Berita baik buat penuntut dan warga Muslim di England

Berita baik buat penuntut dan warga Muslim di England

dipetik dr HARAKAHDAILY

Produk halal Kelantan tembusi pasaran England

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 2 Sept (Hrkh) – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) membantu kerajaan negeri bagi merealisasikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara.

Sehingga kini PKINK membelanjakan sejumlah RM13 juta bagi menjayakan program pembangunan dan pengeluaran produk halal.

Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Wan Yahya Wan Salleh berkata, pihaknya memberikan peluang kepada usahawan di negeri ini memajukan perniagaan berteras hub makanan halal.

Continue reading

Advertisements

The 5th Malaysia International Halal Showcase (5th MIHAS)

Metamorf pasar raya halal

dipetik dari Utusan Malaysia

DI MANA ada kemahuan di situ ada jalan. Peribahasa paling tepat menggambarkan kisah perjuangan anak kelahiran Pekan, Pahang, Nazilah Rahiman mengendalikan perniagaan pasar raya halal yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Di pasar raya Metamorf, pelbagai barangan makanan basah dan kering, juga produk keperluan harian ditawarkan. Pelanggan juga boleh mendapatkan keperluan harian mereka terutamanya produk keluaran bumiputera dan produk yang berstatus halal.

Menggunakan moto, Pasar Raya Halal Anda, ibu muda beranak empat ini menanam tekad mewujudkan pasar raya acuan sendiri iaitu sebuah pasar raya yang mengikut syariah Islam sepenuhnya, sekali gus menyahut seruan kerajaan untuk mempromosikan dan memasarkan produk-produk halal dan keluaran bumiputera Muslim.

Continue reading

Hab Halal Dunia buka peluang usahawan Muslim

dipetik dari Utusan Online
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

MALAYSIA yang merupakan pengerusi kepada Persidangan Negara-negara Islam (OIC) berhasrat untuk menjadi Hab Halal Dunia pada 2010. Dengan kata lain, Malaysia berazam mencapai status negara pengeluar utama produk makanan dan perkhidmatan halal bagi keperluan dunia menjelang tahun tersebut.

Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Isma Addi Jumbri berkata, hasrat kerajaan itu perlu dipandang serius dan disahut sebagai satu peluang serta cabaran khususnya kepada usahawan Muslim di Malaysia yang majoritinya merupakan bumiputera dan berbangsa Melayu.

Continue reading

HALALKAH PERADUAN “SAYA ANAK MERDEKA PETRONAS”?


Soalan

Boleh atau tidak menyertai peraduan “SAYA ANAK MERDEKA PETRONAS” di mana penyertaan boleh dibuat dengan membeli petrol sebanyak RM 20, akan memperolehi satu borang penyertaan

– Soalan melalui system sms 33221-

Jawapan

Setelah melihat detail penyertaan di web berkenaan. Menurut pendapat saya dan berdasarkan keputusan Majlis Fiqh Sedunia, penyertaan seperti di atas adalah halal. Ini adalah kerana pembelian RM 20 untuk sememangnya harga asal petrol, tiada sebarang tambahan di sebabkan borang penyertaan. Tatkala itu, ia hanya sekadar promosi perniagaan oleh Petronas agar lebih ramai mengisi minyak di stesyen mereka. Menurut pendapat yang lebih ringan atau majoriti ulama dari Majlis Fiqh Sedunia, niat yang tersimpan di dalam hati (untuk menyertai) tadi tidak memberikan kesan kepada halalnya penjualan petrol dan penyertaan.

Ia hanya akan menjadi haram jika pelanggan membeli satu perkara yang tidak diperlukan dan kurang keperluan kepadanya (seperti membeli web site atau ubat yang tidak berapa diperlukan) semata-mata untuk mencukupkan had limit untuk memasuki sesuatu peraduan yang ditawarkan.

Tatakala itu, niatnya telah cenderung kepada penyertaan peraduan lalu unsur perjudian menjadi nyata, pembelian barang bukannya kerana keperluan sebenar, tetapi kerana peraduan.

Bagaimanapun, dalam hal petrol, pada hemat saya, mengisi minyak petrol memang sentiasa diperlukan dan barang keperluan utama bagi pemilik kenderaan samada anda berniat untuk menyertai peraduan atau tidak. Justeru, ia harus.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Info Halal Sarawak & Direktori Halal Miri

Sarawak, 26 Jun 2007: Isu halal haram merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam. Malah ia merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian khusus dan serius kerana sebagai umat Islam, kita hendaklah berprinsip tetap serta harus arif dengan jelas mengenai apa yang kita makan, minum, pakai dan gunakan setiap hari.

Melihat kepada realiti tempatan di Miri, hal ini merupakan salah satu perkara yang diambil berat oleh masyarakat Islam yang prihatin. Malah kadang-kadang isu halal dan haram ini menjadi satu dilemma yang menimbulkan ketidaktentuan dek kerana ketidakpekaan sesetengah pihak dalam memahami sensitiviti umat Islam. Berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah sekalian 2 e-mail yang saya terima berkenaan dengan hal ini (sila double click untuk baca keseluruhan):
E-mail 1 – ”Kita Dipermainkan Lagi!!” bertarikh 24 Jun 2007:
null
(Makluman: Restoran Chilli Peppers di Miri belum memperolehi Sijil Halal JAIS).

Continue reading