JAKIM ATAU HDC?

Saya dan rakan-rakan saya daripada beberapa universiti mengikuti perkembangan industri Halal di Negara ini dengar dan penuh kebimbangan. Terkini, HDC telahpun dilantik untuk mengambil tugasan mengeluarkan sijil halal daripada JAKIM kepada para pengeluar makanan di dalam dan luar Negara.

Kami melihat perlantikan yang ternampak tergesa-gesa ini akan menghadapi masalah yang lebih besar dan saya risau perlantikan ini merupakan satu langkah ke belakang ke arah usaha Malaysia, sebagai negara Islam untuk mewujudkan halalhub yang dipercayai dan diyakini di dunia. Kini telahpun kedengaran ada Negara seperti Brunei dan beberapa Negara arab tidak menerima pensijilan yang dikeluarkan oleh Malaysia melalui JAKIM. Dalam kekalutan ini semua akta halal yang telah lama dikehendaki oleh pengguna Islam masih tidak kelihatan sejak ianya dicadangkan oleh PPIM lebih sepuluh tahun dahulu. Kenapa ini berlaku? Apakah ada agenda yang kita rakyat tidak ketahui.

Dipetik dari http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.552.2

12 Responses

  1. Assalamualaikum
    Pengeluaran sertifikasi HALAL haruslah dari Pemerentah dan bukannya dari syarikat/perusahaan. Dimanakah kelayakan HDC bagi menangani penguatkuasaan yang merangkumi beberapa Jabatan dan Kementerian. Apakah HDC juga diberi kuasa untuk mengarahkan mereka ini (termasuk para Menteri nya?). Persoalannya apa bolehkah syarikat2 lain juga mengeluarkan persijilan HALAL jika memenuhi keperluan HALAL? Dimanakan kepercayaan orang ramai dan kerajaan2 luar negeri lain tentang persijilan HALAL yang dikeluarkan oleh HDC? Apa ada kemungkinan keperibadian syarikat lebih utama dari sijil yang dikeluarkan, terutama kepada syarikat2 yang dipanggil “gergasi”. Banyak lagi yang boleh dipersoalkan, cukuplah sedemikian dulu.

  2. Salam,
    Saya amat dukacita sekali soal sijil halal ini. Malang sungguh kita sebagai umat islam sering tertipu, terpedaya dengan logo2 halal yang dipaparkan di botol2 atau bungkus2 makanan. Peniaga2 durjana yg tidak langsung menghurmati amalan permakanan umat islam, kita dapati sewenang2 meletakkan loga halal yang saya sendiri tidak tahu dimana mereka perolihi. Lebih malang lagi, tidak ada tindakan dikenakan keatas mereka. Dimanakah perginya penguatkuasaan?

    Penguatkuasaan yg lemah atau tidak ada langsung, menyebabkan pengusaha2 ini bermaharajalela. Bagi umat yg agak jahl mengenai peersijilan ini, mereka beli sahaja. Bagi yg agak celik, mereka akan berhati2 memerhati logo dan pengeluar kerana ada logo yg sah tetapi kadangkala kelayyakan mereka menggunakannya telah luput.

    Tidak tahulah, dalam tubuh kita ini banyak mana benda2 haram itu kita telah tertelan. Tolonglah Jabatan Agama Islam, proaktiflah anda. Berusahalah anda bersungguh2 demi islam. Jika anda hanya berlebih kurang sahaja, pikullah anda nanti tanggungjawabnya diakhirat nanti disebabkan kecuaian anda.

  3. Saya mmg tgh bt research psl GMF dan beberapa isu biotek yg lain. dari reserach saya (2007-2009) mmg pihak JAKIM sndr tak mahu bercerita lanjut ttg kenapa peralihan kuasa HubHalal Jakim kpd HDC…(P&C)..namun proses untuk pensijilan halal amat tersusun (sms di bawah JAKIM hubhalal)..dan x perlu dipertikaikan kredibiliti diorg..Diorg ade pakar biotek makanan n pegawai syariah yg turun padang utk memantau setiap produk yg diterima aduan atau ats permintaan dari pusat., malah merujuk pakar IPTA., KKM…psl HDC tu…tidak boleh diceritakan lanjut…kurg info. Cuma HDC diharapkan dapat jalankan tugas utk halal certification dgn lebih baik dan efisien

  4. bagaimana cara utk kita mengetahui sesebuah restoren itu halal? seortg sahabat saya telah dijemput utk menghadiri satu jamuan mkn2 yg dianjurkn oleh sahabatnya yg berbangsa cina. dia menyatakan bhw makanan yg dihidangkan oleh restoren terbabit halal.

    beikut nama restoren yg diberi:

    chop-suey service
    A6-G-3, jln melawati 4
    tmn perdana mewah
    68070 ampang

  5. salam…
    jgn risau hdc yg handle tentang halal.. sbb org yang bekerja dengan hdc adalah org2 daripada jakim juga.. tapi sekarang ini jakim telah mengambil semula untuk sijil halal… tq

  6. untuk semakan premis yang menyediakan perkhidmatan serta produk halal :

    http://e-halal.hdcglobal.com/directory/index.php?lang=BM

  7. Assalamualaikum wr wb
    Tuan/Puan
    Saya terdengar juga bahwa HALALHUB telah kembali ke JAKIM, alhamdulillah. Persoalannya, kenapa pertama2nya harus diberikan ke HDC? (yang telah saya dengar panjang ceritanya di zaman era PM Pah Lah yang terkait dengan menantunya, tidak perlu di jelaskan atau diceritakan, telah berlalu). Saya telah mempersoalkan keutuhannya HDC dan yang jelas perkara2 yang tidak menyenangkan berlaku (ini telah dijangkakan). Dipersolakan juga sekiranya nama telah jadi buruk dan dipersoalkan, maka bagi memulihkannya adalah satu kerja yang sangat rumit dan pihak JAKIM akan memikulnya dengan penuh kesengsaraan. Walau apa juga persoalan yang dilemparkan akan berbalik kepada “kenapa terdulunya diberikan kepada HDC? Apa tidak dipikirkan musibahnya? Apakah lebih penting peribadi dari maruah serta kepercayaan negara?”. Sekarang JAKIM akan menanggung segalanya seperti peribahasa Melayu “nasi sudah menjadi bubur”, bagaimana yang harus dilakukan selanjutnya. Ini adalah “perjalanan yang akan menanggung perbelanjaan yang begitu besar” dan belum tentu memberikan hasil. Disini yang pentingnya adalah perkataan yang berbunyi “kepercayaan dan tanggungjawab” tapi ini telah dihancurkan dan inilah yang paling rumit untuk dikembalikan. Justru secara lumrahnya, pikir2lah sebelum mengambil keputusan terutamanya yang bersangkutan dengan keputusan yang akan melibatkan kepercayaan negara. Wassalam wr wb.

  8. Saya buka laman web hdc. dengan cogankatanya ‘a label of assurance’. Tapi cuba korang tengok kat gambar tu. Apa yang tak kenanya. Gambar tangan lelaki ngan tangan wanita. Kukunya amboi mak panjang berjela. Tak mengambarkan kebersihan dalam Islam. Itu tangan orang yang bekerja kat HDC ke??? eeeeeeiii.

  9. Inilah masalah Malaysia tentang halal dan haram pun nak didagangkan…..macam tak ikhlas pun nak memperkasakan halal haram ni.

  10. 1. Inilah masalah JAKIM diwujudkan secara tidak ikhlas, politik semata2. Termaktub dlm perlembagaan- Hal ehwal Agama Islam dibawah Sultan/ Negeri. Bagaimana boleh wujud JAKIM dibwh JPM? kemudian mahu wujudkan Akta halal yg dikuatkuasakan oleh JAKIM. Bukan ini bertentangan dgn perlembagaan.- menjadikannya tidak sah. JAKIM berlagak spt ada kuasa tertinggi.
    2. Perlukah ada Logo Halal, zaman dulu kita takut hendak makan produk yg dikeluarkan oleh perusahaan bukan org Islam eg: sosej, makan tin dsb sekalipun mereka letakkan logo Halal. sejak adanya JAKIM keluar logo Halal, msykt berasa selesa makan produk yg dikeluarkan oleh perusahaan bukan Islam. adakah org Islam beruntung kerana boleh makanan perusahaan bukan islam dgn selesa, siapa yg untung sebenarnya?? cadangan : Kuatkuasa oleh KPDN sebelum ini bukannya JAKIM, sesiapa shj boleh mendakwa produknya halal (tidak perlu logo halal standard- biar public yg iktiraf bukannya JAKIM) tetapi jika terbukti tidak Halal, ia boleh dikenakan tindakan.
    3. kesilapan wujudnya JAKIm yg bertindak sbg badan tertinggi Islam negara (w/pun bertentangan dgn perlembagaan) menyebabkan byk kerja2 yg tak bertepatan. Ada jawatan utk kontrol Halal yg majoritinya non-muslim, mereka ini servis utk nonmuslim . sepatutnya servis kpd masykt islam. perusahaan kecil org Islam (spt kerepek K.selangor dsb) dianaktirikan, tidak bole dijual di supermarket krn tiada sijil halal JAKIM (tidak mampu nak mohon- mahal). Cadangan: mansuhkan Logo Halal yg tidak beri sbrg keuntungan kpd Org Islam.

  11. salam. untuk share dengan rakan2 islam yang lain. saya memang betul confused dgn cop halal pada semua product dalam atau luar negara. Dimana SALAH nyer, cop halal TETAPI mengandungi GELETIN BABI contoh code geletin babi E437. Saya pernah terkena, makan coklat tgk ingredient ada code E437. Macamana nie??? JAKIM buat keje ape?? Tolong huraikan masalah saya ni.TQ.

  12. MANSUH KAN LOGO HALAL SETUJU SANGAT.. TP BUAT ALTERNATIVE LAIN TENTANG MEMPERKENALKAN PRODUK HALAL.. SAYA CONTOHKAN DISINI, NAK CARI YANG HALAL PERGI MARKET/KEDAI/ YANG BETUL2 ADA SEMUA PRODUK HALAL YANG CONFIRM HALAL.. DENGAN ERTI KATA LAIN, WUJUD KAN KEDAI PRODUK ISLAM MELAYU BUATAN MELAYU, BUAT KAN IKLAN BESAR 2 BANYAK2 TENTANG KEDAI BARANGAN HALAL TOYIBAN YANG COMFIRM 100% MILIK ORANG MELAYU DAN BUKAN ALIBABA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: