Berita baik buat penuntut dan warga Muslim di England

Berita baik buat penuntut dan warga Muslim di England

dipetik dr HARAKAHDAILY

Produk halal Kelantan tembusi pasaran England

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 2 Sept (Hrkh) – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) membantu kerajaan negeri bagi merealisasikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara.

Sehingga kini PKINK membelanjakan sejumlah RM13 juta bagi menjayakan program pembangunan dan pengeluaran produk halal.

Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Wan Yahya Wan Salleh berkata, pihaknya memberikan peluang kepada usahawan di negeri ini memajukan perniagaan berteras hub makanan halal.

“Usaha ini diharap akan mencapai sijil piawaian dan dianugerahkan Sijil Akreditasi Halal,” katanya di majlis menandatangani perjanjian antara PKINK, anchor dan vendor bagi Projek Pengeluaran Makanan Halal,�di sini, baru-baru ini.

Beliau juga berkata, PKINK menjadikan Pengkalan Chepa dan Mukim Apam, Pasir Mas sebagai pusat pengeluaran makanan halal.

Pengkalan Chepa dijadikan pusat pengeluaran dan Mukim Apam sebagai tempat pengumpulan dan penyediaan pengeluaran halal.

Wan Yahya berkata, kilang PKINK di Pengkalan Chepa dijadikan sebagai perintis dan diharap dalam tempoh tiga tahun pengusaha dapat membangunkan kilang mereka sendiri.

Katanya, jumlah pengeluaran produk yang dikeluarkan di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa sebanyak RM12 juta setahun. Tumpuannya bagi pemprosesan buah-buahan, membuat roti dan kek.

Manakala produk berasaskan ikan menghasil keropok, sardin satay, meat ball, beef nuggets dan burger akan difokus di pelabuhan perikanan Tok Bali, Pasir Puteh.

Bercakap kepada pemberita selepas itu beliau berkata, pasaran produk yang dikeluarkan turut mendapat tempat di pasar raya di seluruh Malaysia sebelum dieskport ke luar negara.

“Dijangka pada awal Oktober ini perjanjian pembelian oleh pasar raya dan kedai runcit dari United Kindom diadakan.

“PKINK akan memilih sembilan usahawan terbabit dengan projek itu. Usahawan yang diambil dipastikan mereka sudah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan,” katanya.

Beliau juga berkata, pengeluaran produk makanan halal di Pengkalan Chepa berasaskan konsep anchor dan vendor.

Vendor akan terbabit dengan pengeluaran makanan, manakala syarikat anchor pula akan terbabit dengan kerja-kerja pembungkusan, pasaran dan promosi.

Menurutnya menjadi matlamat kerajaan negeri menjadikan Kelantan sebagai pusat pengeluaran makanan halal untuk memenuhi pasaran tempatan dan umat Islam wilayah selatan Thailand.

Pada majlis itu Pengarah Muslim Best Marketing (M) Sdn Bhd, Sheikh Ahmad Dusuki Sheik Mohamad dan beberapa syarikat menandatangani perjanjian dengan PKINK.

Syarikat lain iaitu Mohd Sabri Bakery (M) Confectionary Sdn Bhd, Al Baiti Food Industries (M) Sdn Bhd, Zairah Industries Sdn Bhd, Ikatan Ideal Sdn Bhd dan HR Food Industries Sdn Bhd.

3 Responses

  1. Salam dari Batam
    di Thailan tepatnya di Bangkok di Chulalongkorn University seakarang sdang digalakkan cly soap untuk menyamak jenama yang terkena najis….dikembang kan oleh DR Winai Dahlan

    http://ariesaja.wordpress.com/

  2. assalamu’alaikum.

    saya nk tanya, kalau betul colgate dan darlie tak halal.

    kenapa produk tersebut ada cop halal jakim.

    macam mana boleh dapat?.

  3. Assalamualaikum saudari Nurul,
    Saya baru sahaja dapat tahu bahawa product ubat gigi seperti FRESH and WHITE, SAFI, SENSODINE mengandungi sejenis bahan kimia iaitu propylene glycol yang bersamaan dengan bahan kimia glycerin iaitu sejenis lemak babi yg digunakan untuk memberi texture kepada ubat gigi.
    Sesungguh nya kandungan itu tidak terdapat di dalam ubat gigi COLGATE, nescaya colgate adalah halal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: