungkinan besar pengemulsi (dalam hal ini E471) berasaskan minyak tumbuhan digunakan.
      sekiranya kita menggunapakai konsep “istihalah” (transformasi), maka tidak timbul lagi isu halal/haram kerana pengemulsi yang terhasil sangat berbeza sekali daripada minyak/lemak, baik dari segi sifat kimia mahupun fiziknya.
      Wallahualam.
      wassalam

  81. adakah yeast yang dijual di pasaran halal?
    kerana tiada logo halal yg terpampang.Apakah jenama yeast yang halal?

    • ASM,

      Kenapa perlu ada sijil halal? Sebenarnya yeast adalah sejenis organisma yang dikategorikan sebagai kulat (fungi). Nama saintifiknya adalah Saccharomyces cerevisiae. Telah digunakan sejak dahulu kala (zaman Firaun) untuk membuat roti. Ia bukanya ingredien makanan dalam erti kata sebenar. Oleh itu tiada kod E utk yeast, justeru tiadak timbul isu halal/haram!

      Wassalam.

  82. Sekiranya dalam sesuatu produk terdapat logo halal Malaysia, maka produk terbabit adalah halal iaitu Halal Malaysia selaras dengan prinsip Halalan Thoyyiban yang berasaskan Syariah dan diluluskan dengan mengambil kira aspek kualiti dan keselamatan. Pensijilan Halal Malaysia juga adalah tertakluk kepada MS 1500: 2009 dan ISO IEC Guide 65. Ia mempunyai jaminan intergriti, keselamatan, kualiti (GMP) kerana melalui sistem yang terbaik dunia, analisis halal, standard halal, penguatkuasaan dan sebagainya. ‘Halal jaminan terpilih’ merupakan tagline halal.
    Walau bagaimanapun, sekiranya tidak terdapat Logo Halal JAKIM bagi sesuatu produk dan tiada dalam rekod JAKIM yang boleh diakses melalui portal Halal JAKIM, maka JAKIM tidak dapat mengesahkan sama ada sesuatu produk tersebut halal atau sebaliknya kerana semuanya bergantung kepada inisiatif sesuatu agensi untuk membuat permohonan kepada JAKIM.
    Sebaliknya, sekiranya sesuatu makanan itu telah mendapat logo halal dari agensi swasta yang lain, maka kita haruslah mengajukan atau mempertikai isu halal tersebut kepada pemberi logo halal tersebut. Ini kerana ia tidak berada di bawah bidangkuasa JAKIM untuk membolehkan JAKIM mempertikai halal yang telah dikeluarkan oleh agensi lain. Hal ini turut disebut dalam Akta Perihal Dagangan 1972 yang tidak memberi autoriti atau kuasa kepada JAKIM secara tunggal dalam memberikan pensijilan halal di Malaysia. Di samping itu, JAKIM bersama Jabatan Peguam Negara sedang berusaha bagi mewujudkan Akta Halal dan mencadangkan agar JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri menjadi pengeluar tunggal atau competent dalam pengeluaran sijil Halal di Malaysia. Terkini, JAKIM telahpun bekerjasama dengan Jabatan Kimia Negara untuk melancarkan proses analisis halal bahan-bahan yang digunakan dengan lebih cepat dan tepat melalui cara DNA iaitu mesin pemecah molekul Tremocycler.
    Manakala persoalan mengenai penggunaan emulsifier(E 471) telah terjawab. Penggunaan bahan tambah ini bagi sesebuah negara di dunia, bahan ini telah dibuat menggunakan bahan-bahan dari haiwan tetapi di Malaysia, JAKIM telah memastikan bahawa E 471 yang berasaskan tumbuhan sahaja yang akan digunakan oleh kilang-kilang berdaftar dengan JAKIM.
    Begitu juga bagi bahan kritikal yang lain seperti lecitin, glycerin, JAKIM telah memastikan bahawa bahan-bahn ini adalah halal untuk digunakan oleh pengilang-pengilang sehingga melayakkan mereka mendapat pengesahan halal JAKIM. Sememangnya terdapat sebahagian bahan tambahan makanan ini boleh dihasilkan samada dari tumbuhan ataupun haiwan. Maka dengan itu, JAKIM telah berusaha dengan melakukan pemeriksaan dan ujian makmal untuk memastikan hanya food additive yang berasaskan tumbuhan sahaja yang akan digunakan oleh pengusaha yang mendapat pengesahan halal JAKIM.
    Oleh yang demikian, dakwaan dari email atau website luar negara yang mengatakan bahan tambah (food additive) yang menggunakan kod E sebagai tidak halal adalah tidak boleh diterima untuk produk yang dikilangkan di Malaysia. Mungkin dakwaan tersebut benar untuk produk di luar negara tetapi tidak boleh diterima sepenuhnya untuk produk tempatan.
    Sebagai rujukan, Bahagian Hab Halal JAKIM telah menyediakan buku panduan bertajuk “HANDBOOK OF HALAL FOOD ADDITIVES” pada tahun 2006. Dalam buku tersebut terkandung senarai kod yang terdapat di laman web tersebut. Kita boleh dapatkan buku tersebut secara percuma di Bahagian Hab Halal JAKIM di Cyberjaya. Bahagian Hab Halal merangkumi semakan status halal produk, premis dan rumah sembelihan yang mendapat Sijil HALAL MALAYSIA.

  83. Sdr. Mirazam,
    Wa-alaikumussalam wbt.,

    Saya telah sedia maklum tentang laman web tersebut. Adakah yang diragukan itu E471 iatu monoasilglycerol (MAG) dan diacylglycerol (MAG) – pengemulsi makanan yang digunakan untuk emulsi air dalam minyak (w/o) ?

    Saya telah pernah mensintesis kedua-duanya di makmal saya melalui kaedah enzymatic glycerolysis (lemak/minyak + gliserol —–> MAG/DAG + asid lemak) dan alcoholysis (lemak/minyak + methanol ———-> MAG/DAG + gliserol

    Persoalan halal-haram akan timbul sekiranya sumber minyak/lemak adalah daripada lemak babi (lard) atau haiwan halal yang tidak disembelih mengikut syara’. Perlu ditegaskan disini, lazimnya minyak/lemak yang digunakan adalah mengikut sumber yang terbanyak di sesebuah negara pengeluar. Jika di Malaysia, maka ia adalah minyak sawit!

    Adalah salah sama sekali mengatakan E471 sama dengan lemak babi atau daripada lemak babi . Saya tahu yang Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) UPM telah membangun teknik sangat sensitif menggunakan teknik GC/MS-ToF untuk mengesan komponen sangat surih ester asid lemak yang hanya khusus ada pada lemak babi. sekiranya ester asid lemak tersebut dikesan, maka barulah sah ia mengandungi lemak babi. Namun teknik ini belum lagi diuji keatas produk siap seperti MAG dan DAG.

    Kenyataan yang menyamakan E471 dengan lemak babi adalah SALAH dari segi aspek kimia.

    Sekian dimaklumkan.

    Wassalam.

  84. salam
    sbb tu penting utk kita mendalami ilmu..kalau kurang pasti, perlu bertanya pada yg arif dlm bidang tu..terima kasih kpd Dr. Mamot atas penjelasan dr sudut sains…tp kte perlu jga perjelasan dr ahli agama dlm hal ni..sbb tu penting utk sains bergerak seiring dgn agama..kte perlukan saintis2 yg ade islamic framework utk merungkai masalah2 cmni…skrg ni yg byk memdominasi sains ialah org barat walhal yg develop sains ialah scholar2 Islam…kpd yg bertanya harap blh rujuk komen2 yg sblm ni spy persoalan yg sme x diulang byk kali..sian kt org yg jwb..

  85. salam. . .
    saya keliru. . member2 saya kata, kod2 d bawah ini ada lh non halal. .
    BETUL KH?? REPLY ME A.S.A.P

    E452, E501, E621, E627, E631, E105d. . . . .

    • Wa-alaikumussalam wbt.

      Kesemua kod E yang disenaraikan adalah bahan kimia yang bukan bersumberkan daripada lemak/minyak :

      E452 : polyphosphates (emulsifier, water binder)
      E501 : Potassium carbonate (acidity regulator)
      E621 : Monosodium glutamate (flavour enhancer)
      E627 : Disodium guanylate (flavour enhancer)
      E631 : Disodium inosinate (flavour enhancer)
      E105 : Fast Yellow AB (colouring)

      Justeru kenapa pula tak halal??

      Wassalam.

    • ada 57 jnis kod diantara ratusan kod sebatian yg jelas haram jika brcampur dgn makanan dan minuman kita.

  86. Mungkin ahli-ahli kimia yang pakar-pakar boleh mewujudkan 1 ruangan untuk membincangkan tentang hal-hal yang berkisar dengan istilah-istilah bahan dan reaksi kimia.itu juga adalah salah satu bentuk ilmu. bukan semua orang dapat memahami dengan mudah.dengan ini masyarakat lebih terdidik dengan ilmu.bukan mengemukakan teori-teori sendiri @ experimen sendiri.

    • ASM,

      Satu cadangan yang amat baik. Kerana kekangan masa dan faktor umur, saya tak dapat menyediakannya. Mungkin ada diluar sana ahli sains muda yang berminat. Saya boleh memberi pengisian 😉

      Wassalam.

  87. buku persatuan pengguna pulau pinang sangat berguna…sila check utk rujukan..ada kat popular n mph..x makan roti gardenia lg dah…

  88. makmal PPIM telah membuktikan bhwa e471 adalah lemak khinzir spt mana yg telah dicampurkan kedalam maknan dan minuman kita dalam pasaran trbuka kini.

    • ASM,

      Tidak betul mengatakan E471 adalah lemak khinzir. Lemak adalah triacylglycerol (tiada kod E sbb ia bukan ingredient), manakala E471 adalah mono- dan diacylglycerol (MAG-DAG). Sila lihat komen saya bertarikh 6 April 2011.

      Wassalam.

  89. assalam,,,,jadi secare betul nye,,,e476 dlm cadburry 2 halal???
    serius amat2 ragu,,jd perlukan kepastian

  90. Wa-alaikumussalam wbt.,

    E476 adalah Polyglycerol polyricinoleate dan ia pengemulsi yang digunakan di dalam produk seperti, lazimnya secara gabungan dengan lecithin (E322). Diperbuat secara pempolimeran glycerol dan pengesteran dengan ricinoleic acid daripada minyak biji jarak (castore bean). Memandangkan gliserol untuk tujuan industri adalah disediakan secara kimia (sumber lain adalah daripada hidrolisis lemak/minyak) dan minyak jarak adalah minyak tumbuhan, pada pendapat peribadi saya ia adalah harus digunakan.

    Wassalam.

  91. Bg i snang je..
    Nk bli mknan tgk dlu ada x logo halal JAKIM.Kalo was2,i o9 web JAKIM tgk btul ke mknan 2 dpt sijil halal JAKIM. X pn i tgk ada ke logo IGP..Kn mudah..bab jd darah daging x timbul kalo kte amalkn konsep tau,x tau atau was2..

  92. coklat cadbury dikatakan haram..tetapi kenapa masih ada orang menjualnye dan masih ramai orang islam memakannye??
    saya ingin kepastian..

    • ASM,

      Siapa yang kata begitu? Apakah asas yang diguna utk mengatakan ianya haram? Adakah kerana ia mengandungi E476 (polyglycerolpolyrecinoleate, PGPR)? Lecithin (E322) adalah daripada soya, manakala PGPR komersil adalah daripada tumbuhan. Lemak babi?? tak mungkin kerana lemak koko dan lemak babi tak serasi – sekiranya dicampurkan akan menyebabkan pelembutan coklat (akibat euthetic effect) dan fat bloom!

  93. As salam…
    Saya ada kemusykilan dan keraguan berkaitan produk ‘LONDON ROLL CHOCOLATE FLAVOUR CAKE’ yang mana bahan-bahannya ada mengandungi E-Codes iaitu E471 dan E435. Tetapi codes ini dinyatakan sebagai ekstrak tumbuhan. Tetapi codes ini saya dapati melalui internet merupakan lemak babi. Harap diberi jawapan yang setelusnya kerana saya, isteri dan anak-anak sering menikmati produk ini.

    • Wa-alaikumussalam wbt.,
      Berikut adalah identity ingredients tersebut:
      E435 – Polyethylene sorbitan (20) monostearate : pengemulsi
      E471 – Mono- & Diglycerides of fatty acids : pengemulsi
      Memang kedua-dua pengemulsi itu adalah berasaskan lemak/minyak (termasuk gliserol dan asid lemak) dan lemak/minyak boleh bersumberkan haiwan dan tumbuhan. Kalau dah dinyatakan oleh pengeluar bahawa ia adalah bersumberkan tumbuhan, maka sudah tentulah ia menggunakan minyak sayuran, maka hukumnya halal.
      Kenyataan dalam internet itu adalah SALAH kerana lemak babi bukan ingredient, justeru tiada kod E untuknya. Perlu diingatkan kod E adalah merujuk kepada kod yang digunakan oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk mengklasifikasikan semua ingredient makanan mengikut jenis kimianya. Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah musuh Islam yang suka kita hidup dalam panics, walhal ia sebenarnya berupa pembohongan utk mempersenda dan memperbodohkan orang Islam.
      Wassalam.

  94. salam.saya dah bca dari awal hingga akhir.banyak soalan yang agak sama seolah-olah masih tak faham dengan kod-kod yang digunakan dan juga dengan apa yang dijelaskan. Kesian pada Dr Mamot kerana terpaksa mengulang penjelasan yang sama.Pendek cerita kalau dapat disenaraikan nama-nama makanan dan minuman yang jelas haram, mungkin orangramai akan lebih jelas lagi sebenarnya kerana bukan semua orang faham istilah sains

  95. Assalamu alaikum
    Saya ingin penjelasan mengenai snack Cheezels BBQ Cheese saya dapati ia antara lain mengandungi E635.
    Dikilang oleh Kraft Foods Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (3603-K).
    Yang peliknya ada logo HALAL Jakim…?!

    Insan keliru

    • Disodium 5′-ribonucleotides (E635), adalah penguat perisa (flavor enhancer) yang bertindak secara sinergis dengan glutamates bagi menghasilkan rasa enak (umami). ia adalah campuran antara disodium inosinate (IMP) dan disodium guanylate (GMP) dan kerap digunakan di dalam makanan yang telah sedia mengandungi glutamates semulajadi (misalnya air rebusan daging – meat extract) atau yang ditambah monosodium glutamate (MSG). E635 digunakan terutamanya di dalam mi, makanan snek, cip, keropok, sos dan makanan segera berperisa. E635 dihasilkan dengan mencampur garam sodium daripada sebatian asli guanylic acid (E626) dan inosinic acid (E630). E630 boleh dihasilkan daripada daging, ikan atau tepung ubi kayu (seperti dlm pembuatan MSG); manakala E626 dihasilkan daripada ikan kering atau rumpailaut kering. Mungkin yang dirisaukan adalah E630. Walau bagaimanapun oleh kerana ia telah disahkan oleh JAKIM sebagai halal, apa yang perlu dirisaukan – sudah tentu mereka telah membuat pemeriksaan.

  96. Berapa kali nak bagitau, KALAU ADA LOGO JAKIM itu anggap sahaja SEBAGAI HALAL. Jangan jadi seperti bani israil yang terlalu mengusul periksa sesuatu perkara hingga menyusahkan diri. (Rujuk surah alBaqarah)

    Kalau JAKIM beritahu yang sumber E ada dari haiwan dan tumbuhan, dan yang dapat COP halal adalah dari tumbuhan, harus bagi kita untuk percaya. Betul atau tidak, mereka yang tanggung.

    Kalau semua benda nak dicheck satu persatu, baik tak payah percaya lagi pada institusi JAKIM.

    Orang melayu. Bab babi walau dah dikatakan halal sekalipun masih nak selidik takut2 ada unsur babi. Tapi bab makanan haram yang lain (makanan dari sumber haram) seperti rasuah, duit kopi, tipu claim, judi bola, kontrak ali baba, ASB, pelaburan haram, MLM, tak bising pulak? Kenapa? kerana tak ada babi. Melayu…..

    • ASM,
      Komen saudara Ilhammuzafar itu ada juga benarnya. Pada pendapat saya, kerisauan atau ketakpercayaan sebegini timbul adalah disebabkan kejahilan (maaf kerana gunakan perkataan ini – sayapun orang Melayu juga) kita sendiri. Was-was adalah bisikan syaitan dan syaitan mudah mempengaruhi orang Islam yang kurang berilmu. Justeru belajarlah! Islam menganjurkan umatnya mencari ilmu walaupun ke negera China. Zaman ICT lebih memudahkan pencapaian maklumat; namun perlu sedikit pengetahuan (boleh bertanya kepada yang arif misalnya melalui ruang sosial sebegini) untuk menyaring yang mana satu benar dan yang mana satu palsu. Jangan risau, tentu ada hamba Allah di sana yang boleh membantu.

      Wassalam

  97. Betul kata Dr Mamot saya sokong. Tambahan dalam al-Quran, Surah Al-Nahl ayat 43 yang bermaksud:

    “Tanya kepada mereka yang lebih tahu jika kamu tidak tahu.”

    Jadi sesuatu ilmu itu perlu dipelajari dan dibimbing oleh orang yang lebih arif, pakar dalam bidang tertentu..Malu bertanya sesat jalan..Bersama tegakkan industri halal di Malaysia.

  98. Assalamualaikum Dr Mamot, saya sudah copy dan paste semua jawapan Dr untuk rujukan peribadi saya sekiranya saya ragu-ragu dan keliru dalam memilih produk makanan. Terima kasih atas kesabaran Dr menjawab semua kemusykilan pembaca. Semoga Allah memberkati Dr dan menambahkan ilmu kepada Dr. sekian.

  99. salam..sy sekeluarga sekarang begitu berhati2 untuk membeli makanan..tk semue logo “HALAL” jakim tu halal…harap pihak bewajip myediakan buku bkaitan “HALAL&HARAM” dalam makanan agar umat islam di malaysia tidak ttipu..tk guna jugak jika sharian bibadat ttapi makanan yg kita makan meragukan ksahihannya..

    • Wasm,

      Saya setuju dengan saranan saudara. Pihak berwajib terutamanya JAKIM perlu respons kepada keluhan pengguna Islam. Tak tahulah saya sama ada mereka ada memasuki laman web/blog ini. Saya pernah maklumkan Dr. Lokman Abd Rahman (logman@islam.gov.my) daripada JAKIM tentang laman web ini, terutama persoalan yang sering dikemukakan oleh pembaca/blogger sekelian. Ini bukan bidang tugas saya!

  100. Maaf ada pembetulan. Alamat e-mel Dr. Lokman ialah lokman@islam.gov.my. Mungkin saudara Saiful dan yang lain-lain boleh cuba hubungi beliau ye!

  101. Support http://www.halalsurf.com social network. Made in Malaysia.

  102. Saya tgk tanda logo halal kt bungkusan mcm2 bentuk tak tau mana yang betul, ada yg tulis spt no siri atau pendaftaran ada yg takde, pkilang dan pengeluar mcm suka2 ambil logo halal dr internet dan print atas bungkusan. Siapa yg control benda ni. Amat mencurigakan status halalnya.

  103. Boleh ke kita pasti dengan ada nya tanda halal dan no MS nya di sesuatu produk yang produk itu halal. Saya inginkan kepastian yang Nescafe Ipoh white coffee perisa kacang hazel nut yang ada emusifier E471 dan E472e itu sah halal nya. T kasih.

  104. I am not positive the place you’re getting your information, however good topic. I needs to spend some time studying more or working out more. Thank you for fantastic information I was on the lookout for this information for my mission.

  105. Yes! Finally someone writes about travel.

  106. whoah this blog is wonderful i really like studying your articles.
    Keep up the great work! You recognize, a lot of people
    are searching around for this info, you can aid them greatly.

  107. I do not even understand how I ended up right
    here, but I believed this publish was once great.
    I don’t recognize who you might be but definitely you are going to a famous blogger when you aren’t
    already. Cheers!

  108. Hi! I know this is somewhat off topic but
    I was wondering if you knew where I could find a captcha plugin
    for my comment form? I’m using the same blog platform as yours and I’m having trouble finding one?

    Thanks a lot!

  109. Sekiranya emulsifier (E471) digunakan, maka perlulah tulis ‘vegetable’. Tak boleh lah assume E471 tu diambil dari sayuran sekiranya tak tulis.

  110. Assalamualaikum,
    sy suka sgt makan chocolate cdbury n vochelle, tp sy ada. Tbce ada kod E476 dkat. Ingredients .. Jdi psoalannya apa status kod E tu??
    kerna sya mendpati chcolte tu ada pengesahan Jakim.,

  111. Ingin tahu kod pada kopiko White Coffee

  112. Assalamualaikum..
    Halal kah orang Islam memakan produk yg terdapat E471 yg terdapat tanda logo halal jakim?

  113. Hello. impressive job. I did not imagine this. This is a excellent story. Thanks!

Leave a reply to saiful Cancel reply