Hati-hati dgn skim cepat kaya versi baru

Berhati2 semasa melabur atau menyimpan atau menganggotai mana organisasi.

Bukan saja ianya haram dari segi undang-undang, malah HARAM dari segi hukum syariah.

BERHATI-HATILAH

KENYATAAN AKHBAR

1.

Kebelakangan ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan ‘skim cepat kaya’ yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi kepada orang awam yang menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 10 peratus pulangan/dividen setiap bulan. Risalah-risalah ini telah disebarkan secara meluas di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan di masjid-masjid.

2.

SKM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sentiasa memantau dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan tersebut. Beberapa kes ke atas anggota lembaga telah berjaya diambil tindakan termasuk menggantung, membubar dan memecat mereka yang terlibat dalam skim seumpama itu. Lain-lain yang terlibat masih dalam pemeriksaan dan siasatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

3.

SKM menyeru agar orang ramai berwaspada, berhati-hati dan bertindak bijak terhadap tawaran yang dijanjikan oleh koperasi-koperasi berkenaan supaya tidak mudah tertipu dengan pelaburan ala ‘skim cepat kaya’ yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan.

4.

Sehingga kini SKM tidak pernah meluluskan aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya’. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan yang musykil dan ragu-ragu mengenai kedudukan perniagaan koperasi, bolehlah meminta penjelasan daripada SKM melalui hubungan seperti berikut:-

No. Faksimili: 03-20944272/03-20935026

No. Telefon: 03-20935098 samb. 5807 (En. Alias Anak Ilai)

Atau sambungan 5828 (Pn. Rohana bt Mazlan)

E-mail: aliasi@skm.gov.my

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TINGKAT 5, 6 & 7, BLOK J,

PUSAT BANDAR DAMANSARA,

50608 KUALA LUMPUR

JUN 2008

Advertisements

Kopi “tegak” beracun dan bebola usus babi

Menurut laporan terkini, kopi “tegak” beracun yang membawa maut dikenali dengan nama

KOPI PAHLAWAN

Manakala bebola ikan yang diproses daripada usus babi adalah keluaran

GSB Seafood Enterprise.

Sama-sama kita sebarkan maklumat untuk kepentingan umat Islam.

FATWA: ISLAM HARAMKAN ROKOK

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
taknak.jpg

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)

Continue reading

WAKTU SYURUK HARAM SOLAT SELAMA 28 MINIT DI MALAYSIA

Bagaimana kiraan waktu Syuruk (28 minit) di Malaysia?

Sekiranya waktu Subuh adalah di antara 5.50 hingga 7.10, dan waktu Syuruk adalah 7.11. Waktu yang diharamkan solat itu adalah dari 7.11 sehingga 7.39. (7.11 + 28 minit = 7.39)

(penulis merujuk kepada Malaysia kerana pergerakan matahari di Malaysia dan negara yang berada tidak sama dgn garis lintang Malaysia, adalah tidak sama.)

Mengapa waktu ini diharamkan?

Waktu ini haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah mengharamkan solat dalam waktu ini kerana ia menyerupai orang yang menyembah matahari.