Beberapa FATWA penting

Baja Daripada Tahi Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 2
Tarikh : 12 Mei 1981
Keputusan Muzakarah :

” Berdasarkan nas daripada kitab tersebut di atas mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan seperti berikut –

( a ) Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughalazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh

( b ) Bahawa makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu , darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal. ”

Penggunaan Bulu Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-12

Tarikh : 21-22 Januari 1985

Keputusan Fatwa :

” Penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti sama ada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan“.

Gas Daripada Tahi Babi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-2

Tarikh : 12 – 13 Mei 1981

Keputusan Fatwa :

‘ Gas yang diproses daripada tahi babi dengan menggunakan api hukumnya najis dan yang tidak menggunakan api hukumnya suci’.

Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan

Muzakaran Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 22

Tarikh : 24 November 1988

Keputusan Fatwa :

‘ Kordial yang mengandungi bahan citarasa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya :

a) Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak

b) bahawa kuantiti alkohol dalam citarasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.

Hukum Wine Vinegar ( Cuka wain )

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 76

Tarikh : 4-6 April 2006

Keputusan Muzakarah :

” Haram menggunakan Cuka Wain ( Wine Vinegar ) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.”

Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke – 76

Tarikh : 21 – 23 November 2006

Keputusan Muzakarah :

” Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.

Rujukan drp: http://www.halal.gov.my/fatwas.php

17 Responses

  1. salam,

    istilah mana yang betul,
    samak atau sertu?

    terima kasih

  2. samak lah deng

  3. sertu? first time saya dengar….

    sila layari laman web ini http://ads4bucks-baizura1989.blogspot.com untuk ketahui rahsia jana pendapatan sehingga rm500 sehari!

  4. 1. SAMAK ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

    2. SERTU ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

  5. salam , cadbury tu halal ke takk ?
    kawan saye ckp haram …

    terima kasih 🙂

  6. pe kato kamoo g cni jek?
    http://www.halal.gov.my/v2/

  7. assalamualaikum, nak tanya, semalam i ada terima hamper raya. dalam tu ada premier salute sparkling drinks. white grape. dalam kandungan tiada dinyatakan ada alkohol. Boleh kah diminum. halal or not

  8. adakah semua sabun yang terdapat dalam pasaran di malaysia adalah halal ? sila senaraikan sabun yang halal utk digunakan tanpa was-was

  9. assalamualaikum…satu soalan penting yang boleh di kongsikan dengan org lain..adakah air sparlikng yang ada cop halal contohnya ”islamic food court europe” adalah halal untuk di minum oleh ummat islam?

  10. assalamualaikum….saya nak bertanyakan mengenai produk yang dipasarkan secara ekslusif dipasaran, maknanya cuma orang kaya dan VIP disini saja menggunakannya, iaitu CELERGEN dari Switzerland. Produk ini menggunakan cara perubatan ‘dna cell therapy’….ada logo halal, tapi bukan dari Malaysia. Ianya dikatakan mampu merubah seseorang itu menjadi muda kembali. apakah cara ini dibenarkan dalam Islam? Saya risau sbb suami saya baru mencubanya sbb percaya dikatakan halal……!

  11. salam..info yang sangat berguna..tetapi kan bagus ikalau info macam ni boleh dikongsi terus di wall facebook , sekarang cara ni sahaja yang mudah diterima..lebih lebih lagi pada golongan muda..

  12. makanlah makanan yang halal pembutannya

  13. salam …saya nak bertanyakan tentang makanan.sekarang banyak tempat untuk menjamu selera,bagaimana dengan seafood?sekarang banyak kedai seafood di kunjungi orang melayu.sebab ada kedai meletakkan tanda halal. bagaimana pula jika orang yang masak di kedai bukan muslim sedangkan bahan yang di gunakan halal.terima kasih

  14. assalam, baru2 ni ade info mngatakan tepung gandum cap sauh n cap kunci juga minyak masak seri murni tidak halal krn tdpt kndungan haram(babi)…TOLONG JELAS STATUSNYER..hal ni sgt merisaukan krn terlalu ramai umat islam menggunakannya tmasuk saya….amat mnakutkan n mnyedihkan….malah klu ianya benar bagaimana pula dgn biskut2yg ada dipasaran yg slama ini kita mkn,mgkin juga dr tepung ini…subhanallah….

  15. Saya telah dinasihatkan olih saorang kawan berbangsa cina berkait dengan gula-gula berjenama ‘sugus’. dia kata orang Islam tak bolih makan kerana ada campuran benda haram. Saya inginkan kepastian. Harap pihak tuan dapat jelaskan samada ianya halal/haram utuk di makan.

  16. As salam bagaimana boleh sy dptkan link bagi produk yg telah diasing halalkan oleh pihak majlis fatwa. Agar sy boleh cek, just taip produk, pastu boleh tahu.

Leave a comment