Beberapa FATWA penting

Baja Daripada Tahi Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 2
Tarikh : 12 Mei 1981
Keputusan Muzakarah :

” Berdasarkan nas daripada kitab tersebut di atas mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan seperti berikut –

( a ) Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughalazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh

( b ) Bahawa makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu , darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal. ”

Penggunaan Bulu Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-12

Tarikh : 21-22 Januari 1985

Keputusan Fatwa :

Continue reading

Advertisements

Mengapa produk halal, selalunya mahal? Kongsikan pandangan anda

Banyak yg berpendapat, barang yg mendapat pensijilan Halal lebih mahal.

Pendapat terbaik minggu ini dari sini

pada pendapat saya memang bagus ada web yang sentiasa mengeluarkan penyataan halal dan haram. info ini boleh di kongsi dengan semua orang.terutamanya yang islam.pemakan yang halal adalah penting dalam membentuk peribadi sempurna..
yang menyedihkan,mengapa pengeluar produk halal seperti ubat gigi mukmin dan pelbagai produk lain,menjual dengan harga yang mahal berbanding produk bukan islam.dalam menarik perhatan orang islam,saya cadangkan harga perlulah berpatutan dan murah.secara tidak langsung hal ini boleh menarik perhatian orang islam dan pengeluar produk islam sentiasa membantu dan memberi perhatian kepada pengguna islam…

Sebagai pengguna Muslim, cuba beri pandangan anda.

Emulsifer 471 (E471) Halal or Not?

Sejak kebelakangan ini kita sering didatangi e-mail yg mendakwa E471 adalah lemak babi yang secara mutlaknya, haram di sisi Islam.

Namun baru-baru ini, timbul pula persoalan, mengapa terdapat produk buatan Malaysia yang mendapat pensijilan Halal Jakim menunjukkan di “ingridient” nya E471. Sbg contoh: Ais Krim WALLS, Twiesties, Kopi Aik Cheong dan sebagainya.

Persoalannya, adakah Jakim terlepas pandang?

Continue reading

Kopi “tegak” beracun dan bebola usus babi

Menurut laporan terkini, kopi “tegak” beracun yang membawa maut dikenali dengan nama

KOPI PAHLAWAN

Manakala bebola ikan yang diproses daripada usus babi adalah keluaran

GSB Seafood Enterprise.

Sama-sama kita sebarkan maklumat untuk kepentingan umat Islam.