Beberapa FATWA penting

Baja Daripada Tahi Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 2
Tarikh : 12 Mei 1981
Keputusan Muzakarah :

” Berdasarkan nas daripada kitab tersebut di atas mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan seperti berikut –

( a ) Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughalazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh

( b ) Bahawa makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu , darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal. ”

Penggunaan Bulu Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-12

Tarikh : 21-22 Januari 1985

Keputusan Fatwa :

Continue reading

Advertisements

Emulsifer 471 (E471) Halal or Not?

Sejak kebelakangan ini kita sering didatangi e-mail yg mendakwa E471 adalah lemak babi yang secara mutlaknya, haram di sisi Islam.

Namun baru-baru ini, timbul pula persoalan, mengapa terdapat produk buatan Malaysia yang mendapat pensijilan Halal Jakim menunjukkan di “ingridient” nya E471. Sbg contoh: Ais Krim WALLS, Twiesties, Kopi Aik Cheong dan sebagainya.

Persoalannya, adakah Jakim terlepas pandang?

Continue reading

Payu dara jejas pemandu

Sebelum ini Produkhalal ada memaparkan tentang cadangan mengharamkan pemakaian seluar londeh sehingga menampakkan pusat dan lurah punggung di dlm artikel bertajuk “Jom haramkan seluar londeh nampak underwear dan pusat”

Payu dara jejas pemandu

July 18th, 2007

BERLIN: Seorang pemandu bas Jerman mengugut melempar keluar kerani jualan berusia 20 tahun dari basnya di bandar Lindau kerana menyifatkan pakaian wanita berkenaan terlalu seksi, lapor akhbar.

“Tiba-tiba dia menghentikan bas. Dia membuka pintu dan menjerit pada saya, ‘Lurah payu dara awak memesongkan perhatian saya setiap kali saya memandang cermin dan saya tidak boleh memberi tumpuan kepada jalan raya. Jika awak tidak duduk di mana-mana, saya terpaksa melempar awak keluar’,” kata wanita yang dinamakan sebagai Debora C.

Wanita terbabit, yang gambarkan disiarkan dalam akhbar Bild memakai baju ketat dengan leher luas, berkata dia bergerak ke tempat duduk lain tetapi terhina dengan tindakan pemandu bas itu.

Bagaimanapun, tindakan pemandu berkenaan dipertahankan syarikat bas. – Reuters

Jom haramkan seluar londeh nampak underwear dan pusat

Menjadi trend terkini, anak-anak muda yg tak ambil kisah tentang aurat, mula memperaga fesyen yang pelik-pelik. Tetapi di dalam banyak-banyak kepelikan, fesyen tunjuk pusat dan menampakkan seluar dalam di belakang, satu fesyen yang sangat menaikkan nafsu shahwat lelaki (termasuk penulis).

Ramai akan berkata, “siapa suruh tengok”, “sendiri tengok sendiri tanggung lah!”

Sebagai pemakai dia akan berkata, bahawa pakaian adalah hak mereka dan lebih teruk lagi akan ada yang menganggap saranan saya ini sebagai satu pelanggaran hak asasi wanita.

Di sini saya juga ingin menyatakan bahawa saya juga mempunyai hak asasi untuk tidak diseksa dengan pemandangan yang menaikkan shahwat. Apa yg saya maksudkan ialah cara pemakaian di tempat awam. Bukan dalam kamar tidur si pemakai. Malah bukan di tempat2 seperti disko, kelab malam atau rumah urut kerana tempat-tempat sebegini memang dikunjungi dengan niat untuk menikmati pemandangan itu.

Cuba kita lihat di luar negara, ada yang lebih peka dan telah pun bertindak (bukan cakap sahaja):
Datuk Bandar Delcambre, sebuah bandar di Louisiana, Amerika Syarikat, Carol Broussard menandatangani rang undang-undang bagi mendenda mereka yang memakai seluar londeh sehingga menampakkan seluar dalam dan mengisytiharkan memakai seluar itu sebagai satu jenayah.Penduduk bahagian selatan Amerika sudah lama menggesa agar cara memakai seluar londeh sehingga menampakkan seluar dalam diharamkan sejak fesyen itu diperkenalkan beberapa tahun lalu.