Hati-hati dgn skim cepat kaya versi baru

Berhati2 semasa melabur atau menyimpan atau menganggotai mana organisasi.

Bukan saja ianya haram dari segi undang-undang, malah HARAM dari segi hukum syariah.

BERHATI-HATILAH

KENYATAAN AKHBAR

1.

Kebelakangan ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan ‘skim cepat kaya’ yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi kepada orang awam yang menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 10 peratus pulangan/dividen setiap bulan. Risalah-risalah ini telah disebarkan secara meluas di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan di masjid-masjid.

2.

SKM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sentiasa memantau dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan tersebut. Beberapa kes ke atas anggota lembaga telah berjaya diambil tindakan termasuk menggantung, membubar dan memecat mereka yang terlibat dalam skim seumpama itu. Lain-lain yang terlibat masih dalam pemeriksaan dan siasatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

3.

SKM menyeru agar orang ramai berwaspada, berhati-hati dan bertindak bijak terhadap tawaran yang dijanjikan oleh koperasi-koperasi berkenaan supaya tidak mudah tertipu dengan pelaburan ala ‘skim cepat kaya’ yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan.

4.

Sehingga kini SKM tidak pernah meluluskan aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya’. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan yang musykil dan ragu-ragu mengenai kedudukan perniagaan koperasi, bolehlah meminta penjelasan daripada SKM melalui hubungan seperti berikut:-

No. Faksimili: 03-20944272/03-20935026

No. Telefon: 03-20935098 samb. 5807 (En. Alias Anak Ilai)

Atau sambungan 5828 (Pn. Rohana bt Mazlan)

E-mail: aliasi@skm.gov.my

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TINGKAT 5, 6 & 7, BLOK J,

PUSAT BANDAR DAMANSARA,

50608 KUALA LUMPUR

JUN 2008